HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Set Menyusu Shakle : Suatu Pembohongan?

MasyaAllah!!
Betul ke?

Anda percaya?
Ya. Memang ramai juga orang yang mengatakan begitu. Terutamanya mereka yang bencikan jenama Shaklee itu sendiri. Atas alasan yang hanya mereka yang tahu.

Namun, jangan sesekali dinafikan pula bahawa suplemen Shaklee terutamanya Set Menyusu telah membantu ramai juga ibu-ibu yang berimpian untuk menyusukan bayi mereka hingga 2 tahun. Setiap ubatan mahupun suplemen ataupun sebarang makanan yang kita ambil, perlulah diambil dengan ilmu dan dos yang betul. Bukan secara semberono dan syok sendiri saja.

Ramai yang menyangkakan susu ibu akan dapat dihasilkan dengan banyaknya dengan hanya mengambil Set Menyusu. Walau apa pun suplemen yang anda ambil termasuk juga daripada suber-sumber natural dan semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan semulajadi, konsep penyusuan iaitu Supply vs. Demand wajib dipatuhi.

Makan lobak putih atau habatussauda pun tidak akan menjadikan susu ibu mencurah-curah kalau ibu MALAS nak meyusukan bayi atau mengepam susu. Jadi, apa-apa pun sifat rajin berusaha tu kena ada.

Perlu ke ambil suplemen?

Ya. Sangat perlu. Kenapa?

1. Kebanyakan masa, pemakanan yang kita ambil adalah tidak seimbang. Lifestyle masakini yang sangat sibuk agak membataskan ibu-ibu untuk menyediakan nutrisi lengkap didalam setiap hidangan. Sayur-sayuran, buah-buahan, sumber protin sihat, sumber karbohidrat sihat tidak dapat disediakan dengan sempurna. Adakalanya, cara penyediaan juga tidak membantu tubuh untuk mendapatkan semua nutrien yang ada didalam hidangan tersebut. Sebagai contoh, penyediaan sayur-sayuran didalam hidangan. Adakah dapat dipastikan ia dimasak dengan cara yang sihat? Adakah nutrien yang terdapat didalam sayur-sayuran tersebut tidak hilang semasa proses penyediaan / memasak?

Andainya kita seorang yang sangat mementingkan pemakanan seimbang, maka tak perlu ambil sebrang makanan tambahan / suplemen lagi. Sila pastikan juga penyediaan hidangan tidak merosakkan nutrien semulajadi yang diperlukan oleh tubuh.

Namun, tidak pula bermakna anda tidak perlu mengambil sumber nutrien semulajadi selepas mengamalkan suplemen. Suplemen berfungsi untuk menampung kekurangan nutrien yang hilang didalam tubuh.


2. Peningkatan usia yang pasti tahun demi tahun yang menyebabkan banyak menjejaskan kondisi tubuh manusia. Tenaga dan keupayaan tubuh juga semakin berkurang selari dengan peningkatan usia. Namun, tanggungjawab pula semakin bertambah. Terutamanya untuk para ibu yang menguruskan anak-anak, kerja-kerja rumahtangga, kerja mencari nafkah. Semuanya memerlukan tenaga superMama yang hebat. Jadi untuk kekal fit, pengambilan suplemen amatlah digalakkan.

Betul ke Set Menyusu Shaklee boleh banyakkan susu?

Jawapanya, Ya dan Tidak.

Ya. Jika Set Menyusu Shaklee diamalkan dan berserta dengan konsep penyusuan itu sendiri. Ironinya sama seperti kita ada makanan, tapi kita tidak menyuapnya kedalam mulut dan enelan makanan tersebut. Adakah kita akan kenyang? Set Menyusu Shaklee adalah makanan, menyuap, mengunyah dan menelan adalah konsep penyusuan. Jadi, adakah perut akan berasa kenyang jika makanan itu hanya boleh dilihat sahaja? Sudah pasti ia perlu disuap kedalam mulut, dikunyah dengan tertib dan ditelan pula untuk beri impak rasa kenyang kepada perut.

Apa yang ada didalam konsep dan rutin penyusuan?

Mudah je.

1. Minum air kosong secukupnya iaitu 3 liter sehari.
2. Kerap beri anak / baby susu - Direct feeding
3. Kerap pam - Jika bekerja ( 2-3 jam sekali )
4. Amal pemakanan sihat dan seimbang
5. Sentiasa positif dan banyakkan berdoa

Tidak. Jika ibu-ibu tidak mengamalkan konsep penyusuan secara istiqamah. Jika kelima-lima rutin penyusuan diatas tidak dilakukan, susu ibu takkan keluar-memancut-macam-air-paip. Walau apapun jenama milk booster yang diambil, rutin penting tersebut wajib dibuat.

Apa fungsi Set Menyusu?

Selain daripada bertindak sebagai milk booster selepas rutin penyusuan diamalkan, set Menyusu membantu ibu untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari. Tugas ibu yang nampak-mudah-tapi-susah sangat memerlukan tenaga yang berpanjangan demi memastikan kelangsungan dan kelancaran aktiviti ahli keluarga yang lain.

Tak percaya?
Jom try.

KLIK untuk dapatkan Set Menyusu anda

KLIK untuk Tutorial : Cara Membeli Vitamin Online
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
 Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...