HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

10 Peringatan Apabila Berhutang

Saya percaya, ramai yang terikat dengan berbagai-bagai jenis hutang piutang pada zaman semua nampak mewah sekarang.

Betul?

Tak kiralah. Samada untuk membeli rumah, kereta, kad kredit waema pinjaman peribadi sekali pun, ia tetap dikira sebagai hutang. Kalau tak berhutang, agak mustahil nak dapatkan semua benda yang nilainya ribuan malahan ratus ribuan kan. Apa yang saya nak kongsikan adalah tatacara untuk kita-kita yang mahu berhutang.




1. Mesti ada niat untuk membayar balik.

Apabila berhutang, maka wajiblah membayarnya. Bertekadlah untuk membayar hutang tersebut. Nabi s.a.w bersabda, "Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, Namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya."

2. Berhutang untuk perkara benar-benar yang perlu sahaja.

Ramai yang gemar berhutang dalam hal-hal kecil dan tidak penting, sedangkan amalan itu tidak digalakkan dalam Islam. Berhutanglah untuk perkara-perkara yang sangat perlu sahaja, bukan untuk bermewah-mewah.

3. Tinggalkan hutang yang membabitkan riba.

Dalam kebanyakan keadaan, berhutang itu harus, manakala riba pula haram seperti yang disebut didala surah Al-Baqarah : 275 "........Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.... orang yang kembali ( mengambil riba ), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal didalamnya."

4. Berdoa agar bebas daripada hutang.

Nabi s.a.w kerap berdoa memohon perlindungan Allah daripada beban hutang sehingga ada sahabat bertanya kenapa Baginda berdoa sedemikian. Baginda bersabda, "seseorang yang dibebani hutang berbohong apabila dia bertutur dan memungkiri apabila dia berjanji."





5.  Hutang tetap wajib dibayar walau orang yang berhutang telah meninggal dunia.

Waris bertanggungjawab melunaskan hutang-hutangnya. Malah Rasulullah s.a.w pernah menolak untuk solat jenazah seorang yang masih mempunyai hutang yang tidak dilangsaikan ketika meninggal dunia.

6. Hutang boleh menjjadi penghalang ke syurga.

Malah seorang yang mati syahid pun tidak dapat masuk ke syurga sehinggalah hutangnya dilangsaikan. Ini berdasarkan sabda nabi s.a.w, "Diampunkan semua dosa berdasarkan bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang ( kepada manusia )."
HR Muslim.

7. Seseorang yang mengambil wang orang lain ( berhutang ) tanpa ada niat untuk membayar balik, dianggap sebagai seorang pencuri.

Dalam sepotong hadis, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sekiranya seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan mas kahwin ( berhutang ) dan dia tidak mempunyai niat untuk menjelaskannya, dia adalah seorang penzina, dan sesiapa yang meminjamkan wang, dan dia berniat untuk tidak membayarnya, dia akan menemui Allah sebagai seorang pencuri." 
HR At-Tabrani.

8. Letakkan prioriti membayar semula hutang piutang dalam perbelanjaan anda.

Paling penting, usah bertangguh membayar hutang. Susun belanjawan, bayar hutang dengan sistematik agar ia dapat dibayar sepenuhnya dalam tempoh yang singkat. Ada hadis menyebut, "Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman keatasnya ( iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan keatas dirinya dan maruahnya )."
HR Ibnu Majah.

9. Jadilah orang yang bermaruah.

Bayar hutang sebelum pihak yang memberi pinjaman datang meminta anda membayarnya. Malah mengikut amalan nabi s.a.w, Baginda selalu membayar hutang dengan lebih baik. Bermakna membayar lebih daripada nilai hutangnya.

10. Ucapkan Terima Kasih kepada pihak yang memberi hutang.

Juga bersyukurlah kepada Allah s.w.t kerana Dia memberi kelaangan kepada anda untuk mampu membayar hutang.

So, kawan-kawan. Kalau ada berhutang dengan sesiapa tu, niatkan untuk membayarnya dengan segera ye.

Sumber : Majalah IMAN.
---------------------------------------------------------------------------------------------- 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. 
Pilihan COD - Chini & sekitarnya. 

Hubungi saya : Noriah Rusman 
Telefon : 013-398 4050 
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...