HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Jangan Mudah Beri Anak Antibiotik

Salam ceria pagi Ahad!!

Hari nie saya nak kongsikan artikel yang dipetik daripada Majalah i-Sihat November 2012. Jom baca..

Tahukah Kita ?
Ramai kanak-kanak yang menghidap demam selsema diberi antibiotik walaupun ia disebabkan oleh virus yang sekali-kali tidak boleh dihapuskan dengan pengambilan antibiotik.

Bagaimana bakteria menjadi kebal / resistant?
Jika antibiotik digunakan, ada kuman yang akan berubah cirinya supaya menjadi kebal kepada antibiotik itu. Ini satu proses adaptasi untuk mengekalkan hayatnya ; JIka tidak berjaya, kuman bakteria itu akan mati Walaupun kuaman ini tidak mendatangkan penyakit kepada si manja itu, penggunaaan antibiotik telah melahirkan satu koloni bakteria yang kebal.

Koloni ini akan bercambah. Bayangkan, si manja ini yang berada di tadika. Kuman tersebut akan merebak ke merata-rata dan mungkin akan ada kanak-kanak yang lemah sistem imuniti pada masa itu yang jatuh sakit akibat infeksi bakteria tersebut. Kuman tadi telah kebal kepada antibiotik yang diguna awal tadi.
Jadi, jika doktor memberikan antibiotik yang sama, Ia mungkin tidak akan berkesan walaupun ada kanak-kanak yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat yang mampu untuk membunuh bakteria tersebut.

Jika si manja disahkan oleh doktor menghidap penyakit infeksi bakteria, ubat antibiotik mestilah diyakini sensitif supaya bakteria boleh dihapuskan percambahannya. Bukan itu sahaja, malah dos yang digunakan juga mestilah mencukupi dan bukan dibawah paras keberkesanan kerana ini hanya akan meninggikan risiko untuk melahirkan koloni kuman bakteria yang lebih kebal.

JIka antibiotik yang sama digunakan sekali lagi dalam tempoh yang terdekat, umpamanya dalam jarak 3 bulan, ini juga meninggikan risiko untuk melahirkan koloni bakteria yang kebal kepada antibiotik tadi. Oleh itu, antibiotik lain perlu digunakan yang mungkin lebih mahal dan boleh menimbulkan kesan sampingan yang lebih merbahaya.

Kesan sampingan antibiotik.
Setiap ubat yang digunakan mungkin boleh membawa kesan sampingan yang tidak diingini. Rasa loya, perut tidak selesa atau cirit-birit boleh terjadi. Tidak semestinya antibiotik diberhentikan kecuali jika serius. Ruam-ruam kulit, kulat dalam mulut juga boleh timbul. Bagi antibiotik yang tertentu, ada yang boleh menjejaskan fungsi hepar ( hati ) atau fungsi buah pinggang terutamanya jika antibiotik diberi melalui suntikan darah ( intravenous )

Satu kesan yang penting diketahui ialah antibiotik menyumbang kepada penurunan jumlah bakteria-bakteria dalam usus badan yang dikenali dengan nama probiotik. Bakteria-bakteria ini mempunyai peranan penting untuk meningkatkan daya imuniti tubuh badan untuk meningkatkan daya imuniti tubuh badan manusia.

Bayi yang menerima susu ibu mempunyai jumlah probiotik yang tinggi dalam badan.  Mereka yang mendapat susu tepung formula mempunyai populasi probiotik yang lebih rendah dan ini boleh menjejaskan daya imuniti bayi. Penggunanaan antibiotik akan menghapuskan atau menahan percambahan probiotik dalam usus manusia.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

 Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...