HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Gejala Jantung Bengkak. Apa Penyebabnya?

Jantung bengkak? Kenapa? Apa yang menyebabkan jantung menjadi bengkak?

Jantung bengkak atau juga dikenali sebagai cardiomyopathy bukanlah suatu penyakit. Ia adalah gejala dari masalah kesihatan seperti stress, hamil, ada peyakit jantung koronari, otot jantung lemah, ada masalah injap jantung atau rentak degup jantung yang tidak normal.




Jantung menjadi bengkak kerana terdapat situasi dimana jantung terpaksa bekerja dengan lebih keras dari normal dan perkara ini menyebabkan otot jantung menjadi lemah. Selain daripada itu, otot jantung boleh menjadi lemah disebabkan oleh penyakit jantung dari bayi ( kongenital ) dan pernah terkena serangan jantung. Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan otot jantung menjadi lemah.

  • Tekanan darah tinggi - Tekanan darah tinggi menyebabkan vertikel kiri membesar. Ia akan menyebabkan otot jantung lemah dan ruang atas jantung ( atrium ) membengkak. Jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengalirkan darah ke seluruh tubuh. Jika situasi ini berlarutan, ia akan menyebabkan pembekakan semakin membesar dan otot jantung juga akan menjadi lebih tebal.
  • Injap jantung bermasalah - Jantung manusia mempunyai 4 injap yang berfungsi untuk mengepam darah mengikut aliran masing-masing. Jika salah satu injap rosak atau mengalami masalah maka organ jantung juga akan alami pembekakan.
  • Kardiomiopati ( Otot Jantung ) - Otot jantung yang menebal akan menyebabkan jantung bekerja keras untuk mengepam darah. Ini akan menyebabkan jantung membesar dari saiz asal.
  • Tekanan darah tinggi pada arteri yang menghubungkan jantung dengan paru-paru ( Pulmonary Hypertension ) -Tekanan darah yang tinggi membuatkan jantung perlu bekerja lebih kuat untuk memindahkan darah diantara paru-paru dan jantung. Keadaan ini akan menyebabkan bahagian sebelah kanan jantung membengkak dan membesar.
  • Sel darah merah rendah ( Anemia ) - Anemia adalah penyakit dimana kurangnya sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen yang cukup ke seluruh tubuh. Anemia kronik boleh menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat atau tidak teratur. Dengan itu, jantung terpaksa bekerja lebih untuk mengepam darah keseluruh tubuh untuk memenuhi kekurangan oksigen didalam darah.
  • Gangguan tiroid - Kelenjar tiroid yang terlalu aktif ( Hipertiroidisme ) atau kelenjar tiroid yang kurang aktif ( hipotiroidisme ) boleh menyebabkan masalah jantung termasuk masalah jantung bengkak.
  • Lebih zat besi didalam tubuh ( Hemochromatosis )  - Ia adalah gangguan genetik yang menyebabkan tubuh menyerap terlalu banyak zat besi daripada makanan. Zat besi yang berlebihan akan menempel ke semua organ termasuk jantung. Dan ini akan menyebabkan otot jantung menjadi lemah dan seterusnya mengakibatkan ventrikel kiri jantung membengkak.

Tanda-tanda jantung bengkak

  • Sesak nafas.
  • Ritma degup jantung yang laju. Atau biasanya rasa seperti berdebar-debar.
  • Bengkak ( endema ) pada kaki dan tangan.
  • Rasa sakit dibahagian-bahagian seperti bahu, leher, punggung dan siku.
  • Mual, nafsu makan menurun, rasa panas dibahagian dada.
  • Batuk yang berulang dan kerap.
  • Mengah terutamanya selepas aktiviti yang sedikit lasak beperti berlari atau naik dan turun tangga.
  • Kerap pening, pitam atau pengsan.
  • Sakit yang kuat dibahagian dada
  • Mudah penat

Aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah jantung bengkak
  • Menjalani gaya hidup yang lebih sihat
  • Mengamalkan pemakanan bersih dan sihat
  • Mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Mengawal tekanan darah 
  • Menurunkan berat badan
  • Bersukan
  • Mengurangkan pengambilan garam
  • Periksa kesihatan dari masa ke semasa

Tu serba sikit fakta tentang masalah jantung bengkak yang saya minta encik Gugel carikan.
Saya ada seorang kawan yang sedang alami masalah jantung bengkak sejak dari sekolah lagi. Masalah jantung bengkak nie dah pun menyebabkan dia tak boleh jalani pembedahan untuk buang cyst yang dah dikesan untuk kali ke-2. Bahaya untuk beliau jalani pembedahan dek kerana jantung yang tidak stabil untuk proses mengepam darah semasa pembedahan.
Semoga Allah sembuhkan penyakit kawan saya tu.



Sebagai alternatif rawatan doktor, dan beliau tak tinggalkan rawatan doktor tau. Beliau mencuba Vivix untuk mengecutkan cyst yang bersaiz 7cm & 8cm. So far, belum ada perkembangan kerana belum sampai masa untuk buat checkup lagi. Semoga cyst tu mengecut la hendaknya.

Apa yang saya nak kongsikan. Lepas consume Vivix, kawan saya dah boleh berjalan dalam jarak yang lebih jauh tanpa mengah lagi. Badan pun lebih bertenaga. Mungkin asbab dari pengambilan Vivix. Alhamdulillah. Semoga dia cepat sembuh. Korang pun tolonglah doakan sama ye.




Selain daripada rasa mengah yang semakin kurang, masalah bleeding juga semakin kurang. Menurut kawan saya, selalunya beliau terpaksa mencuci dan menukar panty liner setiap kali sebelum solat disebabkan oleh masalah bleeding akibat cyst tersebut. Alhamdulillah sekali lagi. Semoga cyst beliau mengecut dan tak perlukan pembedahan.

Anda ada masalah yang sama dan nak cuba beli Vivix?
Boleh beli secara terus disini.





Nak konsultasi?
Atau sembang-sembang tentang Shaklee, jangan segan whatsapp saya ye.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...