HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Diet Detoks : Boleh Ke Singkir Toksin?


Kebelakangan nie, popular betul program / makanan untuk detoks kan?
Ada yang guna lemon, teh, jus buah-buahan garam, suplemen, pantang larang & macam-macam lagi.
Tapi.....
Betul ke ke pemakanan detoks yang beberapa hari betul-betul boleh buang toksin yang dah terkumpul selama bertahun?


Saya ada baca di Majalah I-Sihat baru-baru nie.

Dr. Zuriati Ibrahim. Ketua Unit Dietetik dan Pensyarah Kanan, Jabatan pemakanan & Dietetik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia ( UPM ) mengatakan, amalan detoks beberapa hari sahaja mampu menyingkirkan toksin daripada amalan pemakanan tidak sihat sepanjang tahun adalah tidak benar  sama sekali.

Wah!
Kenapa pulak?

Ala. Betul la tu. Teori yang sama juga untuk lemak-lemak yang dah bertahun terkumpul didalam badan kita akibat pemakanan tak seimbang, takkan boleh dibuang dalam masa sebulan. Kan?
Mestilah ia akan ambil masa. Dan kita juga kenalah ambil pemakanan seimbang secara konsisten.

Apa itu Proses Detoks?

Proses detoks nie sebenarnya adalah proses pembersihan badan daripada toksin. Ia adalah pendekatan yang bertujuan untuk menyingkirkan toksin daripada badan yang boleh mendatangkan kesan tak baik kepada kesihatan.

Selalunya proses detoks nie melibatkan amalan seperti kawalan diet, berpuasa, ambil atau elakkan makanan tertentu ( lemak, karbohidrat, buah, sayuran, jus, herba, gula ringkas kafaein atau air ), pembersihan kolon dan laksatif. Ramai yang mengatakan bepuasa juga bagus untuk mengurangkan berat badan sekaligus menyingkirkan toksin didalam badan. Tak kurang juga yang amalkan minum air garam suam, teh laksatif, air lemon dan macam-macam lagi. Dan tempoh masa yang diambil adalah beberapa minggu hingga berbulan-bulan.

Pantang-larang Pemakanan?



Antara makanan yang dibenarkan semasa proses detoks ini adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, teh herba dan air kosong. Dan makanan yang perlu dielakkan adalah makanan daripada sumber gandum, susu, sumber tenusu, daging, ikan, telur, kafien, alkohol,garam, gula dan makanan terproses.
Tau tak? Ada juga saranan untuk pengambilan vitamin, mineral dan makanan tambahan herba untuk membantu proses detoks?
Saya usaha dengan suplemen Shaklee. Awak?

Detoks Dengan Suplemen Shaklee.

Dalam Shaklee, ada beberapa set suplemen yang boleh digunakan untuk bantu proses detoks. Kita boleh pilih mengikut kemampuan dan bajet.




Gambar kat atas tu adalah set lengkap. Boleh hubingi saya untuk consultaion set yang anda nak tau.
Boleh adjust ikut kesesuaian dan bajet. Boleh mulakan dengan certain vitamin je dulu.

Saya nak kongsikan cara mudah & selamat untuk detoks :

  1. Minum banyak air kosong.
  2. Amalkan pengambilan makanan tinggi serat. Serat akan menyerap pelbagai jenis toksik dan seterusnya menyingkirkan kotoram dengan segera daripada tubuh.
  3. Sayuran hijau terutamanya brokoli membantu hati mengeluarkan toksin.
  4. Buah-buahan sitrus membantu menyahtoksin dan juga membersihkan hati. Setiap pagi, mulakan hari anda dengan minum segelas air suam yang ditambah dengan jus lemon. Vitamin C adalah antara vitamin penting untuk detoks.
  5. Tambah bawang putih dalam masakan. Ia meransang hati menghasilkan enzim penting untuk menapis sisa-sisa toksik dalam sistem penghadaman kita.
  6. Ambil teh hijau. Ia antioksida dan membantu proses detoks. Bahkan ia mengandungi antioksidan yang dinamakan cathechins, dimana ia membantu fungsi hati.
  7. Makan kacang hijau. Ia kaya antioksidan dan menyerap toksik.
  8. Melakukan aktiviti fizikal.
  9. Kurangkan pengambilan makanan berlemak
  10. Tidak merokok
  11. Tidak mengambil alkohol
  12. Mengurangkan pengambilan makanan diproses
Marilah kita buat proses detoks nie.
Selamat berdetoks ye kawan-kawan.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...