HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

7 Perkara Yang Wajib Kita Tahu Sebelum Bersenam


Asyik update pasal vitamin je pun bosan jugak kan? 
So meh la kita tengok dan ambil tahu perkara-perkara wajib yang kita kena tahu sebelum buat sesuatu senaman.

Let's check it out!







7 perkara wajib yang kita kena tahu dan buat sebelum bersenam?



1. Lakukan aktiviti pemanasan badan. 



Ramai yang masih tidak berjaya untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan walaupun jenuh bersenam. Sebenarnya ramai antara kita yang tidak lakukan senaman dengan cara yang betul. Sebelum memulakan senaman, kita mestilah tahu beberapa teknik yang perlu dan tidak perlu dilakukan dalam senaman supaya ia tidak menjadi sia-sia.


2. Pelajari dan fahami sepenuhnya semua latihan asas.

Latihan asas perlu dipelajari dan difahami sepenuhnya supaya ia dapat membantu kita untuk mendapatkan hasil yang lebih efektif tanpa membuang masa. Kita juga mesti tahu apa tujuan sebenarnya datang ke gym atau buat sebarang rutin senaman. Latihan untuk setiap bahagian otot adalah berbeza untuk setiap satunya.


3. Pastikan waktu yang sesuai untuk bersenam

Setiap dari kita mesti ada waktu favorite untuk bersenam. Ada yang suka bersenam pada waktu pagi, petang atau pun malam mengikut kelapangan masing-masing. Sebenarnya, waktu senaman ini memainkan peranan yang besar untuk meningkatkan kualiti senaman kita. Sebaiknya biar waktu senaman itu konsisten setiap hari supaya ia menjadi lebih produktif. Pilih juga waktu yang sesuai supaya kita dapat lakukan senaman itu dengan lebih konsisten dan berdisiplin serta tidak mengganggu aktiviti atau tugas-tugas seharian.


4. Elakkan bersenam dengan perut kosong

Ramai yang menyangka lakukan senaman ketik perut kosong, kita akan dapat hasil yang kita inginkan dengan lebih cepat. Sebenarnya semua tu salah. Kita kena makan sebelum dan selepas bersenam. Yang penting, bukanlah makanan berat-berat. Cukup snek untuk mengelakkan perut kosong sahaja. Ini kerana badan kita perlukan bahan bakar untuk dapatan hasil maksimum daripada senaman itu.


5. Ambil nutrisi / suplemen.

Nutrisi / suplemen diambil untuk menguatkan otos dan memperbaiki jaringan otot yang rosak. Selain daripada itu, badan kita juga perlu mendapatkan kandungan air yang cukup setiap hari supaya tidak terhidrat semasa membuat senaman.


6. Buat lebih dari satu jenis senaman.


Kombinasi beberapa jenis senaman akan mampu membantu badan kita membuat pembakaran lemak yang lebih maksimum. Oleh itu, sangat penting untuk kita melakukan pebagai jenis senama seperti senaman kardio, jogging, sit-up, berenang ataupun senaman bebanan. Disamping itu, pastinya kita boleh elakkan kebosanan jika lakukan jenis senaman yang sama setiap hari.



7. Elakkan Overtraining


Jangan sesekali buat senaman selama tujuh hari seminggu dengan pelbagai jenis senaman berat tanpa berehat. Ianya cuma akan memudaratkan badan kita. Berikan tubuh badan kita masa untuk pulih sepenuhnya sebelum buat sesi senaman yang baru. Sebaiknya berehat sehari atau sua untuk pastikan badan kita benar-benar pulih.



Saya nak share senaman kegemaran saya. Zumba!!


Jom join saya menari zumba lagu nie.






----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.

Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :

Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...