Anyway, entry saya hari nie bukan la nak cerita tentang drama Hikayat Cinta SiPematah Hati tu. ✌
Macam yang semua tahu, hidup kita nie dikelilingi oleh orang-orang yang kita cinta dan juga orang-orang yang cintakan kita. Cinta dan kehidupan tu saling berkait.
⤷ Cinta Tuhan
⤷ Cinta Keluarga
⤷ Cinta IbuBapa
⤷ Cinta Anak-anak
⤷ Cinta Suami
⤷ Macam-macam lagi la
Apa pun, cinta antara lelaki dengan perempuan la yang paling kerap diperkatakan. Sebab yang tu paling complicated.
Cinta tu melibatkan persoalan hati yang kadang-kadang empunya diri pun tak mampu nak faham. Hidup bersama bertahun lama pun belum tentu mampu untuk menganyam cinta sempurna selamanya. Ada masa cinta tu mekar. Ada masa layu macam pokok tak berbaja.
Turun naik perasaan cinta diiringi dengan komitmen dan tanggungjawab yang wajib diberi 100% dari kedua-dua belah pihak. Bukan tu je, semuanya saling beri kesan terutamanya hubungan dengan kedua-dua belah keluarga. Pertimbangan masing-masing untuk menilai & membuat keputusan juga memainkan peranan untuk membina cinta dalam keluarga.
Tu je nak cerita pasal cinta. Ia bukan tentang cinta semata-mata.
⤻ Komitmen
⤻ Tanggungjawab
⤻ Toleransi
⤻ Memahami
⤻ Tak pentingkan diri
Fuhh!
Banyak nak dicoret. Tapi nanti hujan air mata pulak yang jadi.
Mungkin satu masa nanti saya akan mampu mencoret disini.
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.
Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com