HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Appreciation Hitea Kumpulan Jutawan : 07 Julai 2013

Berlangsung di Hotel Palace of The Golden Horses pada 07 Julai yang lepas. 
Ya, memang sudah agak terlewat untuk saya update event tersebut didalam blog Mamadhia Vitashop ini, 
tapi tak apa,sebagai kenang-kenangan, saya tetap akan buat entry ini. :)

Hitea kumpulan Jutawan adalah satu majlis penghargaan yang dibuat oleh Master Presidential kumpulan besar kami iaitu Master Cery diatas kesungguhan ahli kumpulan mengembangkan empayar bisnes masing-masing. Atas tunjuk ajar daripada beliau, maka terlahirlah lebih ramai insan yang telah meraih kejayaan didalam perniagaan Shaklee bersama kumpulan Jutawan. Alhamdulillah.


Sesungguhnya, dapat menghadiri majlis-majlis sebegini sangat memberi inspirasi kepada saya untuk lebih berjaya. Walaupun pendapatan bersama Shaklee yang saya perolehi masih terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan mereka yang berjaya, saya sangat menghargainya. Terlalu beruntung rasanya berada bersama-sama dengan mereka semua. Dan mereka semua juga bermula dengan pendapatan yang kecil. Umpama membuka sebuah ladang epal. Memulakan langkah memang amat sukar dan penuh rintangan. tangisan dan air mata menjadi sebahagian daripada rencah perjalanan dalam meniti untuk mencapai kejayaan. Dan itu juga yang saya akan lakukan. Agak bertuah kerana hanya perlu mengaplikasikan apa yang telah mereka lalui untuk kecapi kejayaan. Hanya sekadar memerlukan sedikit kesungguhan, fokus dan kehendak yang tinggi.



Untungnya kami didalam kumpulan ini, walau apa pun aktiviti, walau kemana pun kami pergi, pastinya keluarga akan kami heret sekali. Best kan? tak perlu risau untung tinggalkan suami, tak perlu gundah untuk tinggalkan anak-anak. Keluarga turut rasai kemeriahan bisnes kami. Kerana niat kami untuk keluar dari zon selesa masing-masing adalah untuk anak-anak juga. Syukur..
Semoga permata-permata hati kami ini akan mewarisi bisnes dan kesungguhan mama nanti...

Paling seronok, saya dapat membawa Encik Suami menyertai majlis ini juga. Banyak majlis yang saya hadiri sebelum ini, hanya bersama anak-anak saja. Tak apa. Saya faham. Tuntutan tugasnya juga amat penting sebagai tunggak keluarga. Dan saya gembira kerana dapat mempertemukan beliau dengan para suami-suami yang turut memberi sokongan kepada kumpulan ini. Dapat bertukar-tukar fikirn dan strategi. Alhamdulillah.





Gambar sekadar hiasan. Mama happy, anak-anak pun ceria. :)
** Kenapa ayat dalam entry ini sungguh skema?? Hehehe...layan...

Nak jadi sebahagian daripada kami, jangan segan untuk hubungi saya ye....

---------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Cinch Mix Shake : Menu Diet Anda

Hari ini, pagi-pagi lagi dah sms daripada Shaklee mengatakan ESP out of stock. Ohmai. Apakah?
Tapi tak apa. Untuk mereka yang nak slim dengan protin Shaklee, Cinch Mix Shake adalah menu yang sebenarnya.

Cinch Mix Shake berperisa :

  • Coklat
  • Vanilla
  • Cafe latte



Cinch Mix Shake mengandungi 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut.
Kandungan protin digunakan untuk membina otot. Otot akan menaikkan kadar metabolisme dan membakar kalori. Ia juga berfungsi untuk menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Cinch Mix Shake juga diperkaya dengan LEUCINE 

Leucine - Rumusan khas untuk memecahkan kitaran diet. Ia akan:
  • Mengekalkan otot
  • Membakar lemak tak perlu
  • Mengurangkan saiz inci anda

Manfaat Cinch Mix Shake

1. Indeks Glisemik yang rendah : 22. Sesuai untuk penghidap kencing manis

2. Dengan Cinch Pro, campuran ekslusif protin dipertingkatkan dengan leucine - asid amino.

3. Powered by Leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.

4. 24 Gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa kenyang.

5. Tinggi kandungan serat - 6 gram serat untuk setiap hidangan.

6. Indeks Glisemik rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.

7. Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.

8. Menggunakan soya Non-GMO.

9. Tiada perisa, pewarna atau pemanis tiruan.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Doa Solat Dhuha


Ya Allah,
Sekiranya rezeki kami berada dilangit,
Maka turunkanlah ia.
Jika ia ada di bumi,
Keluarkanlah ia.
Jika ada didalam lautan,
Munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada ditempat yang jauh,
dekatkanlah ia.
Jika ia sedikit,
Banyakkanlah ia.
Dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, 
Mudahkanlah ia,
Serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan,
Kepermurahan,
Dan KebaikanMu.





----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Set Berpantang Shaklee : Pilihan Saya

Apa khabar ibu-ibu yang menanti masa untuk melahirkan putera atau puteri penyambung kasih keluarga. Berdebar? Cuak? 
InsyaAllah, doa-doa yang baik-baik aje.

Anda dah pilih set berpantang nanti? Memang banyak didalam pasaran. Cuma sediakan duit saja. Semua dah mudah, cuma telan. Tak perlu nak bancuh-bancuh. Tapi sejauh mana kesesuaiannya dengan tubuh ibu dan baby, kena cuba la dulu.

Untuk saya yang juga menanti masa untuk masuk ke labour room, saya tetap memilih set berpantang Shaklee untuk kali ke-2. Anak pertama dan kedua, saya belum berkesempatan untuk berkenalan dengan set berpantang Shaklee. ALhamdulillah, berkenalan dengan set berpantang Shaklee semasa mengandungkan anak ke-3. Memang terasa perbezaan dengan set berpantang sebelumnya. Apa yang berbeza?


Set Berpantang Shaklee

Ya. Memang berbeza. Pengalaman berpantang anak ke-3, saya perlu berpantang sendirian tanpa bantuan ibu. Dan saya juga perlu menjaga 2 lagi anak yang lasak. Kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas, membasuh, menyidai dan melipat baju masih saya lakukan seperti biasa. Baby bangun malam untuk menyusu juga saya tangani sendiri kerana saya mengamalkan penyusuan eksklusif. Hebatnya, antara kesan yang saya rasakan dengan set berpantang Shaklee :
  • Sentiasa bertenaga dan tidak merasa mudah letih
  • Tiada rasa sakit kepala dek kekurangan waktu rehat dan tidur
  • Luka episotomi yang cepat sembuh. Saya adalah orang yang terpilih untuk menerima jahitan yang banyak setiap kali bersalin.
  • Kulit muka tidak menjadi kusam 
  • Penurunan berat badan yang sangat menggembirakan
  • Susu ibu yang melimpah ruah. ALhamdulillah
  • Baby tiada jaundis

Set berpantang Shaklee mengandungi 4 jenis vitamin iaitu :
  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Zinc Complex

Semua fungsi vitamin tersebut boleh dilihat digambar. Ia boleh diambil sebaik sahaja sejurus selepas bersalin. Dan yang menariknya, ia juga boleh terus diamalkan untuk proses penyusuan susu ibu pula. 

Nak dapatkan set berpantang Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi saya.
Harga? Anda boleh dapatkan dengan harga bawah RM150 sahaja.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

ESP Shaklee : Gabungan Super Booster

Energizing Soy Protien / ESP

Memang salah satu produk Shaklee yag super power. Hanya perlu digabungkan dengan satu jenis vitamin lain, ia boleh menjadi berbagai-bagai bentuk booster. Hebat kan?
Cuba dulu, baru tahu kehebatan ESP.

  • Beauty Booster
  • Milk Booster
  • Hormone Booster
  • Slimming Booster
  • Brain Booster
  • Energy Booster

Bak kata pak cik Astro, macam-macam ada..... :)
Pilihan ditangan anda. ESP dan gabungan beberapa vitamin boleh mengubah taraf kesihatan anda. InsyaAllah. Dan yang paling menarik, ia adalah set bajet yang mampu milik oleh semua golongan.


ESP Booster


Kenapa ESP?

Banyak manfaat sebenarnya jika anda mengamalkan ESP.
ESP adalah protin soya yang mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita. ESP turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Yang paling best, ESP sesuai untuk semua peringkat umur tanpa mengira tua atau muda.

ESP juga adalah protin soya yang mengandungi Indeks Glesemik ( G.I : 39 ) rendah. Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kencing manis.
Ia diiktiraf diseluruh dunis dan mempunyai kajian klinikal yang sangat intensif  dan hanya mengandungi soya "Non-GMO" sahaja.

Non-GMO - Non-Genetically Modified
Soya yang diproses dengan kadar suhu rendah.
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan produk hebat ini. Dapatkan kulit yang cantik sempena Aidilfitri yang akan datang.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Mealshake Membantu Selera Makan : Testimoni

Alhamdulillah, semalam dikejutkan dengan beberapa testimoni dari pelanggan dengan vitamin masing-masing.

So, testimoni pertama yang saya nak share ialah testimoni pelanggan yang dah beli 3 cannister Mealshake sempena promo Mealshake pada bulan lepas. Bila dapat harga murah, terus grab dengan banyaknya demi anak tersayang.  

Mealshake


Saya dimaklumkan bahawa anak beliau yang berumur 2 1/2 tahun amat susah untuk ambil nasi dan makan yang seangkatan dengannya ~Carbo Complex~
Apa yang anaknya gemarkan adalah makanan segera yang tinggi kandungan gula seperti coco crunch, star dan yang seangkatan dengannya. Kandungan gula yang tinggi didalam makanan adalah sangat tidak sihat untuk anak-anak yang sedang membesar, waima untuk orang dewasa sekali pun. Bagi kanak-kanak, kandungan gula yang tinggi bukan sahaja akan menyebabkan obesiti dan diabetes, malah juga boleh menyebabkan mereka menjadi seorang yang hyperaktif.

Setelah mengambil Mealshake selama lebih kurang 3 minggu, selera anak beliau semakin pulih dan lebih mudah untuk mengambil carbo complex seperti nasi. Alhamdulillah, usaha ibu untuk membekalkan makanan yang lebih sihat kepada si manja membuahkan hasil juga akhirnya. Manfaat Mealshake telah dapat dilihat sedikit demi sedikit.

Testimoni Mealshake



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

Kencing Kotor : Boleh Menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang

Dikenali juga sebagai Urinary Tract Infection ( UTI )

Ramai juga wanita mengandung yang berdepan dengan masalah kencing kotor nie kan? Saya juga, terkena jangkitan ini semasa dalam fasa trimester 1 tempoh hari. Sebab utama, mungkin kerana kekurangan air masak. Apabila berdepan dengan masalah alahan teruk yang tidak boleh menerima sebarang makanan mahupun minuman, masalah kencing kotor, dehidrasi, kekurangan zat & lain-lain memang sangat mudah menghampiri. Cukuplah rasanya pengalaman 4 kali mengandung, dan situasi yang sama tetap berlaku. Semoga Allah permudahkan dan memurahkan rezeki anak-anak saya.

Apakah Kencing Kotor / UTI?

Ia adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter ( salur yang menghubungkan antara pundi kencing dan keluar tubuh ).
Kuman penyebab kencing kotor selalunya berasal daripada kulit faraj tau lubang dubur ( anus ). Kuman itu bergerak merentasi uretra dan pundi kencing. Ia akan membiak sebelum naik ke buah pinggang. Apabila terkena jangkitan, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.

Tanda-tanda kencing kotor /  UTI

1. Ada penghidap yang mengadu rasa terbakar ketika membuang air kecil. Ia adalah disebabkan oleh pengecutan pundi kencing yang mengalami radang ketika menolak air kencing keluar dan ia menyebabkan rasa sakit.

2. Kerap kencing atau merasa tidak puas ketika kencing. Ia disebakan oleh pundi kencing yang radang adalah amat sensitif. Walaupun air kencing sedikit, namun pundi kencing akan merasa seolah-olah telah penuh.

3. Air kencing atau urin mengandungi darah dan menjadi kemerah-merahan. Ia dapat dipastikan dengan pemeriksaan air kencing dibawah mikroskop.

4. Rasa tidak selesa dibawah abdomen, terutamanya ketika melakukan hubungan seks. Ia menunjukkan kuman telah merebak kebahagian pelvik akibat jangkitan kuman yang tidak dirawat.

5. Demam yang tinggi. Suhu badan juga tidak menentu ( sekejap tinggi dan sekejap rendah ). Pesakit juga turut mengalami seram sejuk.

6. Ada juga penghidap yang tidak merasai sebarang simptom.

Punca Kencing Kotor / UTI

1. Tabiat mengelap dari belakang ( anus ) kedepan selepas membuang air besar. Ia menggalakkan bakteria dari anus atau faraj memasuki uretra.

2. Hubungan seks juga merupakan faktor penyumbang. Membuang air kecil selepas membuat hubungan seks adalah disarankan kerana ia akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.

** Untuk ibu mengandung, adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan air kencing kerana jika kencing kotor tidak dirawat, ia boleh merebak ke ginjal dan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Langkah Pencegahan

1. Minum lebih banyak air, sekurang-kurangnya 10 gelas hingga kencing menjadi jernih.
2. Makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
3. Jangan menahan kencing kerana ia akan menggalakkan pembiakan bakteria.
4. Mengamalkan kebersihan dengan mengelap dari depan kebelakang selepas membuang air besar.
5. Elakkan dari melakukan aktiviti fizikal terlalu lama - berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal
6. Memakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan longgar.
7. Elakkan mandian berbuaih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
8. Mandi dengan air pancutan, bukan dari kolam mandi.
9. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
10. Tukar tuala wanita atau tampon dengan lebih kerap.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...