HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

TIP BADAN KEKAL SEGAR & BERTENAGA KETIKA BERPUASA

Hari ini dah tiba 2 Syaaban. Tinggal beberapa hari je Ramadhan bakal menjelma. Rindunya....
Tahun lepas, saya tak dapat menunaikan ibadah Puasa lantaran alahan yang agak teruk...
Harapan saya, tahun ini saya akan dapat berpuasa dengan anak-anak & suami...

Ada sedikit tip untuk kekal segar & cergas semasa berpuasa...Enjoy reading...

1. Bersahur dan berbuka dengan menu yang seimbang.

Makanan untuk bersahur dan berbuka sebaiknya terdiri daripada 50 - 60 peratus karbohidrat, 10-20 peratus protien, 20 - 25 peratus lemak, ditambah dengan vitamin dan mineral dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain daripada vitamin dan mineral, serat yang terkandung dalam buah dan sayuran amat bermanfaat dalam melancarkan proses membuang air besar.

2. Banyak minum air kosong ketika sahur

Pedoman untuk minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari boleh juga dilaksanakan ketika berpuasa. Minumlah tiga gelas ketika bersahur dan lima gelas ketika berbuka sehingga sebelum masuk tidur.

3. Pilih menu yang boleh menaikkan kadar gula dalam darah dengan segera ketika berbuka.

Menu yang dipilih ketika berbuka puasa ialah minuman atau makanan yang manis keperti kurma. Makanan manis menganduingi karbohidrat sederhana yang mudah diserap dan mampu menaikkan kadar gula dalam darah yang turun kerana tempoh 14 jam berpuasa. Selepas melaksanakan solat maghrib, anda boleh mengambil makanan sihat lengkap yang seimbang iaitu nasi, ikan, daging, tauhu, tempe, sayur-sayuran dan buah-buahan.

4. Jangan lupa sahur.

Bentuk hidangan sahur adalah sama seperti berbuka puasa, namun ambillah dengan kuantiti yang lebih kecil. Jangan tinggalkan sahur kerana sahur yang baik membuatkan puasa anda lebih mudah. Makan makanan yang mempunyai kadar protien yang tinggi kerana ia akan kekal lama dalam tubuh. Makanan yang berprotien tinggi memerlukan proses pencernaan dan penyerapan yang lebih lama berbanding makanan berkarbohidrat tinggi. Hal ini menyebabkan kita tidak mudah merasa lapar.

Sumber : Majalah Rapi.

Dan saya tentunya akan memilih set TRIPLE GEM  untuk membantu saya lebih bertenaga semasa berpuasa.
Saya telah mengamalkannya ketika marathon menggantikan puasa yang tak dapat saya nikmati tahun lepas.

Anda bagaimana?




Hubungi saya, Telefon : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...