HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Sinar Jumaat : Bahaya Berfikiran Negatif

Salam Jumaat wahai Sahabat!

Mudaratnya berfikiran NEGATIF 

Pemikiran negatif menyebabkan perubahan kepada neurotransmitters dan hormon serta memberi kesan kepada kesihatan jantung, sistem imun, otak, sistem endoktrin dan sistem penghadaman. Manakala risiko terbesar adalah melibatkan kematian.

Jika kebimbangan dan dan kerisauan melampau telah menguasai diri anda, segeralah ambil tindakan. Pasti ada sesuatu yang perlu dan boleh diubah. Jangan biarkan tekanan kronik membawa keletihan berpanjangandan kemurungan kerana akibatnya pasti buruk. Ada banyak perkara buruk yang selalu dikaitkan dengan tekanan.

1. Tekanan dan kesakitan

Satu kajian pernah dilakukan pada 2012, dibiayai oleh Wright State University of Medicine di Ohio, Amerika Syarikat. Pengkaji membuat kajian tentang kesan pemikiran negatif keatas simptom kesakitan.
Pesakit yang mengalami sindrom keletihan kronik,fibromyalgia, penyakit saluran pernafasan dan pembedahan akan menjadi lebih teruk jika sentiasa berfikiran negatif.
Pengarah kajian, Dr. R. Sansone dan Dr. Lori A. Sansone mencadangkan terapi kognitif, terapi kesedaran dan aktiviti fizikal sebagai method paling baik untuk mengurangkan gejala-gejala kesakitan.

2. Tekanan dan sistem imun

Berfikiran positif dan belajar untuk sentiasa mengatakan diri sihat adalah salah satu cara terbaik yang boleh dilakukan untuk mengelakkan selesema dan demam semasa musim sejuk. Menurut kajian meta analysis, stress akut dan kemurungan hubungan langsung dengan kegagalan sistem imun dan kesihatan mental yang menyebabkan badan tidak berupaya untuk menentang jangkitan.

Manakala penemuan oleh University of Pennisylvania, dan diterbitkan di jurnal brain, Behaviour & Immunity 2001, membuktikan bahawa stress akut dan kemurungan jangka panjang ( depression ) menyebabkan jumlah sel darah putih menurun dan mendatangkan jangkitan penyakit.

3. Tekanan dan gula didalam darah

Walaupun anda berdiet dengan sempurna, hidup dengan cara sihat dan mengawal pengambilan gula, namun tahukah anda sebenarnya ia sukar untuk mengelakkan dari diserang diabetes tahap 2 jika hidup anda tertekan. Pemerhatian keatas pesakit yang tidak menghidapi diabetes tetapi mengalami tekanan psikotik akut dilakukan oleh penyelidik daripada Assaf Hrofeh Medical Centre. Mereka mendapati bahawa kestabilan mental dan emosi mempunyai kesan langsung ke atas hormon dan kandungan gula didalam darah. Pesakit yang mengalami tekanan mempunyai tahap insulin tinggi, rendah sensitiviti insulin dan gula didalam darah meningkat.

4. Tekanan dan kematian

Menurut kajian yang diterbitkan didalam The American Jurnal of Public Health 1987, wanita dan lelaki yang merana akibat kehilangan pasangan menghadapi risiko kematian yang tinggi. Ia bukan sahaja berpunca daripada serangan jantung, tetapi juga kanser, kemalangan, bunuh diri dan kemalangan.
Dari kajian itu, jelas menunjukkan bahawa tekanan emosi dan pemikiran negatif mempunyai kesan langsung dengan peningkatan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular. 

 Apa yang boleh dilakukan?

 Apabila merasakan diri berada didalam tekanan, tidak bahagia dan kemurungan yang berterusan, perkara yang paling penting adalah pilihlah kawan-kawan atau seseorang yang boleh dipercayai untuk bercakap. Jika perlu, pergilah kepada mereka yang professional untuk medapatkan bantuan dan sokongan moral. Andai pekerjaan, kerjaya, perhubungan dan kewangan yang menjadi punca stress, perbanyakkan membaca al-Quran atau sejarah nabi dan sahabat yang boleh memberi motivasi.
Banyakkan bersenam, amalkan cara hidup sihat, pengambilan makanan seimbang juga mungkin boleh memberikan kesan drastik kepada mood dan perspektif kehidupan.

Sumber : Al-Islam Feb 2014

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...