HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Inspirasi Kejayaan : 10 Ciri Usahawan Berjaya

Salam Subuh semua!!

Tip ini saya petik daripada Majalah Mingguan Wanita. Ia cukup memberi inspirasi kepada semua wanita yang ingin menempa kejayaan tanpa mengira dalam bidang apa pun anda berada.

Jom Baca!!

1. Kepercayaan kepada diri  sendiri
Ia adalah ciri penting yang perlu dimiliki oleh seseorang usahawan. Andainya anda tidak mempunyai keyakinan diri sendiri untuk berjaya, maka segala usaha yang anda buat adalah sia-sia dan tidak membuahkan hasil.

2. Bercita-cita tinggi
Anda perlu benar-benar MAHU jika mahukan kejayaan. Ada ramai diantara kita yang apabila tidak berjaya meraih yang terbaik, maka kita akan memujuk diri sendiri dengan berkata 'tidak apa' andai tidak mencapai kejayaan.

3. Tampak berkeyakinan
Jagalah ketrampilan diri dan tunjukkan keyakinan anda. Tahap keyakinan adalah penting untuk memenangi dan menambat hati pelanggan. Apabila anda nampak yakin, maka kepercayaan dari mereka juga amat mudah diperolehi.

4. Keghairahan terhadap produk
Terokailah dimana letaknya minat anda. Letakkan kepercayaan keatasnya dan anda akan membina keghairahan terhadap apa yang anda ceburi. Maka, lebih mudah untuk anda mendalami, mempelajari dan mengusahakan perniagaan itu.



5. Rendah diri dan kesediaan untuk belajar 
Anda tidak boleh duduk bersahaja dan berpuashati apabila mengusahakan perniagaan sendiri. Anda perlu sentiasa berinovasi agar dapat bersaing dengan usahawan-usahawan lain. Luangkan masa untuk menghadiri bengkel, membuat kajian sendiri atau belajar daripada orang lain.

6. Hala tuju
Dapatkan dan lihat hala tuju yang jelas kemana perniagaan anda akan dibawa. Adakah ia setakat itu sahaja atau akan semakin berkembang dengan pesatnya.

7. Ketegasan
Anda perlu bersikap tegas supaya orang lain akan lebih hormatkan anda. Namun, ia bukan bermaksud anda perlu keras kepala dan tidak boleh berlemah lembut. Hanya tidak perlu menunjukkan kelemahan didalam sifat lemah lembut itu.

8. Kerja keras
Anda perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Ketepikan semua halangan dan alasan.

9. Keberanian
Untuk menguruskan sesuatu perniagaan, anda perlu berhadapan dengan segala cabaran dengan hati yang teguh. Anda perlu memaksa diri untuk keluar daripada zon selesa. Anda juga perlu mengambil risiko dan sudi menerima kesilapan yang berlaku.

10. Kegigihan
Memulakan sesuatu perniagaan adalah satu perkara yang cukup sukar apatah lagi untuk meneruskannya. Untuk itu, anda perlu gigih dan tidak boleh berputus asa dengan mudah.

-------------------------------------------------------------
Anda mahu keluar daripada zon selesa dan menjana pendapatan?
Didalam kumpulan kami, ianya akan ditunjukkan dan diajar.
Namun, anda yang perlu menggerakkannya...

Jangan lupa hubungi saya ye!!
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...