HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Kurus Dengan Sihat

Saya percaya, ramai dikalangan rakyat Malaysia yang menghadapi masalah kelebihan berat badan. Agaknya sebab makanan memang mudah nak dapat kt Malaysia yang aman & damai ni kan.

Hari ni saya nak kongsi beberapa tip untuk menurunkan berat badan. Rasanya semua orang memang tahu dan banyak blog / penulisan tentang kurus ni. Banyak juga produk-produk slimming di pasaran. Janji ada duit, boleh pilih yang mana suka.

Pada saya, walau apa produk yang kita ambil, tak kira mahal atau murah, perkara yang paling penting perlu ada adalah disiplin diri sendiri dan keazaman serta kesungguhan. 

Ada beberapa perkara penting yang kita perlu ambil tahu sebelum mulakan proses diet. Dulu saya Cuma membabi buta je beli produk-produk slim yang m.a.h.a.l.g.i.l.a dan tak sesuai dengan poket saya..huhu..Sebutlah produk apa? Semua saya beli..

Dan kemudian, saya realize yang saya tak perlu nak beli semua produk-produk mahal tu. Cukup sekadar beli apa yang perlu sebagai motivasi diri saya untuk menurunkan berat badan.
Apa yang kita perlu tahu tu?

1.       Berbaloi tak RM yang kita keluarkan untuk sesuatu produk slim dipasaran. Yang harganya beratus-ratus RM untuk penggunaan seminggu?

2.       Perlu tahu kira kalori. Kita perlu buat defisit kalori untuk diri sendiri. Defisit kalori tu maknanya, kalori yang masuk  dalam badan mestilah kurang daripada kalori yang keluar drpd badan.


3.       Sebelum buat pengiraan deficit kalori, kita perlu tahu jisim indeks badan. Ada cara nak kira. Bole refer blog www.sususejat.com. Saya banyak belajar dari situ. So bila dah tahu jisim badan, kita akan tahu berapa kalori keperluan harian. So, bole la buat calculation.

4.       Amalkan pemakanan sihat. Makna kata, jangan la makan benda-benda yang berlemak, berminyak dan tinggi kalori. Refer je la pyramid makanan tu. Lebihkan sayuran dan buah-buahan. Kalau amik nasi, jangan la membukit. Cukup 1 mangkuk kecil je. Dan peringatan, jangan abaikan pengambilan nasi. Badan kita masih perlukan karbohidrat untuk beri tenaga. Saya memang tak percayakan diet elken.


5.       Buat monitoring. Maknanya, buat la sikit jadual. Ada tarikh, ukuran berat, ukur lilit dada, pinggang & punggung. Amik ukuran seminggu sekali. Jangan buat hari-hari pulak. Nanti stress kalo angka tak berganjak. Masukkan dalam jadual. So, kita bole Nampak usaha kita tu ada perubahan atau tak.

6.       Amalkan vitamin-vitamin suplemen untuk menambahbaik system badan. Bila badan sihat, lagi senang la nak buat senaman.

7.       Senaman 3 kali seminggu selama 20 minit. Kalau lebih, lagi la bagus.
 

Tu je la tips daripada saya yang masih dalam proses menurunkan berat lagi. Nak dapat berat macam masa anak dara dulu. Acik tak?

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...