HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

5 Cara Mudah Cari Wang Lebih Walaupun Tinggal Di Kawasan Kampung

Wang? Duit?
Sama la tu.
Siapa yang tak nak kan?
Dalam keadaan yang mencabar dan ekonomi merudum sekarang. Harga barang pulak asyik mencanak-canak naik. Pitammmsss!!

Nak cari duit lebih. Tapi tak tahu caranya?

Saya kongsikan sikit pengalaman saya memerhatikan peluang-peluang yang ada sepanjang 3 tahun berada dikampung. Sebenarnya saya pun tak sangka banyak peluang belajar buat duit walaupun berada dikampung. Cuma tinggal usaha kita je untuk laksanakan apa yang dah kita pelajari. Untuk mereka yang tinggal dibandar, rasanya benda yang sama juga kita boleh dapat malahan mungkin lebih banyak. Tapi saya tak ada pengalaman tu semasa di bandar sebab dulu saya sibuk bekerja.





Apa yang saya pasti, nak duit lebih kena diiringi usaha yang 100%. Usaha yang suam-suam kuku, maka hasilnya pun yang hado je la. 😁


1. Kenalpasti minat dan cari ilmu berkaitan.

Kenalpasti apa kecenderungan korang. Maksud apa yang korang minat dan akan buat sehabis baik untuk minat-minat korang tu. Pastikan minat tu boleh digunakan untuk beranakkan duit. Kalau nak tahu, banyak agensi-agensi kerajaan yang tawarkan kursus pendek kemahiran ke kampung-kampung. Kursus pendek tu samada cuma dalam tempoh 2 hari atau berlarutan 6 bulan mengikut kesesuain kursus. Sepanjang saya berada dikampung, saya dah pun hadiri kursus-kursus seperti menjahit bantal herba, membuat keronsang daripada kain perca, menjahit jubah dan beg clutch, membuat mee kuning, membuat roti dan bahulu. Banyak juga ek. Hihi.
Yang bestnya, kursus tu semua free!
Rugi sangat kalau korang tak grab peluang belajar macam nie. Tu antara usaha kerajaan untuk bantu surirumah-surirumah cari pendapatan tambahan.


2. Dapatkan modal peralatan ( Oven, mixer, mesin jahit )

Nak mulakan apa-apa bisnes, mesti kena keluar modal. Bezanya cumalah berapa nilai modal yang kita nak keluarkan. Bagi saya, tak perlu keluarkan modal permulaan ribuan ringgit. Contohnya kalau nak buat bisnes baking yang perlukan oven dan mixer, rasanya cukup sekadar beli oven kecil dan hand mixer untuk permulaan. Oven tu dalam RM100++ dah boleh dapat. Mixer pula dalam RM60++ je. Yep. Memang tak lasak. Tapi cukup la untuk permulaan untuk memperkenalkan bisnes kita. Kumpul la duit tiap-tiap bulan untuk upgrade peralatan kita. Atau korang boleh cuba-cuba nasib untuk minta bantuan dari mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan.
Let say, tak de langsung modal nak dikeluarkan. Apa kata korang masak la apa-apa menu special dan sedap. Jual je set lunch, set breakfast atau pun set dinner dan buat servis COD. Sekarang servis COD makanan dah jadi trend tau.
Dan jalankan semua bisnes nie dari rumah sahaja. Jangan fikir tentang nak buka kedai yang akan menyebabkan komitmen untuk membayar sewa membebankan kita.


3. Ok. Tak pandai masak, baking mahupun menjahit. Nak buat apa ye?

Jangan risau. Korang boleh je jual produk orang lain. Macam-macam produk ada dipasaran yang perlukan ejen dropship. Kita tak perlu simpan stok pun. Cuma buat iklan dan kumpul order. Ada produk kecantikan, pakaian, emas, produk kesihatan dan macam-macam lagi la.
Mana nak cari stokis?Di Facebook pun banyak korang.
Saya buat dropship Shaklee. Siapa nak try, boleh rojer saya ye.


4. Manfaatkan smartfon  untuk buat iklan.

Saya pasti hampir semua kawan-kawan saya gunakan smartfon yang ada data kan? Apa kata gunakan smartfon tu untuk buat iklan di Facebook, Grup Whatsapp, Telegram dan semua media sosial yang ada. Yang penting jangan buat-buat sombong dengan masyarakat. Kalau boleh, sila kenali semua rakan media sosial korang. Iklankan je sebarang produk yang korang jual.


5. Besarkan bisnes kecil korang.

Sampai bila nak bisnes kecil-kecilan? Nak juga merasa income besar kan?
So, besarkan la network korang. Berkawan dengan network yang boleh beri inspirasi dan boleh beri laluan pada bisnes korang. Pergi juga perkenalkan bisnes korang terutamanya bisnes IKS kepada badan-badan berkaitan. Mereka boleh beri bantuan geran modal, bantuan khidmat nasihat, bantuan pemasaran dan macam-macam bantuan lagi. Jangan malu tau.


Ok. tu je 5 cara yang mampu saya fikirkan semasa bergelar penganggur terhormat. Tapi belum mampu nak bina bisnes IKS yang gunakan kemahiran memasak mahupun menjahit. Jadi saya cuma buat bisnes dropship Shaklee yang pendapatannya mampu buat saya bernafas walau cuma bekerja dari rumah dan menanggung 4 orang anak saya. Kalau ada yang berminat nak buat dropship Shaklee, meh rojer saya ye.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...