HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Kencing Kotor : Boleh Menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang

Dikenali juga sebagai Urinary Tract Infection ( UTI )

Ramai juga wanita mengandung yang berdepan dengan masalah kencing kotor nie kan? Saya juga, terkena jangkitan ini semasa dalam fasa trimester 1 tempoh hari. Sebab utama, mungkin kerana kekurangan air masak. Apabila berdepan dengan masalah alahan teruk yang tidak boleh menerima sebarang makanan mahupun minuman, masalah kencing kotor, dehidrasi, kekurangan zat & lain-lain memang sangat mudah menghampiri. Cukuplah rasanya pengalaman 4 kali mengandung, dan situasi yang sama tetap berlaku. Semoga Allah permudahkan dan memurahkan rezeki anak-anak saya.

Apakah Kencing Kotor / UTI?

Ia adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter ( salur yang menghubungkan antara pundi kencing dan keluar tubuh ).
Kuman penyebab kencing kotor selalunya berasal daripada kulit faraj tau lubang dubur ( anus ). Kuman itu bergerak merentasi uretra dan pundi kencing. Ia akan membiak sebelum naik ke buah pinggang. Apabila terkena jangkitan, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.

Tanda-tanda kencing kotor /  UTI

1. Ada penghidap yang mengadu rasa terbakar ketika membuang air kecil. Ia adalah disebabkan oleh pengecutan pundi kencing yang mengalami radang ketika menolak air kencing keluar dan ia menyebabkan rasa sakit.

2. Kerap kencing atau merasa tidak puas ketika kencing. Ia disebakan oleh pundi kencing yang radang adalah amat sensitif. Walaupun air kencing sedikit, namun pundi kencing akan merasa seolah-olah telah penuh.

3. Air kencing atau urin mengandungi darah dan menjadi kemerah-merahan. Ia dapat dipastikan dengan pemeriksaan air kencing dibawah mikroskop.

4. Rasa tidak selesa dibawah abdomen, terutamanya ketika melakukan hubungan seks. Ia menunjukkan kuman telah merebak kebahagian pelvik akibat jangkitan kuman yang tidak dirawat.

5. Demam yang tinggi. Suhu badan juga tidak menentu ( sekejap tinggi dan sekejap rendah ). Pesakit juga turut mengalami seram sejuk.

6. Ada juga penghidap yang tidak merasai sebarang simptom.

Punca Kencing Kotor / UTI

1. Tabiat mengelap dari belakang ( anus ) kedepan selepas membuang air besar. Ia menggalakkan bakteria dari anus atau faraj memasuki uretra.

2. Hubungan seks juga merupakan faktor penyumbang. Membuang air kecil selepas membuat hubungan seks adalah disarankan kerana ia akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.

** Untuk ibu mengandung, adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan air kencing kerana jika kencing kotor tidak dirawat, ia boleh merebak ke ginjal dan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Langkah Pencegahan

1. Minum lebih banyak air, sekurang-kurangnya 10 gelas hingga kencing menjadi jernih.
2. Makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
3. Jangan menahan kencing kerana ia akan menggalakkan pembiakan bakteria.
4. Mengamalkan kebersihan dengan mengelap dari depan kebelakang selepas membuang air besar.
5. Elakkan dari melakukan aktiviti fizikal terlalu lama - berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal
6. Memakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan longgar.
7. Elakkan mandian berbuaih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
8. Mandi dengan air pancutan, bukan dari kolam mandi.
9. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
10. Tukar tuala wanita atau tampon dengan lebih kerap.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...