HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

10 Cara Menghilangkan Jerawat

Jerawat!

Ramai wanita yang beremosi bila bercerita tentang jerawat. Apatah lagi bila jerawat dengan selamba bertanda dua tiga biji di kulit muka kita kan?
Hari nie saya nak share 10 cara untuk menghilandkan jerawat. 


1. Masker Avacado + Madu
  • Hancurkan isi buah avacado hingga lumat.
  • Campurkan dengan 1 sudu madu asli.
  • Lumurkan masker diwajah anda dan biarkan selama 15-20 minit.
  • Bilas dengan air suam.

2. Baking Soda

Baking soda dapat meneutralkan PH kulit. Jadi bakteria yang menyebabkan jerawat tumbuh tak akan hidup lama pada wajah kita. Baking soda juga dapat menanggalkan sel-sel kulit mati dan bersihkan pori-pori yang tersumbat.




  • Bancuh 2 sudu baking soda bersama 1 sudu air.
  • Ratakan disekitar kulit wajah. Boleh juga gosok sedikit seperti memakai skrub.
  • Biarkan selama 15 minit.
  • Bilas dengan air suam.

3. Lemon

Buah lemon dikatakan dapat mengurangkan keradangan pada kulit. Ia juga membantu membersihkan pori-pori wajah yang tersumbat. Orang kata, lemon boleh mencerahkan kulit juga tau!
  • Golek-golekkan lemon sambil ditekan untuk mudahkan airnya keluar.
  • Potong menjadi dua bahagian. Perah airnya kedalam bekas.
  • SApukan air lemon ke kulit wajah anda.
  • Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air sejuk.

4. Ubat gigi

Ubat gigi mengandungi florida, triclosan dan hidrogern peroksida dapat mencegah iritasi kulit, mengeringkan jerawat dan mengurangkan keradangan pada wajah. Tapi jika anda punyai kulit yang sensitif, penggunaan ubat gigi adalah tidak sesuai. 
Caranya adalah :
  • Sapukan ubat gigi kepada kulit yang berjerawat.
  • Biarkan selama 2 jam atau semalaman.
  • Bilas dengan air sejuk.

 5. Bawang Putih

Bawang putih sangat dikenali sebagai bahan semulajadi yang efektif untuk menghilangkan jerawat. Kandungan thiacremonon sulfer yang dapat mengeringkan jerawat dan allicin yang bersifat antiseptik mampu mematikan bakteria penyebab jerawat.


  • Bawang putih diracik halus.
  • Gosokkan sekata pada wajah.
  • Biarkan beberapa minit.
  • Bilas dengan air suam.
  • 👉 Boleh juga campurkan bawang putih yang dah diracik halus dengan cuka epal 

6. Skrub Gula

Gula mengandungi AHA dan asid Glycolic yang baik untuk membersihkan wajah dari sel kulit mati dan menghilangkan jerawat serta parutnya.
  • Campurkan 2 sudu gula bersama 1 sudu air.
  • Kalau hingga gula larut.
  • Sapukan pada wajah selama 15 - 20 minit.
  • Bilas dengan air suam.

7. Madu

Madu dah lama pun digunakan dalam perawatan kecantikan. Antiseptik yang terkandung didalam madu mampu menghapuskan bakteria dan menguragkan keradangan kulit akibat jerawat. Madu juga berfungsi sebaga probiotik semulajadi yang juga boleh mencegah timbulnya jerawat baru.

  • Sapukan beberapa titis madu kepada kulit yang ditumbuhi jerawat.
  • Biarkan selama 45 minit.
  • Bilas dengan air sejuk
  • Lakukan 3 kali seminggu.

8. Ais

Ramai yang tak tahu kan? Ais mempu menghilangkan minyak berlebihan dan segala kekotoran yang menjadi punca jerawat. Selain daripada itu, ais juga berfungsi untuk menenangkan kulit dan mengurangkan radang akibat jerawat yang timbul.

  • Bungkus ais secukupnya dengan menggunakan kain yang bersih.
  • Tuam pada kulit wajah yang ditumbuhi jerawat.
  • Ulang-ulang proses menuam kebahagian lain diwajah juga.
  • Ulang proses ini hingga jerawat mengering.

9. Cuka Epal.

Gunakan cuka epal yang boleh didapati dimana-mana pasaraya berhampiran. Cuka epal boleh menanggalkan sel kulit mati dan mempercepatkan proses penyembuhan kulit yang ditumbuhi jerawat.
  • Campurkan 5ml cuka epal bersama 95ml air.
  • Ratakan pada wajah dengan menggunakan kapas.
  • Biarkan selama 10-20 minit.
  • Bilas dengan air suam.
  • Untuk kesan maksimum, lakukan proses ini sebelum tidur dan biarkan semalaman.

10. Putih Telur

Putih telur boleh mengecilkan pori-pori kulit dan mengurangkan minyak yang berlebihan. Kandungan Enzim Lysozim boleh menghancurkan sel bakteria penyebab jerawat.
  • Asingkan putih dan kuning telur.
  • Pukul putih telur hingga kembang
  • Sapukan pada wajah seperti masker
  • Biarkan sehingga kering
  • Bilas dengan air suam.

Ok. Cukup dah 10 cara menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk hilangkan jerawat. Selamat mencuba.

Untuk mereka-mereka yang nak cepat & tak de masa nak buat semua petua di atas, apa kata cuba hilangkan jerawat dengan menggunakan set cantik Shaklee. Senang, mudah dan selamat.
Kecantikan terjaga dari luar dan dalam.


Vitamin C.

Amalkan 2-4 biji Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Vitamin C juga boleh mengecutkan jerawat serta memudarkan partu jerawat. 

Vitamin E

Amalkan 1-2 biji Vitamin E setiap hari untuk membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, memudarkan parut jerawat dan bintik penuaan. Vitamin E mampu memulihkan tekstur dan tona kulit.

ESP

Pengambilan ESP yang kerap boleh membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Ia meransang pembentukan semula kulit dan otot, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan boleh mengurangkan parut.

Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder membantu mengecutkan jerawat, menghilangkan parut jerawat, menganjalkan kulit, menghaluskan kulit, mengecilkan pori-pori wajah dan berbagai-bagai fungsi lagi.

Untungnya,
Semua suplemen Shaklee diatas boleh juga digunakan sebagai masker. Hancur lumatkan Vitamin C, campurkan dengan sedikit ESp dan air. Sapu rata ke wajah anda. 
Atau pecahkan kapsul Vitamin E dan campurkan dengan ESP dan sedikit air. Ratakan juga ke wajah anda. Kesannya pasti superb. Cubalah!!

Nak konsultasi?
Atau nak beli?
Jangan segan-segan  whatsapp saya ye.


----------------------------------------------------------------------------------------------
 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...