HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism
Showing posts with label Tips cantik. Show all posts
Showing posts with label Tips cantik. Show all posts

7 Sebab Payudara Mengendur

Tahu tak?

Kalau korang masih pakai saiz bra yang sama sejak 10 tahun yang lepas, dah tiba masanya untuk korang semak semula saiz tu atau dapatkan nasihat pakar pemakaian untuk dapatkan saiz bra yang baru.

Jom tengok 7 sebab payudara mengendur.
  • Penuaan - Kolagen semakin kurang dihasilkan oleh badan.
  • Kehamilan dan penyusuan bayi yang menyebabkan saiz payudara berubah-ubah, sekaligus merengangkan tisu payudara.
  • Diet secara mendadak dimana setiap kali berat kita bertambah atau pun berkurang, tisu payudara akan mengendur.
  • Tabiat merokok yang melemahkan dan menuakan kulit kita kerana semakin sedikit darah yang sampai dipermukaan kulit.
  • Tidak menggunakan sunscreen yang akan menyebabkan cahaya ultra ungu meregangkan kolagen dan merosakkan kulit sekaligus menyebabkan payudara kendur.
  • Memakai bra yang tidak betul menyebabkan payudara lebih banyak bergera, lebih tinggi tekanan kepada kulit dan kolagen payudara. Ini merupakan punca paling utama payudara mengendur.
  • Senaman impak tinggi akan menyebabkan kolagen payudara rosak.

Hmmmm.
Banyak juga faktor-faktor yang nampak macam biasa-biasa aje yang menyebabkan payudara mengendur.




Macam mana nak elakkan payudara mengendur dan kurangkan risiko kanser payudara?

  • Kekalkan berat badan yang sihat - Pertambahan berat badan yang tak terkawal boleh meningkatkan risiko kanser payudara.
  • Kerap bersenam - Cuba bersenam selama 45 minit hingga 1 jam selama 5 hari seminggu. Bersenam ni boleh meningkatkan fungsi imun badan, halang obesiti dan rendahkan paras estrogen dan insulin.
  • Sila elakkan minuman keras - 2 gelas minuman keras sehari boleh meningkatkan risiko kanser payudara sebanyak 21%. Sebaiknya tukarlah kepada buah anggur kerana resrevatrol yang ada pada kulit anggur membantu mengurangkan paras estrogen.
  • Makanlah sayur-sayuran - Sayuran terbaik adalah daripada jenis berserat tinggi seperti brokoli dan kailan. Sulforane yang ada didalam sayuran itu dipercayai dapat mencegah sel kanser daripada membiak. Untuk lebih khasiat, makanlah mentah-mentah.
  • Sebanyak 15% pesakit kanser payudara mempunyai saudara terdekat yang turut menghidapi penyakit itu. Risiko untuk kita menghidapi penyakit itu dalam jangka hayat kita berganda jika ada seorang saudara yang menghidapinya, dan akan meningkat 5 kali ganda jika ada dua saudara yang menghidapinya.
  • Dapatkan pemeriksaan payudara secara klinikal setiap 3 tahun sekali. Buat mamogram asas pada usia 40 tahun dan terus lakukan mamogram dan pemeriksaan payudara pada setiap tahun selepas itu.
  • Buat ujian genetik jika ada saudara yang menghidapi kanser payudara dan kanser ovari.


Selain daripada cara hidup sihat diatas, kita boleh juga amalkan suplemen yang tinggi antioksidan dan tinggi resrevatrol untuk mencegah sel kanser hidup dengan aktif dan boleh mengekalkan kolagen didalam badan.



Vivix membantu mengurangkan risiko kanser payudara




Vivix nie adalah suplemen yang tinggi dengan antioksidan dan resrevatrol.

Vivix Shaklee mengandungi ramuan yang terdiri daripada Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry, dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Macam manaVivix bertindak dengan berkesan?

Sebab Vivix melindungi dan membaik pulih sel DNA kita. Vivix juga bantu mengelakkan penimbunan protin AGE didalam badan.

Membaiki sel DNA.

Sebenarnya sel DNA kita alami kerosakan setiap hari tau. Salah satu punca kerosakan adalah dari radikal bebas, asap rokok, asap-asap kenderaan, pemakanan yang terdedah kepada bahan kimia dan macam-macam lagi lah.
Vivix membantu membaiki sel DNA dan lindungi sel DNA itu sekaligus melambatkan proses penuaan sel DNA. Sel DNA yang sihat, dapat mengelakkan daripada penyakit kanser.


Membaiki tenaga sel.

Tiap hari kita berdepan dengan unsur-unsur yang boleh mempercepatkan proses penuaan contohnya kerosakan sel, stress dan pemakanan. Ditambah pula dengan usia biologi yang sememangnya semakin bertambah. Faktor-faktor ini akan membuatkan sel tubuh kita semakin kehilangan tenaga. Sekaligus akan menurunkan fungsi sel. Disini, Vivix bertugas untuk membantu menguatkan sel tersebut.





Fungsi Asas Vivix:

  1. Cell Defence : mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.
  2. Cell Energy : memberi tenaga kepada sel yang lemah
  3. Cell Repair : membaiki sel yang telah rosak
  4. Cell Performance : meningkatkan prestasi sel
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

3 Tip Memilih Produk Untuk Kulit Kusam

Kulit kusam? Nampak tua?
Sinonim sangat kedua-dua masalah kulit tu.

Kenapa kulit kita jadi kusam?
Sebenarnya banyak faktor yang boleh menyebabkan kejadian ngeri nie terjadi kepada kulit muka kita.
Antaranya :

  • Sel kulit mati tidak dibuang dengan sempura dan bercampur dengan sel kulit yang baru.
  • Pertumbuhan sel-sel lambat dan sel baru juga kurang berkembang.
  • Kesan parut lama tanpa rawatan.
  • Terdedah kepada sinaran matahari untuk tempoh yang lama - Boleh menyebabkan kulit kasar dan cepat berkedut. Pigmentasi juga akan muncul.
  • Penggunaan produk skincare yang tinggi kandungan bahan kimia - Sel kulit rosak.





Tip Memilih Produk Skincare

Jaga-jaga cik kak. Salah pilih produk skincare, merana la hati tengok kulit muka menjadi rosak. Sedih oii!!
So, Macam mana nak pilih produk skincare yang sesuai dengan kulit muka kita?

1. Kenali jenis kulit anda

Kulit kita. Kita kena la kaji sikit. Pastikan jenis kulit muka adalah kering, berminyak atau normal je?
Kemudian, ketahui juga apa jenis alergy yang kulit kita alami. Untuk kulit yang sangat bermasalah, cuba usahakan untuk berjumpa dengan pakar kulit dan dapatkan khidmat nasihat mereka. Untuk mereka yang ada masalah biasa-biasa je dan jenis kulit mudah untuk dikenali, bolehlah study tentang produk-produk skincare yang ada dipasaran yang sesuai dengan kulit muka kita. 


2. Pilih produk semulajadi

Banyak produk skincare dan produk kecantikan berada dipasaran sekarang. Berlambak sangat. macam-macam juga bahan campuran yang tak kita ketahui kan?
Oleh sebab itu, kita mestilah memilih produk skincare yang dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi tanpa campuran bahan kimia. Sila kenali dan ambil tahu bahan-bahan yang tergolong didalam kumpulan racun berjadual. Ini sangat penting untuk memastikan kulit muka tidak rosak dek bahan-bahan beracun tersebut.


3. Buat study keatas produk yang anda mahu beli 

Dapatkan nasihat doktor. Atau anda kaji serba sedikit tentang produk yang akan digunakan. Baca label untuk setiap produk. Jangan lihat testimoni semata-mata kerana banyak penjual yang tidak jujur menggunakan testimoni daripada pengguna produk lain. pastikan peroduk-produk tersebut mendapat kelulusan KKM.


Produk Shaklee untuk Kulit Kusam

Mesti lah ada. Produk yang dihasilkan daripada bahan semulajadi tanpa bahan kimia yang dijamin sentiasa selamat dan berkesan.



Set skincare Nutriwhite terdiri daripada :

1. Ultimate Protection Whitening Losyen SPF 15 - Krim siang
2. Overnight Whitening Renewal Cream - Krim malam
3. Gentle Deep Foaming Cleanser - Pencuci
3. Soothing Radiance Whitening Softener - Toner
4. Gentle Action Makeup Remover - Makeup remover
5. Daily Defense Whitening Essence - Serum pemutih
6. Spot Whitening Treatment - Menghilangkan bintik


Antara kebaikan daripada penggunaan Set Skincare Nutriwhite Shaklee :
  1. Membantu mengawal keradangan kulit
  2. Mengurangkan kesan tompokan pada kulit
  3. Memberi kelegaan kepada kulit wajah
  4. Mencerahkan kulit dan memelihara kulit daripada pigmentasi
  5. Melembabkan dan memelihara kulit dari kekeringan
  6. Menegangkan dan menyegarkan kulit wajah
  7. Membuang toksin


Apa yang best mengenai Set Nutriwhite Shaklee adalah penggunaan yang lama untuk sesuatu produk. Contohnya, pencuci muka Gentle Deep Foaming Cleanser boleh tahan sehingga setahun. Cuma picitkan sikit diatas tapak tangan, campurkan sikit air dan sapu pada wajah. Buihnya banyak dan mampu membersihkan wajah secara keseluruhan.


Testimoni berkesan


Testimoni #1




Testimoni #2




Testimoni #3




Nak konsultasi Set Nutriwhite?
Jangan segan-segan Whatsapp saya ye.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Shaklee Ada Produk Untuk Kulit Berminyak

Eh!
Kulit pun berminyak ke?

Ye betul.
Sebenarnya minyak pada kulit muka dihasilkan secara semulajadi oleh kulit kita sendiri. Minyak tu bertujuan untuk melindungi kulit kita daripada pencemaran, debu, radikal bebas dan macam-macam benda lagi daripada masuk ke liang pori. Minyak pada kulit juga membantu meremajakan sel kulit.

Tapi ada sesetengah orang, kulitnya menghasilkan minyak yang berlebihan pula. Minyak yang berlebihan nie tak bagus juga. Hasilnya, kulit muka akan menjadi kusam dan tak bermaya. Selain daripada itu, masalah jerawat dan jeragat juga akan mudah terjadi. Kulit kusam dan berjerawat secara automatik akan menyebabkan kita hilang keyakinan diri.





Kenapa kulit boleh jadi berminyak dan kusam?


1. Tabiat pemakanan

Siapa tak suka makan? Awak bukan geng saya. Hehe.

Makanan segera macam McD, KFC, Pizza. Masakan-masakan contohnya kari ayam, rendang daging, mi kari dan macam-macam lagi la. Ohmai sedapnya.
Tapi tahu tak? Yang makanan segera, makanan berlemak dan berminyak menjadi penggalak untuk kulit kita menjadi bertambah berminyak dan kusam.

2. Gaya Hidup

Gaya hidup seperti kurang bersenam, kurang berehat, abaikan rutin penjagaan wajah, kerap terdedah kepada habuk & matahari juga mempengaruhi keadaan kulit yang tak sihat.

3. Salah memilih produk kosmetik

Tak semua produk kosmetik selamat digunakan. Banyak juga produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual. Jadi, hati-hati memilih produk kosmetik korang.

4. Kurang minum air kosong

Air kosong tu penting. Bukan je untuk dapatkan kulit cantik. Tapi untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan kita. Air kosong boleh menyahkan racun dan menjaga kelembapan kulit. Bila kurang minum air kosong, kulit akan menjadi kering, kusam dan mudah berkedut.

5. Tak cukup tidur

Tidur yang cukup memberi ruang kepada sel kulit untuk membaiki kulit dan regenerasi sel. Jika waktu tidur tak mencukupi, proses regenerasi akan terganggu dan kulit akan menjadi kusam dan berminyak.

6. Stress

Jangan stress sangat! Tak baik untuk kulit. Kulit akan hasilkan lebih banyak minyak bila kita stress.


Korang tau tak?
Shaklee pun ada produk skincare untun kulit berminyak.
Hari nie saya nak share cerita tentang produk skincare. 
Yang pakai di kulit, bukan untuk ditelan. 😊😊😊





Untuk mereka yang ada kulit yang berminyak, saya cadangkan korang untuk cuba Set Normal to Oily Enfuselle. Ia memang dirumus khas untuk kulit yang berminyak. Set Enfuselle ini terdiri daripada :

  • Purifying Cleansing Gel - Gunakan 2 kali sehari untuk mencuci kulit muka
  • Purifying Toner Balancing - Gunakan 2 kali sehari pagi dan malam selepas mencuci muka
  • Enfuselle Balancing Moisturizer - Gunakan selepas memakai toner
  • Enfuselle Eye Treatment - Gunakan 2 kali sehari pagi dan malam


1. Purifying Cleansing Gel



Enfuselle Purifying Cleansing Gel ini bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan kotoran pada kulit wajah, membersihkan mekap dan juga minyak yang berlebihan. Ia mengandungi bahan khas serta tambahan Vitamin E dan menjadikan kulit terasa lembut dan segar. 
Cara menggunakannya adala dengan mencalit sedikit gel ke tapak tangan. Campurkan sedikit air bersih dan gosok hingga mengeluarkan buih. Bolehlah gosok kemuka untuk mencuci kotoran.


2. Enfuselle Purifying Toner 





Enfuselle Purifying Toner bertindak sebagai penyegar dan meransang kulit untuk persediaan rawatan. Terbukti secara klinikal untuk meneutralkan kerosakan sel akibat tindakbalas kulit dengan air dari besi didalam paip air. Mempunyai PH yang seimbang untuk menyegarkan dan menghaluskan kulit dengan bantuan ekstral likoris dan witch hazel. Ia juga membantu meminimumkan kemunculan liang-liang besar pada kulit. Juga membantu mengawal minyak yang dihasilkan oleh kulit.
Enfuselle Purifying Toner digunakan selepas mencuci muka. Lapkan kulit muka dengan kering. Kemudian titiskan sedikit toner ke atas kapas muka dan sapukan diserata wajah.


3. Enfuselle Balancing Moisturizer





Enfuselle Balancing Moisturizer adalah pelembab yang terbukti secara klinikal untuk melembabkan wajah tanpa menambahkan minyak pada kulit. Ia mampu meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan garis-garis halus, mengurangkan kedutan dalam masa 28 hari. Ia juga membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit. 
Cara menggunakan pelembab ini adalah dengan mencalitkan sedikit pada tapak tangan dan kemudian sapukan rata ke seluruh wajah agar kulit sentiasa lembab. Ramai yang dah pun jatuh cinta dengan pelembab ini kerana strukturnya yang tidak berminyak dan tidak melekit.


4. Enfuselle Eye Treatment





Enfuselle Eye Treatment mampu meghilangkan sembab di bawah mata dengan bantuan berbagai-bagai nutrien dan botani khusus. Terbukti secara klinikal untuk mengurangkan kedutan pada kulit bawah mata, meningkatkan kekenyalan dan keanjalan kulit dan menghilangkan garis-garis halus dibawah mata dalam masa 8 minggu. Ia juga membantu menjadikan tona kulit menjadi lebih sekata dalam masa 12 minggu. Kandungan botani anti penuaan dan vitamin C memberikan faedah ketara kepada kulit disekeliling mata. Sesuai juga digunakan dibahagian leher dan bibir. Telah diakui oleh pakar aftamologi, Enfuselle Eye Treatment sesuai juga digunakan oleh pengguna kanta lekap.
Cara menggunakan Enfuselle Eye Treatment adalah dengan mencalitkan sedikit ke tapak tangan dan sapukan dengan lembut disekitar bawah mata. Buat urutan lembut juga disitu.


Penting sebenarnya untuk kita menjaga kulit wajah dengan rapi. Kulit yang bersih dan sihat akan membuatkan keyakinan kita semakin tinggi untuk berhadapan dengan orang ramai. Selain dari mengambil suplemen kulit secara makan, penjagaan dari luar juga amat penting untuk mengelakkan kulit rosak dan kusam.

Jom Layan testimoni pengguna yang berpuas hati.


Testimoni #1



Testimoni #2




Testimoni #3



Testimoni #4




Nak beli? Atau nak dapatkan konsultasi?
Whatsapp saya ye.

Nak beli secara online pun boleh.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=359353ccb2ed0977b00c27256b30c365


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

4 Testimoni Berkesan Set Cantik Shaklee


Golongan wanita dengan kecantikan tak pernah dapat dipisahkan.
Tak kira dimana lokasi kita berada kan?
Definasi cantik tu sebenarnya sangatlah subjektif. Ia mengikut citarasa orang yang memandang.

Ada yang kata, wajah yang lengkap dengan foundation, eye-shadow, pemerah pipi, lipstik pink tu cantik.

Ada yang kata, wajah dengan mekap asas saja pun dah cukup cantik.

Ada yang kata, wajah polos tanpa mekap, cukup hanya dengan kecantikan semulajadi pun dah cantik.

Terpulang pada pandangan masing-masing.

Tapi, apa yang penting adalah kulit yang sihat tanpa sebarang masalah sangat penting untuk kelihatan cantik dan berseri.


Set Cantik Shaklee.

1. Vitamin C
2. B Complex
3. Vitamin E
4. Shaklee Collagen Powder
5. Vivix
6. ESP


Bagaimana nak dapatkan kulit yang sihat?

Selain daripada mengamalkan Set Cantik Shaklee, cara hidup yang sihat juga perlu diamalkan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan sempurna.

Saya ambil tip yang diberi oleh Majalah EH! untuk panduan kita bersama.

Lindungi kulit dari sinaran matahari

Kulit yang terdedah pada sinaran matahari berisiko untuk mendapat kedutan pada kulit, bintik hitam tanda penuaan dan banyak lagi masalah lain. Bahkan boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Jadi, sebelum anda keluar dari rumah pastikan anda memakai krim pelindung dari sinaran UV matahari dengan sekurang-kurangnya SPF15. Elakkan dari terdedah pada sinaran matahari terik pada jam 10 pagi hingga 2 petang. Guna pakaian yang menutup kulit sepenuhnya sebagai pelindung tambahan.

Berhenti merokok

Rokok menyebabkan kulit lebih cepat tua dan menyebabkan kedutan pada kulit. Ia juga menjadi punca kepada saluran darah pada lapisan kulit paling atas mengecil dan aliran darah turut menjadi perlahan. Jika anda seorang perokok dan mengimpikan kulit yang cantik serta tidak bermasalah, cara paling baik adalah hentikan tabiat merokok sepenuhnya.

Belai kulit sebaiknya

Cuci setiap hari dan cukur segala rerambut yang tumbuh pada wajah membantu dalam mengelakkan masalah kulit. Untuk mengekalkan keanjalan kulit, amalkan dengan mandian air suam dan tidak terlalu panas. Ini kerana ia boleh mengelakkan masalah kulit berminyak. Bercukur dengan berhati-hati agar tidak mencelakan kulit. Jika anda mengalami masalah kulit kering, gunakan pelembap kulit dengan SPF sesudah mandi.

Diet sihat

Pemakanan yang baik dan sihat menjamin kulit yang cantik dan kesihatan yang baik. Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika anda seorang yang mudah mendapat masalah jerawat, kerapkan pengambilan Vitamin C dan kurangkan pengambilan lemak.

Elak stress

Stres yang tidak terkawal boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan jerawat mula mengambil tempat pada kulit wajah. Untuk menggalakkan kulit dan kesihatan yang baik, ambil langkah untuk mengurangkan stres anda agar tidak memberi kesan kepada kesihatan kulit dan tubuh badan.


Jom tengok testimoni beberapa orang penggemar Set Cantik Shaklee dalam usaha untuk memulihkan kulit yang bermasalah. Jerawat mudah kecut, parut semakin pudar, kulit semakin flawless dan paling best, tak perlu memakai mekap tebal lagi untuk keluar dari rumah dengan yakin.


Testimoni #1



Testimoni #2




Testimoni #3




Testimoni #4




Nak konsultasi?
Atau nak share cerita-cerita korang rawat kulit muka yang bermasalah?
Atau nak beli Set Cantik Shaklee, jangan segan-segan whatsapp saya ye.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Cara Yang Betul Mencuci Muka Supaya Beri-seri Seperti Mira Filzah

Saya pasti 99% kaum wanita mencuci muka 2 atau 3 kali setiap hari kan?
Cuma yang berbeza hanyalah pada produk dan cara yang digunakan untuk mencuci muka je.
Betul tak? 

Kenapa perlu mencuci muka?
Kulit muka yang bersih dan berseri dapat menunjukkan daya ketrampilan diri kita. Ia adalah anugerah yang tak ternilai yang dikurniakan oleh Allah. Bagaimanakah kita semua menjaga anugerah tuhan nie? 




Saya nak share 4 tip untuk mencuci muka dengan cara yang betul.

1. Kurangkan penggunaan pencuci muka yang mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka kita cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan daripada memakai pencuci muka yang mengawal minyak ( oil control ) kerana ia akan menghilangkan minyak secara sementara saja. Dan ia sebenarnya menggalakkan kulit muka menjadi lebih berminyak. 

2. Jangan campurkan penggunaan produk kecantikan dalam suatu masa. Pemakaian produk yang bercampur-campur pada satu masa dibimbangi akan merosakkan kulit muka.

3. Campuran serbuk teh dan madu untuk dijadikan skrub menjadikan kulit muka lebih lembut dan lembab. Boleh juga lakukan skrub disekitar leher dan lengan.

4. Masker bedak sejuk dan madu juga boleh diamalkan 30 minit sebelum tidur setiap hari. Ia dapat menegangkan kulit dan mengecilkan liang roma.


Nak cuci muka dengan produk yang selamat dan organik?

Jom cuba Nutriwhite Cleanser dari Shaklee.




Apa bestnya Pembersih Nutriwhite nie?

1. Membersih dengan sangat lembut walaupun pada sekitar mata.

2. Kulit tidak menjadi kering dan pedih selepas dicuci.

3. Diperbuat daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan terpilih tanpa kandungan bahan kimia merbahaya yang boleh merengsakan kulit.
  • Rumpai laut - Menanggalkan kotoran, menanggalkan sel-sel kulit mati dan menengangkan kulit.
  • Alga hijau - Melembabkan kulit dan membersih hingga jauh kedalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin.
  • Strawberi Begonia - Mencerahkan dan meratakan tona kulit 

4. Tidak mengandungi bahan pewangi yang mana ia boleh merengsakan kulit terutamanya mereka mempunyai kulit yang sensitif.

5. Sangat menjimatkan - Walau dengan hanya penggunaan yang sedikit, ia menghasilkan buih yang banyak dan halus serta lembut dikulit. Kebanyakan pengguna pembersih Nutriwhite mengatakan yang 1 tiub tu bertahan selama lebih kurang 9 bulan - setahun dengan penggunaan 2 kali sehari! Wow! 




Pembersih muka Nutriwhite atau nama sebenarnya adalah Gentle Deep Foaming Cleanser adalah produk yang dijamin selamat oleh Shaklee.
Jadi, gunakanlah tanpa was-was untuk dapat kulit muka selembut dan sehalus Mira Filzah.

Nak konsultasi?
Atau nak beli set skincare dari rangkaian Nutriwhite?
Whatsapp saya segera ye!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

10 Cara Menghilangkan Jerawat

Jerawat!

Ramai wanita yang beremosi bila bercerita tentang jerawat. Apatah lagi bila jerawat dengan selamba bertanda dua tiga biji di kulit muka kita kan?
Hari nie saya nak share 10 cara untuk menghilandkan jerawat. 


1. Masker Avacado + Madu
  • Hancurkan isi buah avacado hingga lumat.
  • Campurkan dengan 1 sudu madu asli.
  • Lumurkan masker diwajah anda dan biarkan selama 15-20 minit.
  • Bilas dengan air suam.

2. Baking Soda

Baking soda dapat meneutralkan PH kulit. Jadi bakteria yang menyebabkan jerawat tumbuh tak akan hidup lama pada wajah kita. Baking soda juga dapat menanggalkan sel-sel kulit mati dan bersihkan pori-pori yang tersumbat.




  • Bancuh 2 sudu baking soda bersama 1 sudu air.
  • Ratakan disekitar kulit wajah. Boleh juga gosok sedikit seperti memakai skrub.
  • Biarkan selama 15 minit.
  • Bilas dengan air suam.

3. Lemon

Buah lemon dikatakan dapat mengurangkan keradangan pada kulit. Ia juga membantu membersihkan pori-pori wajah yang tersumbat. Orang kata, lemon boleh mencerahkan kulit juga tau!
  • Golek-golekkan lemon sambil ditekan untuk mudahkan airnya keluar.
  • Potong menjadi dua bahagian. Perah airnya kedalam bekas.
  • SApukan air lemon ke kulit wajah anda.
  • Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air sejuk.

4. Ubat gigi

Ubat gigi mengandungi florida, triclosan dan hidrogern peroksida dapat mencegah iritasi kulit, mengeringkan jerawat dan mengurangkan keradangan pada wajah. Tapi jika anda punyai kulit yang sensitif, penggunaan ubat gigi adalah tidak sesuai. 
Caranya adalah :
  • Sapukan ubat gigi kepada kulit yang berjerawat.
  • Biarkan selama 2 jam atau semalaman.
  • Bilas dengan air sejuk.

 5. Bawang Putih

Bawang putih sangat dikenali sebagai bahan semulajadi yang efektif untuk menghilangkan jerawat. Kandungan thiacremonon sulfer yang dapat mengeringkan jerawat dan allicin yang bersifat antiseptik mampu mematikan bakteria penyebab jerawat.


  • Bawang putih diracik halus.
  • Gosokkan sekata pada wajah.
  • Biarkan beberapa minit.
  • Bilas dengan air suam.
  • 👉 Boleh juga campurkan bawang putih yang dah diracik halus dengan cuka epal 

6. Skrub Gula

Gula mengandungi AHA dan asid Glycolic yang baik untuk membersihkan wajah dari sel kulit mati dan menghilangkan jerawat serta parutnya.
  • Campurkan 2 sudu gula bersama 1 sudu air.
  • Kalau hingga gula larut.
  • Sapukan pada wajah selama 15 - 20 minit.
  • Bilas dengan air suam.

7. Madu

Madu dah lama pun digunakan dalam perawatan kecantikan. Antiseptik yang terkandung didalam madu mampu menghapuskan bakteria dan menguragkan keradangan kulit akibat jerawat. Madu juga berfungsi sebaga probiotik semulajadi yang juga boleh mencegah timbulnya jerawat baru.

  • Sapukan beberapa titis madu kepada kulit yang ditumbuhi jerawat.
  • Biarkan selama 45 minit.
  • Bilas dengan air sejuk
  • Lakukan 3 kali seminggu.

8. Ais

Ramai yang tak tahu kan? Ais mempu menghilangkan minyak berlebihan dan segala kekotoran yang menjadi punca jerawat. Selain daripada itu, ais juga berfungsi untuk menenangkan kulit dan mengurangkan radang akibat jerawat yang timbul.

  • Bungkus ais secukupnya dengan menggunakan kain yang bersih.
  • Tuam pada kulit wajah yang ditumbuhi jerawat.
  • Ulang-ulang proses menuam kebahagian lain diwajah juga.
  • Ulang proses ini hingga jerawat mengering.

9. Cuka Epal.

Gunakan cuka epal yang boleh didapati dimana-mana pasaraya berhampiran. Cuka epal boleh menanggalkan sel kulit mati dan mempercepatkan proses penyembuhan kulit yang ditumbuhi jerawat.
  • Campurkan 5ml cuka epal bersama 95ml air.
  • Ratakan pada wajah dengan menggunakan kapas.
  • Biarkan selama 10-20 minit.
  • Bilas dengan air suam.
  • Untuk kesan maksimum, lakukan proses ini sebelum tidur dan biarkan semalaman.

10. Putih Telur

Putih telur boleh mengecilkan pori-pori kulit dan mengurangkan minyak yang berlebihan. Kandungan Enzim Lysozim boleh menghancurkan sel bakteria penyebab jerawat.
  • Asingkan putih dan kuning telur.
  • Pukul putih telur hingga kembang
  • Sapukan pada wajah seperti masker
  • Biarkan sehingga kering
  • Bilas dengan air suam.

Ok. Cukup dah 10 cara menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk hilangkan jerawat. Selamat mencuba.

Untuk mereka-mereka yang nak cepat & tak de masa nak buat semua petua di atas, apa kata cuba hilangkan jerawat dengan menggunakan set cantik Shaklee. Senang, mudah dan selamat.
Kecantikan terjaga dari luar dan dalam.


Vitamin C.

Amalkan 2-4 biji Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Vitamin C juga boleh mengecutkan jerawat serta memudarkan partu jerawat. 

Vitamin E

Amalkan 1-2 biji Vitamin E setiap hari untuk membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, memudarkan parut jerawat dan bintik penuaan. Vitamin E mampu memulihkan tekstur dan tona kulit.

ESP

Pengambilan ESP yang kerap boleh membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Ia meransang pembentukan semula kulit dan otot, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan boleh mengurangkan parut.

Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder membantu mengecutkan jerawat, menghilangkan parut jerawat, menganjalkan kulit, menghaluskan kulit, mengecilkan pori-pori wajah dan berbagai-bagai fungsi lagi.

Untungnya,
Semua suplemen Shaklee diatas boleh juga digunakan sebagai masker. Hancur lumatkan Vitamin C, campurkan dengan sedikit ESp dan air. Sapu rata ke wajah anda. 
Atau pecahkan kapsul Vitamin E dan campurkan dengan ESP dan sedikit air. Ratakan juga ke wajah anda. Kesannya pasti superb. Cubalah!!

Nak konsultasi?
Atau nak beli?
Jangan segan-segan  whatsapp saya ye.


----------------------------------------------------------------------------------------------
 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Ubati Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula

Kata orang, kita wajib kena chickex pox sekali seumur hidup.
Iye ke?

Dengarnya demam nie meninggalkan parut yang kekal dan susah nak hilang. Kalau terkena ketika usia kanak-kanak, mungkin tak terlalu menjadi ketakutan. Kulit kanak-kanak masih muda dan mungkin parut tersebut akan hilang secara total. Macam mana pula kalau terkena ketika usia dewasa?

Ohmai!
Menakutkan juga ye kalau terkena demam chicken pox pada usia dewasa. Hilanglah kulit yang tulus, mulus dan gebu tu. Parut disana sini. Parut dipipi, dahi, hidung dan dagu? Trauma..trauma..
Pasti kita akan hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain terutamanya suami. Pasti kita akan merasa rendah diri dengan kekurangan diri.

Jangan risau tau! Shaklee ada jalan penyelesaian untuk mereka-mereka yang terkena chicken pox ketika usia dewasa. Insyaallah parut yang terhasil akan dapat dihilangkan dari wajah anda yang cantik molek tu.

Jom tengok pengalaman Puan didalam video nie, bagaimana beliau menghilangkan parut akibat Chicken Pox dari wajahnya dan menjadi wanita tercantik untuk suaminya.



Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.


Banyak kan parut dimuka beliau? Memang boleh buat keyakinan diri menjunam sedalamnya kalau ada parut yang banyak macam tu.
Alhamdulillah. Berkat usaha yang tak putus dan keyakinan terhadap produk Shaklee, beliau berjaya menyahkan semua parut yang hodoh tu dan menjadi isteri yang cantik semula.

Puan nie amalkan Vitamin C, Vitamin E, ESP, GLA Complex, Bcomplex dan set Skincare Nutriwhite dalam pemakanan dan pemakaian hariannya.
Untuk mereka yang ada masalah parut jerawat yang banyak juga boleh aplikasikan tips ini untuk nyahkan parut yang hodoh tu dan jadi wanita tercantik semula.

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin anda ye!

---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 
Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : 
Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Promo Disember : Vitamin Antioksidan ( A & C)

Wassap!! wassap!!
Best giler...Haha!

OK. Over pulak.

Shaklee sayang kita. Shaklee semua wanita bertukar dari Kak Mah kepada Zualikha dari aspek penjagaan kecantikan. Jangan tak percaya tau.

Bulan Disember bulan cantik lah. Shaklee nak semua wanita jadi super cantik dan super gojes.

Promo Disember,

Vitamin C - Beli 6 PERCUMA 1
Vitamin E - Beli 6 PERCUMA 1

Best giler!



Anda-anda yang super gojes, jangan lupa dapatkan stok uollss ye.
Rojer saya jugak..

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

Kisah Mah, Abang dan Zulaikha : Surat Mah Kepada Abang.

Setahun berlalu..

Abang,
Dah setahun kisah antara abang, Mah dan Zulaikha berlalu. Tahniah untuk abang kerana dah jumpa bahagia yang abang cari. Tahniah juga sebab abang dapat mengahwini perempuan yang abang idam-idamkan, si Zulaikha tu.

Abang,
Mah dah berubah sekarang. Sejak Mah join jadi SID, Mah kumpul-kumpul duit. Dapatlah juga Mah beli sikit-sikit suplemen untuk diri Mah dan anak-anak. Dulu Mah tak ada kesempatan nak telan suplemen. Sebab abang tak pernah support apa yang Mah nak buat. Mah pun buta mata dan hati juga sebab asyik utamakan keperluan abang je sedangkan keperluan diri sendiri Mah abaikan.

Sejak Mah makan vitamin C dan vitamin E, kulit Mah dah makin glowing. Dah tak kusam macam dulu. Best tau abang. Kulit Mah jadi halus dan lembut je. Rugilah abang dah tak dapat usap tangan Mah yang dah halus dan lembut nie. Kalau dulu kulit Mah nampak tak bermaya je, sekarang dah berubah tau abang. Kawan-kawan Mah pun dah tegur. Diorang kata kulit Mah dah semakin berseri-seri dan semakin cerah.

Bukan tu je yang Mah makan. Mah minum juga ESP, sambil-sambil tu Mah buat juga masker kat muka. Bila minum ESP, rambut Mah dah tak gugur malahan bersinar-sinar pula. Kuku Mah pun dah tak pecah-pecah, tumit pun macam tu juga tau. Sekarang Mah perasan yang jerawat pun dah jarang muncul. Ruginya Mah tak cuba ESP nie dari dulu lagi. Anak bongsu kita pun dapat juga kebaikan hasil Mah minum ESP tau. Susu badan Mah bertambah-tambah melimpah ruah Allah bagi kat dia. Kulit pun cantik abang. Comelnya anak kita tu. Ruginya abang tak merasa nak gomol dia lepas habis kerja. 

Abang,
Mah dah berubah sekarang. Baju-baju Mah dah bertukar saiz L, ada juga baju bersaiz M yang Mah dah boleh pakai. Baju-baju yang bersaiz XL dan XXL, Mah dah simpan dalam stor. Besar sangat, tak cantik pula bila Mah sarungkan ke tubuh Mah yang dah makin mengecil nie. Abang nak tau tak, ramai yang tak percaya Mah ada 3 orang anak. Kata diorang, Mah macam orang yang belum kahwin tau. Mungkin itulah ShakleeEffect yang Mah dapat. Abang nak tahu apa rahsia Mah dapat semula saiz badan diawal perkahwinan kita? Mah makan Set Kurus Shaklee la. Hehe..

Abang,
Kehidupan Mah semakin baik sekarang. Rupanya ramai lagi yang sayangkan Mah walaupun selepas abang benarkan Zulaikha ambil tempat Mah disisi abang. Abang jangan biarkan Zulaikha jeles dengan Mah ye abang. Kawan-kawan kata Mah dah cantik dan kurus sekarang. Malahan ramai juga yang kata Mah macam anak dara walaupun hakikatnya Mah nie Mak Dara anak 4.

Abang pun jangan jeles dengan Mah tau. Mah dah berkawan dengan ramai orang yang lebih baik daripada abang. Pandangan Mah tentang kehidupan pun semakin bertambah. Mah semakin menghargai diri sendiri yang dulunya Mah abaikan. Mah sedar  selain dari sayangkan anak dan suami, Mah perlu sayangkan diri sendiri juga. Dulu, Mah terlalu pentingkan apa yang abang rasa, keperluan abang dan anak-anak. 

Dulu Mah abaikan keperluan diri Mah. Mah biarkan badan Mah membesar sebab abang selalu cakap walaupun Mah besar, abang tetap sayang. Rupanya kata-kata abang tu cuma untuk menutup kekurangan Mah. Mah biarkan je keinginan Mah untuk beli baju baru sebab nak bantu abang cover perbelanjaan rumahtangga kita. Rupanya abang memang suka tengok perempuan-perempuan yang berpakaian yang mengikut trend terkini. Mah biarkan diri Mah keletihan tanpa bantuan sebarang suplemen untuk jana tenaga Mah. Sedangkan Mah memang perlukan bantuan suplemen untuk bantu kekalkan tenaga Mah. Setiap hari, Mah keuar bekerja untuk bantu ekonomi keluarga. Selepas pulang dari kerja, Mah perlu uruskan rumahtangga pula, memasak, membasuh dan buat tugas-tugas yang memang tak ada noktah. Mana nak layan anak-anak lagi, mana nak layan abang lagi. Kalau abang terlupa, sikit pun kerja-kerja dirumah abang tak bantu tau. Jadi, Mah memang keletihan. Mah hanya dapat merehatkan badan masa tidur je. Jadi kalau abang kejut Mah ditengah malam, memang Mah tak sedar. Tidur mati dek keletihan. 

Kehidupan semakin baik kini. Syukur sangat Mah jumpa produk dan kawan-kawan yang best lepas abang tinggalkan Mah dan anak-anak. Banyak ilmu yang Mah dapat dari geng Shaklee. Mah lebih bebas bergerak sekarang. Mah mohon abang sentiasa doakan kejayaan Mah walau kita dah tak bersama tau.

Oklah abang. Tu je Mah nak bagi tahu kat abang. Abang jangan biarkan Zulaikha jeles dengan Mah tau. Mah tengok Zulaikha dah semakin membesar macam Mah dulu je. Abang pun makin bulat aje. Tak takut ke Zulaikha pula cari orang yang lebih slim dari abang? Haha!
Abang pula janganlah ulang apa yang abang dah buat pada Mah tau. Maklumkan pada Zulaikha yang abang tu lebih sukakan isteri abang sentiasa slim. Kalau abang nak bagi Zulaikha makan suplemen Shaklee, abang kontek la Mah tau. Memang terbukti berkesan.

Terima kasih abang.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

TESTIMONI CANTIK DENGAN VITAMIN C, VITAMIN E DAN VIVIX SHAKLEE

Siapa tak nak cantik?
Siapa tak nak kulit yang halus, gebu, bersih dan bebas dari jerawat, jeragat mahupun pigmentasi?

Siapa? Siapa?

Tak ada kan?...kan?...kan?

Hari ini, saya nak layan beberapa testimoni pengguna yang gunakan barisan vitamin untuk kulit dan syukur mereka sukses dapat pulihkan kulit yang ada macam-macam masalah.


Vivix, Vitamin C, Vitamin E, BComplex
Cik Sarah : Nutritionist Shaklee

Cik Sarah nie adalah salah seorang nutritionist Shaklee. Saya berjumpa dengan beliau semasa menyertai bengkel nutrisi Shaklee dua minggu lepas. Kagum betul dengan kulit dia. Kulit yang cerah adalah satu bonus untuk beliau. Cik Sarah mempunyai kuliit yang sangat sihat tanpa kehadiran jerawat atau jeragat. Parut pun tak ada! Haish...jeles betul.
Beliau mengambil Vivix setiap pagi secara konsisten sebelum keluar ke tempat kerja. Beliau juga mengambil Vitamin C, Vitamin E dan B-Complex ( wajib juga ).


Tiga testimoni dibawah pula adalah hasil perkongsian daripada salah seorang ahli keluarga RichFamili. Thanx NadZ.

Ia adalah hasil daripada tiga orang pelanggan beliau yang baru mencuba Vitamin E dan Vitamin C. Nampaknya ia memberi kesan positif kepada kulit pelanggan tersebut. Kulit semakin kurang berminyak, jerawat semakin berkurangan dan parut semakin pudar.
Alhamdulillah. Syukur. Seronok tengok orang lain gembira.


Vivix, Vitamin C, Vitamin E, BComplex
Testimoni Vitamin C dan Vitamin E

Vivix, Vitamin C, Vitamin E, BComplex
Testimoni Vitamin C dan Vitamin E

Vivix, Vitamin C, Vitamin E, BComplex
Testimoni Vitamin C dan Vitamin E

Nak cuba Vitamin C, Vitamin E atau mana-mana vitamin Shaklee yang super best?
Jangan malu-malu hubungi saya ye.

013-398 4050

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

5 SEBAB KENAPA ESP :: ENERGIZING SOY PROTIEN :: JADI PILIHAN IBU MENYUSU

ESP memang yummy...
Terutamanya kepada peminat tegarnya.

Kenapa ESP menjadi pilihan ibu menyusu?
Jom baca fakta ini.

1. ESP Shaklee adalah protin soya yang dihasilkan dan diproses secara Non-GMO. Soya ESP tidak diubah secara genetik. Ia diolah secara semulajadi bermula dari proses penanaman pokok soya hinggalah semasa pemprosesan biji soya menjadi ESP. Soya ESP diproses dengan suhu yang rendah untuk memelihara kualiti dan khasiatnya.

Nak tau? Saya pernah cuba produk kolagen untuk satu brand yang agak glamor, yang mereka nyatakan ia sebagai kolagen soya. Rasanya memang sedap. Tapi...rasa susu saja. Heh! 
Berbanding dengan ESP yang memang terasa kepekatan rasa soyanya.


Energizing Soy Protien


2. ESP adalah produk berasaskan soya yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Ia amat sesuai untuk orang yang mengalami kencing manis. 
Nak tau tak? Makanan yang berideks glisemik tinggi, lebih mudah untuk menjadikan kita gemuks! Hehe.. Contohnya, nasi. Kalau makan dengan banyak, berat pun akan naik dengan mudahnya. 
Tak percaya? Cubalah!

Indeks Glisemik adalah suatu bacaan yang menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula didalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat, mengandungi Indeks Glisemik yang tertinggi. Manakala karbohidrat yang dengan Indeks Glisemik rendah pula memecahkan gula dengan perlahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan.

Bacaan Indeks Glisemik ESP hanyalah 39.
Indeks Glisemik Tinggi : >70Sederhana : 56 - 69Rendah : < 55

3. ESP Shaklee diiktiraf diseluruh dunia kerana mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif. Untuk makluman, Shaklee telah menjalankan 100,00 ujian kualiti setiap tahun untuk produk-produknya. Shaklee juga menjalankan lebih daripada 350 ujian saringan bahan berbahaya untuk setiap bahan mentah baru yang akan digunakan untuk menghasilkan suplemennya. 


ESP diawal pengeluarannya pada tahun 1961

4. ESP Shaklee mengandungi 9 asid amino penting yang tak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia dan ia perlu didapatkan daripada sumber pemakanan harian. ESP turut diperkaya dengan 5 sumber viamin dan 4 sumber mineral. Setiap 850g ( 1 cannister ) ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya.

Fakta : 1 hidangan ESP Shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. Ia juga rendah lemak, tiada kolestrol, tiada uric asid dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. 

5. ESP adalah protin soya. Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu didalam badan serta menjadi komponen utama kepada hormon manusia. Setiap organ didalam tubuh manusia memerlukan protin. Kekurangan protin akan menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi didalam badanm kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, membantutkan pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya membawa kepada kematian.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...