HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism
Showing posts with label Set Slim. Show all posts
Showing posts with label Set Slim. Show all posts

Zumba vs. Ubat Kurus : Mana Satu Lebih Berkesan?

Anda gemuk?
Nak kurus?

Saya pun macam tu. Nak kurus juga. Jadi, apa yang perlu dibuat untuk dapatkan keKURUSan tu?
Macam-macam ubat dah dicuba. Diet makanan pun asyik kantoi aje.
Ada tak yang alami masalah yang sama?

Sebenarnya, nak dapatkan berat badan ideal memerlukan usaha gigih yang berterusan. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Kita juga perlukan sedikit ilmu tentang kalori makanan untuk membantu proses menurunkan berat badan.

Boleh rujuk entri Cara Kira Kalori untuk pengiraan mudah.

Selain daripada menjaga pemakanan dan mengambil makanan sihat, salah satu cara untuk menurunkan berat badan adalah dengan bersenam. Ya betul. Untuk kurus, senaman adalah penting. Ia mempercepatkan proses membakar lemak. Ambil masa 10 minit sehari untuk melakukan senaman mudah dirumah setiap hari.

Anda boleh cuba senaman nie tau!
10 minit yang boleh menjadikan anda berpeluh habis?




Rejim cardio Thai Box nie bukan Zumba rasanya. Tapi tak salah mencuba kan?
Saya dah try. Memang owesome. Step pun mudah aje. Mula-mula memang pancit sikit.
Selamat Mencuba!


Zumba / Cardio vs. Ubat Kurus : Mana yang lebih berkesan?

Saya pasti ramai antara kita yang mengabaikan senaman dan penjagaan makanan tapi nak kurus dengan cepat. Dan malangnya ramai yang mengambil langkah mudah dengan mengambil macam-macam produk kurus untuk dapatkan kesan yang cepat. Kan?
Sebenarnya tak salah nak masukkan ubat kurus dalam senarai keperluan misi kurus anda. Apa yang penting, sila semak bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu produk tersebut.

Tapi, anda tak perlu risau. Saya cadangkan gunakan saja suplemen-suplemen Shaklee untuk membantu misi anda. Tak perlu ragu mahupun risau, suplemen Shaklee dijamin selamat dan berkesan. Mempunyai sijil Halal, sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia.




Persoalannya, yang manakah lebih berkesan untuk kurus? Zumba / Cardio, Suplemen atau diet makanan?

Jawapan sebenarnya ada anda kena buat semua secara konsisten. Bukan cilok-cilok atau main-main ye. Ramai orang yang susah nak turun, tapi amat mudah nak naik. Betul?

Jadi, marilah kita sama-sama buat semua. Semoga berat badan dapat diturunkan, tubuh kita juga sentiasa sihat tanpa sebarang penyakit merbahaya.

Selamat Berjaya Kawan-kawan!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Kisah Mah, Abang dan Zulaikha : Surat Mah Kepada Abang.

Setahun berlalu..

Abang,
Dah setahun kisah antara abang, Mah dan Zulaikha berlalu. Tahniah untuk abang kerana dah jumpa bahagia yang abang cari. Tahniah juga sebab abang dapat mengahwini perempuan yang abang idam-idamkan, si Zulaikha tu.

Abang,
Mah dah berubah sekarang. Sejak Mah join jadi SID, Mah kumpul-kumpul duit. Dapatlah juga Mah beli sikit-sikit suplemen untuk diri Mah dan anak-anak. Dulu Mah tak ada kesempatan nak telan suplemen. Sebab abang tak pernah support apa yang Mah nak buat. Mah pun buta mata dan hati juga sebab asyik utamakan keperluan abang je sedangkan keperluan diri sendiri Mah abaikan.

Sejak Mah makan vitamin C dan vitamin E, kulit Mah dah makin glowing. Dah tak kusam macam dulu. Best tau abang. Kulit Mah jadi halus dan lembut je. Rugilah abang dah tak dapat usap tangan Mah yang dah halus dan lembut nie. Kalau dulu kulit Mah nampak tak bermaya je, sekarang dah berubah tau abang. Kawan-kawan Mah pun dah tegur. Diorang kata kulit Mah dah semakin berseri-seri dan semakin cerah.

Bukan tu je yang Mah makan. Mah minum juga ESP, sambil-sambil tu Mah buat juga masker kat muka. Bila minum ESP, rambut Mah dah tak gugur malahan bersinar-sinar pula. Kuku Mah pun dah tak pecah-pecah, tumit pun macam tu juga tau. Sekarang Mah perasan yang jerawat pun dah jarang muncul. Ruginya Mah tak cuba ESP nie dari dulu lagi. Anak bongsu kita pun dapat juga kebaikan hasil Mah minum ESP tau. Susu badan Mah bertambah-tambah melimpah ruah Allah bagi kat dia. Kulit pun cantik abang. Comelnya anak kita tu. Ruginya abang tak merasa nak gomol dia lepas habis kerja. 

Abang,
Mah dah berubah sekarang. Baju-baju Mah dah bertukar saiz L, ada juga baju bersaiz M yang Mah dah boleh pakai. Baju-baju yang bersaiz XL dan XXL, Mah dah simpan dalam stor. Besar sangat, tak cantik pula bila Mah sarungkan ke tubuh Mah yang dah makin mengecil nie. Abang nak tau tak, ramai yang tak percaya Mah ada 3 orang anak. Kata diorang, Mah macam orang yang belum kahwin tau. Mungkin itulah ShakleeEffect yang Mah dapat. Abang nak tahu apa rahsia Mah dapat semula saiz badan diawal perkahwinan kita? Mah makan Set Kurus Shaklee la. Hehe..

Abang,
Kehidupan Mah semakin baik sekarang. Rupanya ramai lagi yang sayangkan Mah walaupun selepas abang benarkan Zulaikha ambil tempat Mah disisi abang. Abang jangan biarkan Zulaikha jeles dengan Mah ye abang. Kawan-kawan kata Mah dah cantik dan kurus sekarang. Malahan ramai juga yang kata Mah macam anak dara walaupun hakikatnya Mah nie Mak Dara anak 4.

Abang pun jangan jeles dengan Mah tau. Mah dah berkawan dengan ramai orang yang lebih baik daripada abang. Pandangan Mah tentang kehidupan pun semakin bertambah. Mah semakin menghargai diri sendiri yang dulunya Mah abaikan. Mah sedar  selain dari sayangkan anak dan suami, Mah perlu sayangkan diri sendiri juga. Dulu, Mah terlalu pentingkan apa yang abang rasa, keperluan abang dan anak-anak. 

Dulu Mah abaikan keperluan diri Mah. Mah biarkan badan Mah membesar sebab abang selalu cakap walaupun Mah besar, abang tetap sayang. Rupanya kata-kata abang tu cuma untuk menutup kekurangan Mah. Mah biarkan je keinginan Mah untuk beli baju baru sebab nak bantu abang cover perbelanjaan rumahtangga kita. Rupanya abang memang suka tengok perempuan-perempuan yang berpakaian yang mengikut trend terkini. Mah biarkan diri Mah keletihan tanpa bantuan sebarang suplemen untuk jana tenaga Mah. Sedangkan Mah memang perlukan bantuan suplemen untuk bantu kekalkan tenaga Mah. Setiap hari, Mah keuar bekerja untuk bantu ekonomi keluarga. Selepas pulang dari kerja, Mah perlu uruskan rumahtangga pula, memasak, membasuh dan buat tugas-tugas yang memang tak ada noktah. Mana nak layan anak-anak lagi, mana nak layan abang lagi. Kalau abang terlupa, sikit pun kerja-kerja dirumah abang tak bantu tau. Jadi, Mah memang keletihan. Mah hanya dapat merehatkan badan masa tidur je. Jadi kalau abang kejut Mah ditengah malam, memang Mah tak sedar. Tidur mati dek keletihan. 

Kehidupan semakin baik kini. Syukur sangat Mah jumpa produk dan kawan-kawan yang best lepas abang tinggalkan Mah dan anak-anak. Banyak ilmu yang Mah dapat dari geng Shaklee. Mah lebih bebas bergerak sekarang. Mah mohon abang sentiasa doakan kejayaan Mah walau kita dah tak bersama tau.

Oklah abang. Tu je Mah nak bagi tahu kat abang. Abang jangan biarkan Zulaikha jeles dengan Mah tau. Mah tengok Zulaikha dah semakin membesar macam Mah dulu je. Abang pun makin bulat aje. Tak takut ke Zulaikha pula cari orang yang lebih slim dari abang? Haha!
Abang pula janganlah ulang apa yang abang dah buat pada Mah tau. Maklumkan pada Zulaikha yang abang tu lebih sukakan isteri abang sentiasa slim. Kalau abang nak bagi Zulaikha makan suplemen Shaklee, abang kontek la Mah tau. Memang terbukti berkesan.

Terima kasih abang.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Tips Nak Dapatkan PERUT KEMPIS Sebab Nampak Macam Ibu Mengandung 5 Bulan.


Oppsss!!!

Perut kosong tapi nampak macam ibu mengandung 5 bulan?  Siapa ada masalah macam nie?
Suka ke dengan situasi macam nie?
Best ke bila orang keluarkan soalan " Eh! peknen dah berapa bulan nie?" Padahal perut anda kosong je tak ada baby malah anda sebenarnya masih bujang!


www.mamadhia-vitashop.blogspot.com


Gambar kat atas tu, ibu mengandung 6 bulan dah...Hihi..[ tahun 2013 ]

Walaubagaimanapun situasi macam ni lebih kerap kepada wanita-wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak.
Nak tak saya kongsikan tips nak dapatkan perut kempis dan buang atau nyahkan perut yang nampak macam ibu mengandung 5 bulan tu? 

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan melakukan senaman secara konsisten dan teratur. Boleh rujuk entry lama saya berkaitan dengan cara senaman yang dikongsikan oleh Sifu Kevin Zahri.


Seterusnya, pastilah perkara utama dalam rejim kurus iaitu menjaga pemakanan. Anda perlu atau wajib belajar cara mengira kalori. Banyak tips atau menu yang boleh diambil semasa proses diet yang dikongsikan oleh Majalah Rapi. Boleh juga rujuk entry saya berkaitan pengiraan kalori dan penjagaan pemakanan.

>>>>> Cara Nak Kira Kalori

>>>>> Tips Untuk Kurus dan Langsing

Jemput baca ye. Semoga ia memberi manfaat kepada anda.

Ok. Sekarang saya nak fokus kepada perut yang nampak macam ibu mengandung 5 bulan. Tak nak kan? Nak pilih baju pun susah. Takkanlah nak beli baju materniti sebab perut tu nampak macam mengandung 5 bulan.
Tak teringin ke nak dapatkan perut yang kempis?

Rahsianya, hanya dengan mengambil Herblax dan Lecithin / Omega Guard Shaklee.


www.mamadhia-vitashop.blogspot.com


Omega Guard mengandungi Omega-3 yang sangat membantu untuk meningkat kadar metabolisme badan. Seperti yang ramai tahu, berat badan agak susah untuk diturunkan jika seseorang itu mempunyai kadar metabolisme yang rendah. Jadi, dengan mengamalkan Omega Guard, kadar metabolisme tersebut boleh dinaikkan.

Lecithin pula berfungsi untuk mengemulsi lemak. Dengan kata lain, ia membantu untuk mengapurkan lemak yang terhasil didalam tubuh dan ia lebih mudah untuk dibuang.

Suplemen yang paling penting dalam misi mendapatkan perut yang kempis adalah Herblax. Ia membantu mengangkut lemak dan semua toksin yang ada didalam tubuh keluar dengan mudah. Ia adalah julap lembut. Namun, ia tidak akan membuatkan kita menjadi cirit-birit mahupun perut memulas.


www.mamadhia-vitashop.blogspot.com


Saje nak tunjuk. Tak adalah kurus pun. Tapi sekurang-kurangnya tak nampak macam menagndung 5 bulan walaupun anak dah 4. Alhamdulillah ( bukan riak nie tau! Hehe.. )

Kawan-kawan wanita kesayanganku..
Jom ubah!

Saya pasti anda tak suka dengan situasi macam tu kan?

"Eh Yunk! Senyap-senyap je ko peknen ye?"

"Mengandung bape bulan dah nie?"

"Ko peknen? bukan baru je ko bersalin ari tu?"

Hah! Nak ke macam tu?
Katakan TIDAAAKK!!!

Nak tau macam mana? Atau berminat nak dapatkan Lecithin / Omega dan Herblax? Nak berkongsi cerita dengan saya?

Jangan malu-malu hubungi saya.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Argh!! Set Kurus Shaklee Penipu!!


Arghh!!
Apesal aku tak kurus-kurus??
Apesal berat aku makin naik??

SET KURUS SHAKLEE PENIPU!!

Haaa...ada tak yang terkena macam tu? Yang mengeluh berat tak turun malahan semakin naik pula?
Ada...saya tahu, ramai juga yang terkena perkara sebegini.
Apabila kes-kes sebegini terjadi, kebarangkalian anda tidak mengikuti peraturan dan arahan yang sepatutnya.


Ok.
Mula-mula, saya nak bagi tau apa suplemen yang digunakan untuk program kurus.
Ia adalah >>> Cinch Mix Shake, Cinch mix Tea, Lecithin, Herblax, dan Alfalfa.


mamadhia-vitashop.blogspot.com


Sila pastikan anda dapat consultation dari SID yang perkenalkan set ini pada anda ye..

Dan regim untuk slimming pula.

  • Kawal pengambilan kalori
  • Ambil lebih protin
  • Kawal pengambilan karbohidrat
  • Bersenam
  • Ambil 3 liter air setiap hari


1. Kawal pengambilan kalori.

Pengambilan kalori harian sangat perlu dititikberatkan. Formula :

Kalori Masuk < Kalori Keluar

Kalori yang memasuki badan perlu lebih sedikit berbanding kalori yang keluar. Jika kalori masuk melebihi kalori yang keluar, penurunan berat badan amat sukar dilakukan. Kalori yang berlebihan akan bertukar menjadi lemak dan bermastautin didalam badan.

Jom belajar cara kira kalori di Cara Kira Kalori


2. Ambil lebih protin.

Contoh sumber protin semulajadi adalah ikan, daging dan kekacang. Namun, perlu juga dilihat cara memasak sumber-sumber protin semulajadi tersebut. Ia perlu dimasak secara sihat bagi mengekalkan zatnya.




Namun, saya percaya bahawa agak sukar untuk mengambil pemakanan seimbang dek kerana gaya hidup masa kini yang sangat sibuk.  Dan cara yang paling mudah untuk mengambil protin adalah dengan pengambilan ESP atau Cinch Mix Shake.


3. Kawal pengambilan karbohidrat

Pakar kesihatan menyarankan untuk mengambil karbohidrat dalam kuantiti yang kecil. Ramai juga individu yang meninggalkan karbohidrat dalam diet seharian. Sebenarnya ia bukanlah cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Tubuh kita masih memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga. 
Sebagai contoh, pengambilan nasi untuk makan tengahari dan malam hanyalah semangkuk sahaja.




4. Bersenam

Bersenam juga merupakan elemen penting untuk membakar lemak. Namun ia sangat sukar dilakukan dengan alasan kesibukan dan tiada masa. Senaman tidak perlu dilakukan untuk tempoh masa yang lama. Cukup sekadar 20minit sahaja untuk setiap sesi 3 kali seminggu.


5. Ambil 3 liter air kosong




Pengambilan air kosong sangat penting untuk mengelakkan tubuh daripada terhidrasi. Ia juga penting bagi mereka yang mengambil sebarang suplemen atas tujuan memudahkan tubuh menyerap suplemen tersebut. 

Tips :

1. Ambil 500 ml air kosong setengah jam sebelum waktu makan.
2. Jika anda merasa lapar, jangan terus fikirkan tentang nak makan apa. Sebaliknya, ambil 500 ml air kosong terlebih dahulu. Tunggu sehingga 20 minit. Jika masih lapar, ambil makanan yang ringan sahaja.

Untuk dapatkan set kurus anda, jangan lupa hubungi saya. Dapatkan juga tips-tips menarik dan konsulasi percuma apabila anda menjadi pelanggan saya.

013-398 4050
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

Tips Diet : Bagaimana Nak Kurus?

Salam Isnin semua!

Hari ini, saya nak bercerita tentang tips-tips yang mesti diambil kira semasa proses berdiet. Dalam proses berdiet, perkara yang paling penting adalah mengamalkan pemakanan sihat. Walau apa pun fat burner atau ubat kurus yang diambil, jika tiada kawalan pemakanan, misi kurus akan gagal.

Makanan seimbang, makanan berserat, tips diet


Ini adalah tips-tips dari pakar-pakar diet yang boleh kita ikuti.

1. Tetapkan dan capai matlamat
Tetapkan matlamat pengurangan  berat badan yang rasional dan mampu dicapai. Contohnya, anda inginkan penurunan 2-3kg sebulan, dan ia adalah logik dan boleh dicapai. Dan anda perlu bekerjaa keras untuk mencapai matlamat itu!
Sila jangan tetapkan matlamat yang pasti sukar untuk dicapai contohnya mahu menurunkan 10kg dalam masa sebulan. Jika ia tak tercapai, pasti anda kecewa.

2. Mengawal kuantiti makanan.
Pastkan 1/2 daripada pinggan anda dipenuhi dengan sayur-sayuran. 1/4 bahagian adalah nasi dan 1/4 bahagian lagi untuk sumber makanan berprotin seperti ikan, ayam, daging, tauhu, telur dan sebagainya.

3. Nikmati makanan anda secara perlahan.
Adakah anda tergolong dikalangan mereka yang menghabiskan makanan dalam tempoh 5-10 minit? Jika YA, inilah masanya untuk anda mengubah situasi itu! 
Sila perlahankan 'pace' anda. Kunyah makanan sekurang-kurangnya 30-40 kali untuk setiap suapan makanan. Ambil masa selama 20-30 minit untuk menghabiskan satu hidangan makanan.

4. Jauhi minuman manis dan berkawan dengan air kosong.
Minuman manis memberikan jumlah tenaga yang tinggi atau sedikit nutrien kepada badan. Dengan menjauhi minuman manis, anda mungkin berjaya mengurangkan 500kcal daripada diet harian. namun begitu, minuman yang tinggi kalsium seperti yogurt dan susu rendah lemak boleh dinikmati 2-3 gelas sehari.
Sila pasikan anda mengambil air kosong yang mencukupi iaitu sebanyak 8-10 gelas sehari. Tanpa air yang mencukupi, anda akan merasa mudah letih dan 'lapar'. Ini bukan lapar yang sebenar, tetapi lapar kerana kekurangan air. Jika anda berasa 'lapar', pastikan anda minum air terlebih dahulu dan tidak terus makan. 
Ingat tau! Keadaan 'lapar' ini akan membuatkan anda mengambil makanan secara berlebihan.

5. Nikmati makanan tinggi serat.
Serat memberikan rasa kenyang dan melancarkan sistem perkumuhan. Serat memainkan peranan penting dalam mengelakkan masalah sembelit, membantu mengawal aras gula, kolestrol dalam darah dan tekanan darah. Dan yang paling penting, ia mengawal berat badan anda. Penuhkanlah peti ais anda dengan pelbagai jenis buah-buhan dan sayur-sayuran. Penuhi juga kabinet makanan anda dengan makanan tinggi serat seperti biskut tinggi serat, roti bijirin dan bijirin sarapan tinggi serat. 

6. Pilih protin tanpa lemak.
Jangan memilh jenis makanan berprotin yang tinggi lemak! Berat badan akan naik dan aras kolestrol akan mudah terjejas dengan pilihan makanan berprotin yang tinggi lemak dengan kerap. Lebihkan pengambilan ikan, ayam ( tanpa kulit ) dan tauhu. Kurangkan kekerapan pengambilan daging merah seperti lembu dan kambing, makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan sebagainya. Dengan mengutamakan cara masakan rendah lemak seperti rebus, singgang, bakar, stim dan sup, berat badan anda pasti dalam lingkungan ideal.

7. Aktifkan diri
Hadkan aktiviti seperti menonton televisyen, bermain video games dan komputer kepada 2 jam sehari. Cuba kira langkah anda setiap hari menggunakan pedometer da sasarkan untuk melakukan 10,000 langkah sehari. Anda juga boleh melakukan senaman rutin selama 30-45 minit setiap sesi, 4-5 kali seminggu. Lakukan sebarang senaman yang anda gemari seperti berjalan laju, jongging, berenang atau bermain badminton.

8. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Timbang berat anda secara berkala sekurag-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan Body Mass Index 
( BMI ) yang sihat dan normal. Anda juga boleh belajar mengira kalori keperluan tubuh untuk proses pemantauan jenis makanan yang diambil.

Jadual BMI, Berat Badan Ideal, Tips Diet


Disamping membuat semua senarai diatas, anda juga boleh mengambil vitamin untuk kesihatan tubuh semasa sedang berdiet. Vitamin-vitamin ini juga bakal membantu anda untuk menurunkan berat badan.




Vitalea - Berfungsi untuk membantu membekalkan nutrien penting kepada tubuh yang mungkin kekurangan bekalan semasa sedang berdiet.

Herblax - Berfungsi untuk membawa lemak-lemak yang telah didetox oleh alfalfa dan diapungkan oleh lecithin.

Lecithin - Membantu untuk membakar dan mengapungkan lemak didalam usus dan tubuh.

ESP / Cinch Mix Shake - Sebagai sumber protin untuk membantu membina otot dan mencantikkan bentuk tubuh.

Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi saya.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Testimoni : Set Menyusu dan Set Kurus

Ini adalah testimoni saya sendiri. Nak juga enterframe blog sendiri. Hahaha!

Ok. Memandangkan niat saya untuk menyusukan baby secara eksklusif susu ibu sepenuhnya, maka saya telah mengambil Set Menyusu Triple M. Untuk makluman, kali ini misi penyusuan saya adalah tandem nursing dimana saya menyusukan Dhia juga yang berusia 1 tahun 7 bulan bersama-sama adiknya baby Dina yang berusia 3 bulan.

Setiap hari saya mengamalkan Set Menyusu Triple M yang terdiri daripada :

1. Vitalea
2. B-Complex
3. Vitamin C
4. Alfalfa
5. ESP
6. Ostematrix

Saya juga mengamalkan beberapa tambahan vitamin lain untuk mendapatkan berat yang saya inginkan. Masih belum dapat berat ideal yang saya mahukan. Apa pun saya tetap gembira kerana angka dimesin penimbang semakin menurun juga. :)

Sebagai bantuan untuk proses menurunkan berat, saya amalkan :

1. Lecithin
2. Omega Guard

Set Kurus, Set Menyusu, Set Kulit Cantik

Apa yang saya rasa?

Alhamdulillah. Misi tandem nursing kami berjalan dengan lancar. Walaupun Dhia tidak menyusu susu ibu sepenuhnya ( susu Dutch Lady dirumah pengasuh ), namun Dhia mendapat susu ibu sepenuhnya dirumah terutamanya apabila tiba hari minggu. Baby Dina pula, saya pastikan beliau mendapat sepenuhnya susu ibu. Saya menghantar stok perahan ke rumah pengasuhnya.

Saya juga mendapat tubuh yang sihat. Menguruskan anak seramai 4 orang, kerja rumah dan bisnes secara bersendirian, bukan suatu kerja yang mudah. Kekuatan mental dan fizikal memang sentiasa teruji. Saya juga berjaya menurunkan berat badan daripada 69kg pada hari terakhir berpantang, kepada 64kg hari ini. Untuk makluman berat terakhir saya sebelum masuk ke labor room pada 25/07/2013 adalah 84kg!! Gumuks!!

Bonusnya, saya juga dapat lari daripada masalah kulit. Jerawat, kulit kering, kulit kusam dah tak ada lagi. Best!
Kini, saya dah tak perlu pakai foundation. Cukup sekadar mencuci muka dan memakai bedak sahaja. Kulit juga semakin kurang berminyak.

Ini adalah statement kawan-kawan saya yang nak bagi saya jadi perasan. Hahaha!

Testimoni Set Kurus, Testimoni Set Kulit Cantik


Nak join saya amalkan gaya pemakanan sihat bersama Shaklee? Jom hubungi saya sekarang.
Dapatkan Tips Penyusuan, Tips Kurus dan Tips Kulit Cantik secara percuma apabila anda menjadi pelanggan saya.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Kenali Lecithin : Vitamin Kurus Anda

Lecithin diektrak daripada kacang soya organik bukan-GMO. Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.


Manfaat Utama

1. Menyerap vitamin yang larut lemak - Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.

2. Melindungi hati - Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.

3. Pemecahan lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salurdarah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh.

4. Pelangsingan - Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

5. Mencantikkan otot dan kulit - Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.

6. Memperbaiki elergi - Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dermatitis, demam alergi.

7. Mengahalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

8. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress- Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

9. Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalak peredaran darah.

10. Memperbaiki prostat lelaki - Kajian telah membuktikan masalah prostat dan uretha lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.

11. Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Episod Madu 3 : Slim Dengan Vitamin Shaklee

Salam Jumaat semua..
Hari semua orang bersemangat nak mengundi. Mana yang mengundi di kampung halaman, bertambah-tambah semangat nak pulang ke kampung kan?
Saya pun macam tu....:)
Sebenarnya lebih kepada semangat untuk menziarahi kedua orang tua yang dah lama tak di jenguk.

Ok. Hari ini saya nak sambung kisah semalam, 

Sebelum tu, nak bagi pesanan dulu untuk mereka yang bergelar suami yang berniat untuk menambah pasangan anda. Ia bukan sekadar tambah pasangan ye...Termeterai je akad & nikah, berrmakna anda telah menambah :

1. Pasangan
2. Tanggungjawab
3. Pahala / dosa

So, fikir-fikirkan....Ia bukan sekadar rezeki anda, tapi juga sebagai ujian untuk menguji sejauh mana kecintaan anda terhadap Yang Maha Pencipta...

Ok. Untuk isteri-isteri pula, sila ambil langkah andai anda tak mahu kejadian ini melanda rumahtangga ye..
Semalam dah sharing pasal nak cantikkan kulit...so hari nie, kita target untuk slim pula.


Kurus dengan Shaklee


** Poster ini terbalik. Saya akan betulkan kemudian ye...

Memang lazim andai saiz bertambah, seiring dengan pertambahan zuriat dan usia. Tapi, itu bukan alasan untuk isteri biarkan bentuk badan terus berubah dan rosak. Bak kata ustaz panel tu ~~saya tak tahu pula apa nama beliau~~ mata & nafsu suami sentiasa muda, walaupun tenaga dah tua. Macam-macam produk kuat ada....

Set pelangsingan, saya bahagikan kepada 2 peringkat. Iaitu set basic, wajib diambil dan set lanjutan. Ia bergantung kepada bajet anda tau! Pilihan ditangan anda.

Set Basic




Terdiri daripada Lecithin & Alfalfa untuk membakar dan membuang lemak.

*Lecithin berfungsi untuk membakar lemak dengan bertindak sebagai pembersih salur darah, mengemulsi lemak, kolestrol dan trigleserid didalam tubuh.
* Alfalfa juga membantu menghapuskan lemak dan kolestrol. Ia juga dikenali sebagai vitamin detox. Membantu mencuci hati, darah dan usus. Memudahkan pembuangan lemak daripada tubuh.

Set Lanjutan


Terdiri daripada Herblax & Vitalea untuk membersihkan usus dan membekalkan nutrisi kepada tubuh.

* Herblax berfungsi untuk mengangkut semua lemak dan kolestrol yang telah diemulsikan oleh Lecithin dan di Detox oleh Alfalfa keluar daripada tubuh.
* Vitalea berfungsi untuk membekalkan vitamin / mineral kepada tubuh akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang


Terdiri daripada Cinch mix Shake atau ESP untuk membina otot tubuh yang lebih cantik dan tegap.
* Cinch Mix Shake / ESP merupakan sumber protin untuk membantu tubuh membina otot setelah semua lemak yang ada didalam tubuh dibuang. Ia mengelakkan tubuh menjadi menggeleber da tidak cantik.
Pilihan ditangan anda. Pengambilan semua vitamin-vitamin ini boleh dibuat mengikut bajet anda. Walaubagaimanapun adalah lebih bagus jika diambil secara serentak kesemuanya.

Jaga diri, hiasi peribadi.
Demi menjaga keharmonian rumahtangga anda.

Jangan lupa hubungi saya ye!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...