HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Tips Penyusuan : Nota Penting Menyimpan Susu

Alhamdulillah.

Sehingga hari ini saya masih bertandem nursing bersama dua permata hati saya. Hari ini, saya akan kongsikan beberapa nota penting tentang cara untuk menyimpan susu ibu.




1. Bekas untuk menyimpan susu ibu tidak perlu distril. Ia hanya perlu dibasuh didalam air sabun panas dan dibilas. Anda juga boleh mencucinya didalam mesin pencuci pinggan. Jika tiada sabun, anda boleh menggunakan air mendidih untuk mencucinya.

2. Titisan-titisan susu awal sewaktu memerah susu tidak perlu dibuang. Susu itu tidak tercemar sama sekali. Payudara dan puting juga tidak perlu dibersihkan sebelum sesi pemerahan dilakukan.

3. Beg plastik atau pelapik botol boleh buang lazimnya tidak digalakkan. Penggunaannya meningkatkan risiko pencemaran. Beg plastik kurang tahan lama dan cenderung untuk bocor. Malah sesetengah jenis beg plastik boleh memusnahkan nutrien susu.

4. Jika anda menggunakan beg plastik untuk menyimpan susu, sebaiknya simpan pula beg plastik tersebut kedalam bekas plastik berpenutup untuk disimpan didalam peti sejuk. Ia membantu mengurangkan risiko beg plastik koyak.

5. Minta pengasuh bayi anda supaya tidak menenggelamkan beg plastik didalam bekas pemanas susu kerana dikhuatiri air mungkin boleh mungkin boleh memasuki beg apabila ia dibuka. Sementara itu, jika air yang digunakan untuk memanaskan susu bertukar keruh, ia petanda ada kebocoran berlaku dan beg berkenaan perlu dibuang.

6. Pertimbangkan kesan penggunaan bekas pnyimpanan susu yang berbeza-beza semasa menyimpan stok stok susu ibu perahan yang telah dinyatakan diatas. Adalah lebih baik jika menggunakan bekas polypropylene atau bekas kaca.

7. Milk Trays adalah bagus kerana ia digunakan hanya untuk membeku. Apabila dinyahbeku, ia kemudian dipindahkan ke bekas penyimpanan lain seperti bekas berpenutup keras.



8. Bekas berasaskan polyethylene akan memberi kesan bersifat pelindung dalam susu ibu perahan jika ia disimpan dalam tempoh yyang panjang antara 3-6 bulan. Jika anda merancang untuk menggunakan bekas berasaskan polyethylene, ia perlu digunakan untuk jangka masa pendek sahaja.

9. Strategi pemasaran beg penyimpanan susu ibu yang tidak beretika semakin berleluasa. Kebanyakan ibu difahamkan bahawa beg penyimpanan susu ibu lebih unggul, bagus dan terbaik. Salah satu sebab yang biasa didengari daripada penggunaannya ialah beg plastik ini menjimatkan ruang didalam peti sejuk memandangkan ia boleh ditimbunkan antara satu sama lain.

Sumber : PA&MA

Untuk mendapat suplemen penyusuan bagi membantu sesi penyusuan anda dan sikecil, serta dapatkan konsultasi percuma daripada saya, jangan malu untuk hubungi saya.

013-398 4050 / nadhira.haqim@gmail.com

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...