HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Vivix Shaklee : Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Resveratrol?

Vivix Shaklee adalah suplemen yang sangat kaya dengan Resveratrol. Apakah ia?

Vivix Shaklee mengandungi ramuan yang terdiri daripada Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry, dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Apakah yang dimaksudkan dengan Resveratrol?

Resveratrol adalah sejenis anti-oksida - polifenol yang terdapat pada tumbuhan, buah-buahan, bijan dan kekacang. Manakala kulit anggur merah mengandungi kandungan Resveratrol yang paling tinggi yang bertindak sebagai sistem imunisasi untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.


Manfaat Retveratrol, Vivix Shaklee


Kesan-kesan Utama Resveratrol

1. Melindungi dan mengaktifkan mitokondria

Setiap sel badan mengandungi ratusan mitokondria, ia dikenali sebagai "kilang menjana tenaga" atau "loji tenaga sel". Selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisme tubuh, mitokondria juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel. Organ-organ tubuh akan terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan.

2. Mengaktifkan gen anti-penuaan ( Sirtuin 1 )

Sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik, masalah neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardiovaskular. Apabila gen sirtuin 1 diransang oleh Resveratrol, ia akan :

  • Mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat 
  • Mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser

3. Melanjutkan jangkahayat

Penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali memaklumkan bahawa Resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.

4. Meningkatkan daya ketahanan
Dengan resveratrol, bilangan dan fungsi mitokondria dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli-ahli sukan. Daya ketahanan dapat dipertingkatkan melalui proses ini.

5. Membina daya ketahanan terhadap kanser.
  1. Fasa Pertama - Mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan agen-agen karsinogenik.
  2. Fasa Pertumbuhan - Mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
  3. Fasa Pertumbuhan Pesat - Mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser.
Kebaikan-kebaikan lain :

1. Mengurangkan kerosakan kepada DNA dan sel-sel
2. Mengurangkan kadar penyakit Alzheimer dan Parkinson
3. Menyelaraskan paras gula dalam darah, memperbaiki insulin dikalangan pesakit diabetes
4. Mengurangkan sekatan pada saluran darah dan pemejalan darah

Kredit : Kedai triple S
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...