HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Tips Elak Letih Ketika Berpuasa

Untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga ketika berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen didalam tubuh. 

Caranya dengan ;

1.  Melewatkan sahur kerana glukos daripada sumber karboohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama. Ambillah makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama didalam perut. Ia akan melambatkan rasa lapar.

2. Lebihkan makanan yang cepat dihadam ketika berbuka seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. 

3. Kurangkan makanan bergoreng atau berlemak yang boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya akan mengalami pedih ulu hati.

4. Kurangkan makanan yang terlalu manis kerana ia tidak dapat disimpan lama. Makanan yang terlalu manis akan dihadam dengan cepat dan tubuh akan cepat merasa letih.

5. Kurangkan makanan berempah dan terlalu pedas kerana ia akan meransang pengeluaran asid gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik sewajarnya mengelakkan daripada mengambil makanan jenis ini. 

6. Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan minuman yang berkafien dan air bikarbonat kerana ia akan menyebabkan anda lebih kerap membuang air dan mempercepatkan kehilangan cecair didalam badan. Sebaiknya minumlah jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan anda minum banyak air selepas berbuka dan semasa bersahur agar bekalan cecair dalam tubuh mencukupi.


Bagi saya, selain daripada mengikuti tip-tip menarik diatas, saya turut mengamalkan minuman Triple Gems sebagai alat bantu Ramadhan saya.

Jom baca manfaat Set Triple Gems.



KLIK untuk dapatkan Set Triple Gems

KLIK untuk baca Tutorial Cara Membeli Vitamin Online 

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Apakah Itu Penyakit Talasemia / Thalasemia?

07.07.14.
Saya melakukan further chekup atau pemeriksaan berjadual untuk Dhia di hospital Kuantan. Dhia juga dicadangkan untuk melakukan screening talasemia dek kerana doktor mendapati sel darah merahnya agak kurang daripada normal. Mengejutkan kerana Dhia dikatakan sebagai pembawa gen talasemia dengan bacaan hemoglobin ( Hb ) 11. Dan saya dinasihatkan untuk membawa kesemua anak untuk melakukan screening talasemia juga. Saya tidak mempunyai pengetahuan tentang talasemia. Dan dengan itu, mari kita buat sedikit study tentang talasemia. 

( Nanti saya share kan result untuk anak-anak yang lain. )

Apa itu Talasemia?

Talasemia adalah sejenis enyakit yang berkaitan dengan kecacatan darah. Ia merupakan penyakit yang diwarisi daripada keluarga kepada generasi berikutnya. Kecacatan gen tersebut telah menyebabkan hemoglobin didalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi didalam darah mereka.

HemoglobinHemoglobin merupakan molekul protin didalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melaui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. Ion besi dalam bantuk Fe+2 didalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Didalam keadaan normal, 100ml darah mengandungi 15gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin yang rendah ( juga dikenali sebagai anemia )


Simptom-simptom Talasemia

* Biasanya, anak-anak pembawa talasemia kelihatan normal semasa dilahirkan. Walaubagaimanapun, mereka akan mula mengalami masalah anemis apabila mencapai usia antara 13 - 18 bulan.
* Tubuh pucat, sering keletihan, badan lesu dan sering geisah.
* Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas
* Jaundis
* Tumbesaran terbantut
* Perut buncit disebabkan oleh embengkakan hati dan limpa
* Perubahan pembentukan tulang muka. pipi dan rahang yang tidak normal.


Jenis-jenis pesakit Talasemia





1. Pembawa Talasemia

Pembawa gen talasemia biasanya tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan.  Pembawa hanya akan menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku.
Peratusan risiko untuk setiap kehamilan.

  1. 50% kemungkinan anak adalah pembawa talasemia
  2. 50% kemungkinan anak adalah normal
  3. Tiada anak yang menghidap talasemia ( major )

2. Pesakit Talasemia


Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku;

  1. 25% kemungkinan anak adalah pesakit talasemia
  2. 50% kemungkinan anak adalah pembawa gen talasemia
  3. 25% kemungkinan anak adalah normal
Biasanya pesakit talasemia mempunyai paras hemoglobin ( hb ) yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl

Rawatan untuk pesakit Talasemia

Pesakit talasemia perlu menjalankan proses transfusi atau pemindahan dara setiap bulan. Pemindahan dara ini hanya dilakukan oleh mereka yang menghidapi talasemia ( hb < 10g/dl ) setelah mendapat arahan pihak doktor. Pembawa gen talasemia tidak perlu melakukan proses ini.

Pemindahan darah yang berterusan, akan menyebabkan pengumpulan zat besi didalam organ penting badan seperti hati, jantung dan kelenjar endoktrin yang akhirnya akan merosak fungsi-fungsi organ tersebut. Mereka perlu pula melakukan rawatan penyingkiran zat besi yang berlebihan itu melalui suntikan ubat Desferrioxamine.

Bagi pesakit talasemia, pemindahan sum-sum tulang perlu dilakukan untuk untuk pulih.

Note :
Pesakit talasemia yang menjalami proses pemindahan darah tidak boleh mengambil sebarang suplemen yang mengandungi zat besi termasuk Vitalea Shaklee.

Sumber : Wikipedia
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

Suplemen Shaklee : Sampah Dari US

Anda percaya?
Ya. Memang ramai juga orang yang mengatakan begitu. Terutamanya mereka yang bencikan jenama Shaklee itu sendiri. Atas alasan yang hanya mereka yang tahu.
"Suplemen Shaklee sampah! 
Orang US dah tak nak makan suplemen Shaklee. Sebab tu diorang campak je suplemen dorang ke Malaysia . Orang Malaysia pulak terlebih pandai pegi makan semua suplemen sampah tu!
Ingat barang US semua bagus ke?"

Tahukah anda yang di Malaysia terdapat berbagai jenis suplemen dan makanan kesihatan. Pilihan di ditangan anda sendiri. Kebayakan suplemen yang wujud di Malaysia mempunyai kelulusan pihak berkuasa seperti KKM dan sijil HALAL daripada JAKIM.
Namun, jangan dilupa pula. Masih ada sebahagian daripada pelbagai suplemen tersebut tiada kelulusan yang sepatutya. Bahkan ada yang menggunakan racun berjadual didalam kandungannya untuk memberi kesan segera keatas pengguna.
Jadi, sila semak kandungan dan status kelulusan sebelum anda menggunakan semua suplemen tersebut.


Status Halal

Ramai yang bertanya samada; 
Suplemen Shaklee halal atau tidak?
Suplemen Shaklee mendapat kelulusan KKM?

Sudah pasti jawapanya adalah YA

Suplemen Shaklee dijamin Halal dan ia sentiasa dikemaskini setiap tahun.
Berikut adala sijil halal yang dikeluarkan bagi suplemen-suplemen Shaklee yang dipasarkan di Malaysia.
Sijil halal terbaru dikeluarkan pada 27 Januari 2014 / 26 Rabiul Awal 1455H



Sijil halal Shaklee dikeluarkan oleh Islamizc Services of Amerika ( ISA ). ISA adalah satu badan yang telah dilantik dan diiktiraf oleh JAKIM bagi proses kelulusan halal.

Senarai penuh badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM boleh didapati di Portal Rasmi Halal Malaysia.
Sebarang pertanyaan tentang status halal yang dikeluarkan oleh ISA boleh diajukan kepada :

Mr. P. Musa Habhab
Director of Services
Tel : ( 319 ) 362-0480
Fax : ( 319 ) 366-4369
Email : 
islamicservices@isahalal.org
phabhab@isahalal.org
Website : www.isahalal.org

Jadi, sila jangan ragu-ragu tentang status halal suplemen Shaklee lagi.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh juga hubungi HQ Shaklee ditalian 603-5622 3188 atau layari laman web Shaklee Malaysia di www.shaklee.com.my


Kelulusan KKM
   
Untuk melihat samada suplemen Shaklee mendapat kelulusan KKM atau tidak, anda boleh membuat semakan di portal rasmi milik KKM.

Cara Membuat Semakan;

1. Log in ke website KKM : http://portal.bpfk.gov.my/
2. KLIK Product Search dan kemudian Information On Product Search
3. Pilih Quest 2 atau Quest 3
4. Pilih Registration Holder didalam kotak Product Name dan taipkan Shaklee
5. Kemudian senarai produk dengan kelulusan KKM akan dipaparkan.
6. KLIK nombor rujukan ( MAL NO ) disetiap produk untuk melihat maklumat berkaitan produk tersebut.

Senarai Kelulusan KKM





Kelulusan daripada KKM untuk semua suplemen Shaklee membuktikan bahawa Shaklee sentiasa menekankan keselamatan semua produknya. Suplemen Shaklee telah berada dipasaran Malaysia selama 50 tahun dan telah melaburkan USD 300 juta untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan.

Shaklee turut menjamin suplemen dan produk mereka tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak mematuhi syarat FDA ( Food and Drug Administration ).

Suplemen dan produk Shaklee dijamin tidak mempunyai bahan-bahan berikut :

- TIDAK Mengandungi Paraben
- TIDAK Mengandungi Triklosan
- TIDAK Mengandungi Phthalates
- TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
- TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
- TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
- TIDAK Mengandungi Glikol
- TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang â€Volatileâ€
- TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
- TIDAK Mengandungi Ammonia
- TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
- TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
- TIDAK Mengandungi Formaldehyde
- TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
- TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
- TIDAK Mengandungi Toulene
- TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
- TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
- TIDAK Mengandungi Pewarna
- TIDAK Mengandungi Lemak Trans
- TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
- TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
- TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

Sekali lagi, anda tidak perlu merasa was-was untuk mengamalkan gaya hidup sihat bersama Shaklee. Ternyata ramai yang berpuas hati dengan keberkesanannya.

Berminat untuk mencuba?

KLIK Sini untuk mendapatkan suplemen Shaklee anda.

Klik untuk baca Tutorial - Cara Order Online
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. Hubungi saya : Noriah Rusman Telefon : 013-398 4050 Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

CARA MEMBELI-BELAH SUPLEMEN SHAKLEE SECARA ONLINE

Alhamdulillah.

Satu aplikasi baru dah dilancarkan oleh Shaklee untuk kemudahan semua penggemar barisan vitamin Shaklee yang hebat dan superb. Dengan nama eSell, semua orang boleh mendapat vitamin kegemaran secara online sahaja. Semuanya sekadar dihujung jari saja.

Apakah eSELL? 

eSell adalah satu aplikasi yang dibangunkan oleh Shaklee yang membolehkan semua pelanggan yang sudah bersedia dan tahu vitamin yang mana satu yang diperlukan dan dibeli terutamanya dari blog Mamadhia Vitashop.

Anda hanya perlu masuk ke dalam aplikasi eSell melalui link yang akan saya beri di setiap entry blog Mamadhia Vitashop dan boleh memilih mana-mana produk yang anda suka. Cara pembayaran adalah menggunakan kad kredit atau kad debit, dan kemudian hanya tunggu sehingga pesanan anda dihantar kepada alamat anda.

Mudah sangat.

Ok Jom ikuti tutorial mudah cara-cara untuk membeli vitamin secara online. Hanya beberapa langkah sahaja diperlukan untuk proses pembelian ini.

Langkah-langkah

Buka blog Mamadhia Vitashop dan cari info yang anda perlukan. Sebagai contoh, sempena Ramadhan ini, anda memerlukan suplemen yang membantu mengelakkan keletihan.

mamadhia-vitashop.blogspot.com

Setelah membaca dan sekiranya anda sangat berminat untuk membuat pembelian Mealshake dan Performance Drink, maka sila KLIK link yang berwarna merah : Set Double Gems

Anda akan dibawa terus ke muka depan aplikasi eSell seperti dibawah.

mamadhia-vitashop.blogspot.com


KLIK Agree dalam English atau Setuju dalam Bahasa Melayu

Anda akan dibawa kepaparan produk Shaklee didalam bentuk Shopping Cart. Rujuk gambar.

mamadhia-vitashop.blogspot.com


Jika anda hanya berminat untuk membeli Mealshake sahaja, anda hanya perlu memilih Mealshake dan untick vitamin yang lain.

By default, saya telah membuat setting secara set cadangan untuk setiap permasalahan didalam entri blog Mamadhia Vitashop. Semua produk cadangan akan ditanda tick. Andainya anda hanya memerlukan vitamin tertentu, anda hanya perlu untick vitamin yang tidak dikehendaki.

Jadi, dalam kes ini anda perlu untick Performance Drink.

Setelah selesai membuat pilihan, anda akan melihat jumlah harga vitamin yang perlu dibayar, dan KLIK Checkout.

mamadhia-vitashop.blogspot.com

Kemudian, anda akan diminta untuk memasukkan borang Customer Data.
Masukkan maklumat tentang diri, nombor untuk dihubungi dan alamat penghantaran. Setelah selesai mengisi borang ini, KLIK Continue.


mamadhia-vitashop.blogspot.com


Seterusnya, anda akan diminta untuk menyemak data yang telah diberi, menyemak jumlah yang perlu dibayar setelah tambahan RM10 dibuat untuk tujuan pengeposan.

KLIK Proceed for Payment

mamadhia-vitashop.blogspot.com

Dan akhirnya tiba masa untuk  anda membuat pembayaran kepada pesanan Mealshake yang telah dibuat tadi.

Pembayaran dibuat melalui kad kredit atau kad debit.

mamadhia-vitashop.blogspot.com


KLIK Confirm Payment

Hanya masukkan maklumat yang diperlukan, dan kemudian sistem akan membawa anda ke private online transaction
Anda perlu memasukkan kod MSOS yang akan dihantar melalui sms kepada anda. Setelah selesai urusan memasukkan kod MSOS, InsyaAllah semua urusan pembelia anda selesai. Hanya nantikan parcel anda dihantar ke alamat yang telah diberi.

Sebelum itu, sila pastikan had belian kad debit anda mencukupi sebelum meneruskan pembayaran. Anda boleh semak tentang had belian melalui panggilan telefon ke bank kad tersebut.

Maklumat tambahan;

Kad debit mempunyai 3 had penggunaan iaitu HAD BELIAN ( untuk pembelian online ), HAD PINDAHAN ( untuk memindahkan wang ke akaun tertentu ) dan HAD PENGELUARAN ( untuk tujuan pengeluaran di mesin ATM )

Semua had ini boleh diubah di mesin ATM.

Mudah je kan?
Jadi, Selamat BerShopping!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
 Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Promosi Julai : Vivix si Sirap Ajaib

Woot!! Woot!!

Promosi Vivix kembali..

Menarik, tertarik.

PERCUMA 1 Beli 6
PERCUMA keahlian seumur hidup
PERCUMA bonus lepas raya
PERCUMA pos oleh Poslaju

Best kan??

Nak cuba?
KLIK sini untuk order VIVIX

www.mamadhia-vitashop.blogspot.com

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

Performance Drink Membantu Anak Berpuasa

Salam Ramadhan sahabat alam maya.

Anda sedang melatih anak berpuasa? Seronok kan bila dapat berpuasa bersama-sama anak-anak, melatih mereka tentang berpuasa, melatih mereka untuk mendapat ganjaran besar di bulan Ramadhan yang mulia ini. Jangan lupa latih mereka untuk bersolat juga ye.

Saya juga sedang melatih anak perempuan saya berpuasa. Baru umur 7 tahun. Saya menggalakkan beliau mengikut jejak langkah abangnya yang dah beberapa tahun berpuasa penuh sejak umur 7 tahun. Syukur Alhamdulillah Dira nampak gembira berpuasa. Walau didalam cuaca yang panas dan kering, Dira tetap bertenaga. Tak lupa juga untuk anak sulung saya dah berumur 10 tahun.

Apa yang saya bekalkan untuk mereka?

Dah terang lagi bersuluh. Pastilah Mealshake dan minuman elektrolit Shaklee, Performance Drink. Sedap dan anak-anak saya sukakannya. Setiap hari ketika bersahur, saya akan shake kedua Mealshake dan Performance Drink bersama. Ia menjadi pembekal tenaga kepada anak-anak saya.


Mealshake, Performance Drink


KLIK sini untuk order Set Double Gems


Mealshake

Mealshake adalah multivitamin yang membantu menjaga kesihatan anak anda.

Info lebih lanjut tentang Melashake di entry yang lepas :
Mealshake : Ubat Untuk Demam, Batuk dan Selsema

Ia sesuai diberikan kepada kanak-kanak yang berusia setahun keatas dengan dos yang berbeza mengikut peringkat umur. Dengan bau dan berperisa vanilla, anak anda pasti suka dengan rasanya. Mealshake boleh dicampurkan bersama susu, jus buah dan air-air yang disukai oleh anak anda. 'Shake'kan bersama, pasti sedap diminum.

Performance Drink

Ia adalah minuman elektrolit yang membantu mengekalkan bendalir didalam badan. Jadi, air tak terhidrasi dengan cepat dari badan walau dalam cuaca panas sekali pun.
Dengan perasa oren, ia sangat sedap apabila dicampurkan denganMealshake. Tambah sedap jika dibancuh bersama ais atau air sejuk. Nyaman.

Info tentang manfaat Performance Drink.
Performance Drink : Minuman Elektrolit


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
 Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Performance Drink : Minuman Elektrolit Untuk Mereka Yang Aktif

Performance Drink adalah minuman sukan pertama yang direka untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance Drink sebagai pilihan utama mereka. Ini adalah kerana Performance Drink telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod sejarah dunia, samada dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan.

Performance Drink pertama kali dihasilkan pada 1980-am oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus ( human-powered flight programme ). Melalui perkasaaan Performance Drink dari Shaklee, penerbangan Deadalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini.

Ujian klinikal telah membuktika rumusan ekslusif Opticarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance Drink mempunyai 67% otot glikogen ( sumber tenaga ) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.
www.mamadhia-vitashop.blogspot.com
KLIK untuk dapatkan Performance Drink anda.

KLIK untuk Tutorial : Cara Membeli Vitamin Online

Manfaat Utama

1. Meningkatkan daya ketahanan badan
Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meingkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

2. Membekalkan tenaga & daya ketahanan fizikal
Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap dikawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.

3. Menjegah penyahidratan
Mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melebapkan kulit dan kelihatan muda.

4. Mengekalkan paras gula 
Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Sesuai untuk :

1. Para atlet
2. Mereka yang berpuasa
3. Sebelum dan selepas pembedahan
4. Mereka yang tidur lewat malam
5. Mereka yang keletihan
6. Mereka yang mengalami peyahidratan




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
 Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...