HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

JANA TENAGA MACAM SUPERMAN DENGAN VITALEA DAN B-COMPLEX

Salam hujung minggu sahabat.

Hari ini saya berkesempatan bersembang dengan kakak yang berniaga jubah cantik-cantik dipasar tani. Berumur 44 tahun dan mempunyai ukuran badan yang sangat cantik. Kak Ana seorang yang kuat bekerja.
Menjual jubah disekitar pasar tani, pasar sehari dan pasar borong di daerah kuantan dan pekan. Bagi mereka yang tak tahu, jarak setiap lokasi adalah sangat jauh walaupun berada didalam satu daerah.


 Ita, Kak Zu, Me and Kak Ana

Kak Ana ada butik juga di Kuantan. Membawa jubah-jubah keserata pasar pada waktu pagi dan meneruskan tugas dibutik pada waktu petang hingga ke malam. Letih kan?
Memang letih dan memerlukan banyak tenaga. 

Dalam mencari solusi untuk menambah tenaga, Kak Ana telah mencuba Vitalea dan B-Complex. Alhamdulillah. Ianya menjadi. Keletihan berkurangan walaupun terpaksa berkerja berterusan walau kadangkala terpaksa berkejar-kejaran. Biasanya, Kak Ana terpaksa berhenti berehat seketika di stesen minyak atau R&R untuk berehat atau melelapkan mata seketika.

Suaminya juga yang berusia pertengahan 50-an turut bersetuju dengan keberkesanan dua suplemen hebat ini. Alhamdulillah.

Bagaimana Vitalea & B-Complex Membantu Menjana Tenaga?

Mari kenali Vitalea di entry "Kenali Multivitamin Anda".

Vitalea merupakan suplemen yang membekalkan zat besi. Zat besi merupakan komponen penting didalam hemoglobin, iaitu bahan dalam sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru keseluruh tubuh. Hemoglobin mewakili kira-kira 2/3 daripada besi didalam badan. Jika tubuh tidak mempunyai cukup zat besi, oksigen yang sihat tidak dapat dibawa ke sel-sel darah merah. Kekurangan sel darah merah yang juga dikebali sebagai anemia merupakan penyakit yang timbul akibat kekurangan zat besi.

Tubuh kita tidak akan memperolehi oksigen secukupnye tanpa sel-sel darah merah yang sihat. Ia juga akan menyebabkan tubuh menjadi cepat penat dan keletihan dan boleh menjejaskan fungsi badan. Sistem imun tubuh juga gagal berfungsi dengan berkesan untuk melawan jangkitan.

Pengambilan Vitalea yang mengandungi 9mg zat besi akan membantu tubuh menungkatkan hemoglobin yang diperlukan untuk membawa oksigen keseluruh tubuh.


Mari ketahui apakah manfaat B-Complex di entry "Tentang B-Complex"

B-Complex Shaklee merupakan suplemen yang dilengkapi dengan sumber Thiamin ( B1 ), Riboflovin ( B2 ), Niacin ( B3 ), B5, Pyridoxine ( B6 ), Cobalamine ( B12 ), Acid Folic, Asid Panthothenic dan Biotin.
Salah satu fungsi utama B-Complex ialah menukarkan gula ( makanan ) kepada tenaga.

Vitamin B-Complex juga membantu melancarkan peredaran oksigen keseluruh tubuh, seterusnya membantu menstabilkan hormon dan membaikpulih sistem pencernaan. Bagi individu berhadapan dengan tekanan, B-Complex adalah penyelesaian terbaik. Ia membantu merendahkan kadar asid amino didalam darah yang menyebabkan perasaan gementar dan tertekan.

Bestkan fungsi kedua-dua suplemen tersebut? Bagi individu yang tak mahu menelan berbagai jenis pil, tapi mahu tampil dengan cara hidup sihat, cukup sekadar mengambil kedua-dua vitamin ini sahaja. Ia adalah vitamin asas yang semua orang patut amalkan.

Anda nak cuba?
KLIK untuk beli Set Asas Kesihatan Online

Noriah Rusman
013-398 4050


---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...