HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Appreciation Hitea Kumpulan Jutawan : 07 Julai 2013

Berlangsung di Hotel Palace of The Golden Horses pada 07 Julai yang lepas. 
Ya, memang sudah agak terlewat untuk saya update event tersebut didalam blog Mamadhia Vitashop ini, 
tapi tak apa,sebagai kenang-kenangan, saya tetap akan buat entry ini. :)

Hitea kumpulan Jutawan adalah satu majlis penghargaan yang dibuat oleh Master Presidential kumpulan besar kami iaitu Master Cery diatas kesungguhan ahli kumpulan mengembangkan empayar bisnes masing-masing. Atas tunjuk ajar daripada beliau, maka terlahirlah lebih ramai insan yang telah meraih kejayaan didalam perniagaan Shaklee bersama kumpulan Jutawan. Alhamdulillah.


Sesungguhnya, dapat menghadiri majlis-majlis sebegini sangat memberi inspirasi kepada saya untuk lebih berjaya. Walaupun pendapatan bersama Shaklee yang saya perolehi masih terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan mereka yang berjaya, saya sangat menghargainya. Terlalu beruntung rasanya berada bersama-sama dengan mereka semua. Dan mereka semua juga bermula dengan pendapatan yang kecil. Umpama membuka sebuah ladang epal. Memulakan langkah memang amat sukar dan penuh rintangan. tangisan dan air mata menjadi sebahagian daripada rencah perjalanan dalam meniti untuk mencapai kejayaan. Dan itu juga yang saya akan lakukan. Agak bertuah kerana hanya perlu mengaplikasikan apa yang telah mereka lalui untuk kecapi kejayaan. Hanya sekadar memerlukan sedikit kesungguhan, fokus dan kehendak yang tinggi.



Untungnya kami didalam kumpulan ini, walau apa pun aktiviti, walau kemana pun kami pergi, pastinya keluarga akan kami heret sekali. Best kan? tak perlu risau untung tinggalkan suami, tak perlu gundah untuk tinggalkan anak-anak. Keluarga turut rasai kemeriahan bisnes kami. Kerana niat kami untuk keluar dari zon selesa masing-masing adalah untuk anak-anak juga. Syukur..
Semoga permata-permata hati kami ini akan mewarisi bisnes dan kesungguhan mama nanti...

Paling seronok, saya dapat membawa Encik Suami menyertai majlis ini juga. Banyak majlis yang saya hadiri sebelum ini, hanya bersama anak-anak saja. Tak apa. Saya faham. Tuntutan tugasnya juga amat penting sebagai tunggak keluarga. Dan saya gembira kerana dapat mempertemukan beliau dengan para suami-suami yang turut memberi sokongan kepada kumpulan ini. Dapat bertukar-tukar fikirn dan strategi. Alhamdulillah.





Gambar sekadar hiasan. Mama happy, anak-anak pun ceria. :)
** Kenapa ayat dalam entry ini sungguh skema?? Hehehe...layan...

Nak jadi sebahagian daripada kami, jangan segan untuk hubungi saya ye....

---------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...