HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Program Khidmat Masyarakat Bersama Warga Aku Budak Chini

Selamat Tahun Baru Cina.
Seronok bercuti panjang? Ini lah waktunya nak menziarahi keluarga dikampung. Atau bawa anak-anak bercuti kemana-mana destinasi menarik di Malaysia.

Saya tak kemana-mana pun. Bestnya cuti CNY baru-baru nie, dapat sertai geng FaceBook Aku Budak Chini berukhuwah dan buat program khidmat masyarakat membersikan kawasan perkuburan dikampung kami.

1st time ever saya menjejakkan kaki kekawasan perkuburan tau. Mula-mula macam takut. Tapi bila difikirkan semula, apa lah sagat yang nak ditakutkan. Nanti-nanti, kesitu jugak destinasi saya. Huhu.
Baca je la ayat-ayat quran untuk protection diri dan untuk disedekahkan kepada penghuni disitu sambil bergotong royong.




Program bermula pada pukul 8.30 pagi. Disertai oleh 15 orang anak-anak Chini yang sudi bekerjasama dan membanting tenaga untuk menjayakan program ini. Walaupun kehadiran tak seperti yang diharapkan diatas banyak kekangan lain [ mungkin semua orang sibuk ], kami bersyukur kerana dapat menyumbangkan sedikit tenaga untuk membersihkan kawasan perkuburan yang kelihatan agak tidak terurus.

Walaupun tak banyak aktiviti pembersihan dapat dilakukan, kami bersyukur dengan apa yang mampu dibersihkan. Diharapkan program sebegini akan dapat diteruskan lagi. Selain daripada dapat membuta khidmat masyarakat, ukhuwah antara anak-anak Chini dapat dijalinkan dengan lebih mesra.




Kredit kepada penganjur.

^_^


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : 
Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...