HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

MOTIVASI : APABILA DIUJI?

Kita manusia. Kita adalah hamba.
Suka kita. Duka kita.
Semua adalah ujian.

Selagi nyawa dikandung badan, ujian pasti mengiri setiap gerak langkah.

Kesusahan. Kesedihan. Kesakitan. Kemurungan. ----> Ia adalah ujian.

Malahan.

Kesenangan. Kebahagiaan. Kegembiraan. Kelapangan. ----> Juga merupakan ujian.

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214
Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30

Apabila diuji.

Carilah sahabat-sahabat yang mampu memberikan semangat dan pedoman supaya diri menjadi lebih kuat. Namun harus diingat, tak semua orang mampu menjadi sahabat. Tersilap pilih, bakal menjadi batu api pula.

Yang mudah dan selamat, usahakan untuk dekat dengan Allah. Mengadu padaNya. Menangislah padaNya. Pasti ada jalan keluar yang ditunjukkan. INsyaAllah.

* Solat Tahajud
* Solat Istikharah
* SOlat taubat
* Solat2 sunat yang lain.
* Zikir2 dan selawat.

Penting juga untuk sentiasa berfikiran positif.

InsyaAllah.. Pasti ada jalan keluar.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : Noriah Rusman Telefon : 013-398 4050 Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...