HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

8 Masalah vs. Solusi Dalam Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi. Namun, dalam tempoh dua minggu pertama kebanyakan ibu menghadapi kesukaran menyusukan bayi terutamanya bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan bayi.

Saya kongsikan 8 masalah yang biasanya dihadapi oleh ibu-ibu bersama cadangan solusi yang boleh dicuba!




Masalah 1 : Payudara tersumbat dan susu tidak keluar.

Punca;
Hal ini berlaku kerana payudara tidak dikosongkan sepenuhnya setiap kali bayi menyusu. Payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya kerana mungkin disebabkan oleh lekapan yang tidak betul semasa menyusu dan bra ditarik keatas tanpa membuka kancing.

Solusi :
  • Tuam payudara menggunakan tuala basah yang suam bagi melegakan sakit.
  • Pam susu setiap 2 jam sekali. 
  • Boleh juga gunakan tangan atau teknik marmet.
          Caranya ( Taknik Marmet )
  1. Pastikan tangan anda bersih sebelum mula memerah. Tekap payudara dengan tuala kecil yang direndam dengan air suam.
  2. Massage : Gunakan jari telunjuk dan tengah dan urut dengan gerakan membulat dari hujung earola.
  3. Stroke : Gunakan kelima-lima jari tangan dan tekan payudara dengan lembut.
  4. Shake : Condongkan badan kedepan, goyang dada secara lembut. Ini akan meransang pengeluaran susu.
  5. Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari 1 cm dari aerola, jari telunjuk dan jari tengah dibawah aerola.
  6. Tekan payudara secara lembut kearah dada.
  7. Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan penegluaran susu ibu. Lepaskan dan ulang sekali lagi sehingga payudara kosong.
  8. Lebih mudah mencari liang susu yang tersumbat dengan cara membersihkan payudara anda.

Masalah2 : Bengkak Susu

Punca :
Bengkak susu terjadi apabila payudara tersumbat. Ia boleh berlaku apabila ibu kurang mengepam atau bayi kurang menyusu secara efektif. Kesannya payudara akan menjadi hangat, bengkak dan keras. Seterusnya ibu akan berasa sakit, tidak sihat dan demam.

Solusi:

  • Ambil sesuatu yang dapat mengurangkan demam.
  • Tuam payudara dengan menggunakan tuala basah yang suam bagi menghilangkan rasa sakit.
  • Teruskan menyusu badan setiap 2 jam sekali.
  • Kerap pam susu 2 jam sekali ( jika bayi tidak menyusu badan atau bayi tidak bangun untuk menyusu )

Masalah 3 : Bayi menyusu sebelah sahaja.

Punca:
Bayi cenderung mengiring kearah yang sama semasa menyusu. Berkemungkinan payudara tersebut mengeluarkan susu lebih lancar berbanding yang satu lagi. Susu berkurang juga boleh menjadi punca. Selain itu, masalah kecederaan atau sikap ibu itu sendiri yang hanya menggemari salah satu payudara sahaja.


Solusi :

Usah alih posisi penyusuan bayi. Sebaliknya ibu hanya perlu mengubah kedudukan bayi. Sekiranya bayi mengiring ke kanan, tetap mengiring ke kanan apabila mengubah payudara. Gunakan posisi football hold semasa menyusukan bayi.

Tip :

1. Posisi betul penyusuan bayi :

  • Craddle hold, Football hold, Cross cradldle hold, Lying down


2. Cara memujuk bayi :

  • Bayi perlu dipujuk dan teknik mengembalikan minatnya menyusu disebelah payudara yang tidak digemarinya amat penting.
  • Susukan bayi ketika dia baru bangun dari tidur. Dalam keadaan mengantuk dia akan mudah memberi kerjasama.
  • Mulakan penyusuan dari sebelah payudara yang kurang digemarinya dahulu. Ubah posisi kepala bayi ketika menyusu. Setelah payudara kosong, barulah beralih kepayudara yang dgemarinya.
  • Menyusu dibilik gelap dan dalam keadaan sunyi.
  • Susukan sambil menghayun lembut bayi didalam dakapan.
  • Buat urutan pada payudara yang tidak digemari. Mungkin aliran pengeluaran susu tidak lacar.


Masalah 4 : Susu semakin berkurang.

Punca :
Ia berpunca daripada kurangnya stimulasi pada payudara yang menyebabkan kurang susu dihasilkan. Selain daripada itu, ia boleh juga disebabkan kelaziman ibu menunggu sehingga payudara dirasakan bengkak untuk mengepam susu.

Solusi:

Susu berkait rapat dengan demand dan supply ( bekalan dan permintaan ). Makin kerap bayi menyusu atau susu dipam, makin banyak susu dihasilkan. Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi. Pastikan bayi melekap dengan betul dan menyusu dari kedua-dua belah payudara.


Masalah 5 : Suplemen memperbanyakkan susu

Amalan menggunakan suplemen adalah bagus untuk kesihatan ibu. Badan yang sihat dan bertenaga membantu penghasilan susu yang baik. Badan yang letih akan membuatkan pengeluaran susu berkurangan.

Solusi :

Sekiranya ibu mengamalkan penggalak susu, ia masih bergantung kepada kekerapan mengepam. Berbalik kepada bekalan dan permintaan. Lebih kerap ibu menyusukan bayi, lebih banyak susu dihasilkan.


Masalah 6 : Anak tidak mahu putus susu

Adalah digalakkan untuk menyusukan anak sehingga berusia 2 tahun. Namun, kadangkala ada anak yang tidak mahu putus susu.

Solusi :

Tidak menjadi masalah sekiranya anak dan ibu mahu mengamalkan extended bondng antara ibu dan anak. Sekiranya ibu memutuskan untuk menghentikan penyusuan, lakukannya secara perlahan.


Masalah 7 : Penyimpanan stok susu.

Ibu boleh mula memerah susu dua minggu selepas kelahiran bayi. Bagi ibu yang bekerja memerlukan stok susu simpanan untuk bayi sebaik sahaja mula bekerja. Namun, masih ramai ibu yang tidak faham bagaimana cara terbaik membuat stok simpanan susu dirumah.

Solusi :

  • Pam setiap 3 jam sekali apabila bayi tidur. Jika bayi terjaga, dahulukan bayi dan sambung pam selepas bayi disusukan.
  • Simpan susu didalam botol atau plastik keras.
  • Labelkan tarikh susu dipam.
  • Jika bekerja, pam susu diwaktu pagi dan simpan didalam beg sejuk beku yang mempunyai pek ais yang tahan 12 jam. Pam juga pada waktu tengahari dan petang. Simpan stok susu perahan didalam peti sejuk beku apabila tiba dirumah.
  • Susu yang disimpan didalam peti sejuk beku tahan selama 3 bulan.
  • Susu yang disimpan didalam peti sejuk bawah tahan selama 5 hari, tetapi selepas itu perlu disimpan kedalam peti sejuk beku agar tahan lebih lama. 


Masalah 8 : Defrost stok susu beku.

Susu ibu yang dibekukan perlu dicairkan terlebih dahulu dan dipanaskan mengikut suhu tertentu. Jika bekerja sebaiknya terangkan kepada pengasuh cara mencairkan stok susu beku tersebut.

Solusi :

  • Keluarkan susu beku dari tempat beku dan letakkan didalam peti sejuk bawah pada malam sebelumnya.
  • Isi susu tersebut didalam beg sejuk beku dan beri pada pengasuh untuk disimpan didalam peti sejuk.
  • Susu perlu dipanaskan didalam air suam pada suhu antara 35°C hingga 45°C.
  • Sebaiknya ibu bekalkan alat pemanas kepada pengasuh. Memanaskan didapur atau ketuhar boleh mematikan antibodi didalam susu.
  • Susu yang dicairkan perlu diminum dalam tempoh 1 jam dan ia tidak boleh dibekukan semula.


Sumber : Majalah Pa&Ma

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...