HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Bisnes Shaklee : Jom Hebat Bersama Warga Lady & Boss

Alhamdulillah.

Dipertemukan dengan kumpulan yang betul dan hebat dalam perniagaan Shaklee. Mengenali mereka, merubah hala tuju dan pandangan saya tentang kehidupan. Sesungguhnya, wavelenght saya sedang berubah dan bertukar haluan. Berdepan dengan cabaran getir dalam laluan perjalanan saya bersama anak-anak, sokongan mereka melalui media sosial sangat memberi getaran positif walau tanpa mereka ketahui.

Berlangsung di Institut Sosial Malaysia, banyak suntikan semangat dan tips2 yang dikongsikan oleh leader-leader hebat. Aura positif tersebar. Saya lebih nampak apa matlamat dan target yang perlu saya capai dalam bisnes yang sedang saya ceburi ini.



Apa yang menarik, kumpulan kami sentiasa bersama keluarga ketika menghadiri seminar, kelas atau perbincangan. Tidak ada halangan untuk kami membawa suami dan anak-anak bersama kedalam setiap aktiviti kumpulan. Kami berpendapat, bisnes ini dilakukan untuk mencari pendapatan untuk keluarga. Jadi, seharusnya tidak ada halangan untuk bersama keluarga dalam setiap aktiviti.
Kami tak perlu risau untuk meninggalkan anak dan suami untuk menimba ilmu bersama leader-leader hebat. Ia turut membantu untuk menarik minat suami / isteri untuk bersama-sama dan bekerjasama bisnes Shaklee. Bukan itu sahaja. Ia memberi peluang kepada kami untuk mendedahkan apa aktiviti kami kepada anak-anak juga. Malahan mereka juga didedahkan dengan pencapaian ibu mereka. 




Turut berkongsi tips motivasi, En Amin Idris. Pengacara TV AlHijrah dan penceramah motivasi. Sungguh memberi inspirasi dan menyuntik semangat. Beliau turut berkongsi maklumat. Betapa pentingnya target dan matlamat dalam perniagaan. Betapa pentingnya seseorang mengambil langkah pertama dan berani untuk gagal. Alhamdulillah. Auranya tersemat didalam jiwa saya.


Semoga saya dapat mencapai matlamat dalam bisnes Shaklee. Sekurang-kurangnya dapat membantu rakan-rakan lain untuk turut sama berjaya seperti yang telah ditunjukkan oleh leader-learder hebat kami. 
Dan semoga matlamat saya untuk menjadi one stop centre Shaklee di Chini tercapai. Ameen..

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.

Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...