Siapa suka kena urut?
Bestkan kalau dapat pergi spa, ada orang urut, rehatkan tubuh.
Bayi pun alami perkara yang sama. Urutan akan memberi kelegaan kepada tubuhnya. Disamping itu, ia dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi. Hari ini, saya akan kongsikan teknik untuk mengurut bayi anda.
Sebenarnya tiada peraturan khas untuk mengurut bayi. Ibu boleh mengubahsuai teknik urutan mengikut kepelruan bayi. Ibu mestilah peka dan sensitif. Bagi bayi yang baru lahir, urutan selama 10 minit sudah memadai, manakala bayi yang sudah melewati beberapa bulan mungkin boleh menikmati urutan sehingga 20 minit. Ibu mestilah peka dan boleh berhenti apabila bayi anda sudah cukup diurut.
Teknik mengikut langkah :
1. Letakkan tapak tangan anda di kepalanya dan urut perlahan-lahan hingga ke dagu.
2. Letakkan jari telunjuk dan jari tengah didahinya. Kemudian urut perlahan seperti melukis bulatan kecil di pelipisnya.
3. Urut perlahan bibir atas bayi anda dengan ibu jari. Ulang pada bibir bawahnya.
4. Dengan kedua-dua tangan ditengah-tengah dada, lakukan urutan ke sisi badan, mengikut arah rusuk. Kemudian buat pusingan berbentuk hati ke tengah dada.
5. Gunakan bahagian luar tangan anda dan lakukan urutan perlahan pada perut simanja. Mulakan dengan sebelah tangan, diikuti tangan yang sebelah lagi.
6. Mulakan di bahagian abdomen, urut perlahan-lahan ke atas dengan hujung jari anda.
7. Mulakan di bawah rusuk dan lukis huruf "I" ke sendi punggung.
8. Love - Urut di bahagian abdomen, dari kiri ke kanan, membentuk bahagian panjang huruf "L". Lakukan urutan pendek ke bawah, di bahagian kanan perut untuk melengkapkan huruf "L"
9. "You" - Lengkapkan urutan dengan huruf "U" terbalik. Urut tulang punggung bayi, di bahagian kanan dengan jari-jemari anda.
10. Pegang bahagian atas lengan bayi anda dengan kedua-dua tangan. Kemudian, gerakkan tangan anda ke bawah dengan perlahan-lahan, dari bahu ke tangannya, sambil memicit dengan perlahan.
11. Urut pergelangan tangan kirinya dengan ibu jari atau jari telunjuk anda. Kemudian, urut tapak tangannya, sambil membuka genggaman tangannya. Lakukan urutan yang sama pada tangan kanan.
12. Gosok tapak tangan, sambil mengurut ke atas kearah jari-jari dengan ibu jari anda.
13. Urut buku lali, seterusnya kaki bayi anda. Sokong buku lalinya dan gunakan ibu jari anda untuk mengurut di tapak kaki, dari tumit hingga ke jari kaki.
14. Pegang kaki bayi anda dan gerakkan kedua-dua tangan anda ke bahagian paha. Kemudian, urut dari paha ke bawah sambil memicit perlahan.
15. Tiarapkan si manja anda. Urut badan bayi anda dari leher hingga ke bawah, termasuk punggung. Dengan menggunakan hujung jari, urut otot-otot di kiri dan kanan tulang belakang dengan perlahan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.
Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com