HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

KENAPA B-COMPLEX PENTING SAMPAI TAK BOLEH TINGGAL?


Fungsi utama B-Complex adalah untuk menukarkan gula ( makanan ) menjadi tenaga ( energy ). Andainya kita kurang bergerak atau malas nak bergerak, dengan alasan sebab duduk dipejabat yang berekon pula tu, tenaga ini akan menghasilkan tenaga haba yang menjadikan badan kita panas dan berpeluh.

http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/



Vitamin B-Complex juga membantu melancarkan peredaran oksigen ke seluruh tubuh, menstabilkan hormon dan sekaligus membaik pulih sistem pencernaan. Apabila sistem pencernaan dapat melaksanakan tugasnya dengan lancar, kita akan lebih mudah merasa lapar. Vitamin B-Complex juga mengandungi niasin yang menyebabkan selera makan bertambah.

Walaubagaimanapun, fungsi B-Complex yang menukarkan makanan kepada tenaga, tidak akan menyebabkan kita menjadi obes. Namun, pengambilan makanan tetap perlu dikawal agar tidak terlebih makan. Makanlah mengikut keperluan tubuh, bukan makan dengan mengikut nafsu. Ikut nafsu, lesu tau!



Vitamin B-Complex sangat disarankan untuk diambil oleh ibu hamil dan ibu menyusu. Vitamin B-Complex mengandungi asid folic yang boleh mengalir kedalam susu ibu yang juga boleh disalurkan kepada bayi. Ia akan membantu pengaliran oksigen didalam tubuh bayi dan menambahkan daya fokus anak-anak ini semasa proses tumbesaran mereka sepanjang proses penyusuan susu ibu.

Bagi mereka yang sering menghadapi tekanan, Vitamin B-Complex adalah penyelesaiannya. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ia membantu melancarkan pengaliran oksigen, ia juga membantu merendahkan kadar asid amino didalam darah yang boleh menyebabkan perasaan gementar dan tertekan. 




Perhatian untuk semua yang mengamalkan Vitamin B-Complex.
Pengambilan B-Complex akan menyebabkan urin menjadi kekuningan, sebagai indikasi bahawa tubuh memerlukan lebih banyak air. Ia juga akan memekatkan warna susu ibu.

Fungsi Vitamin B-Complex ;
  • Menukarkan gula didalam makanan kepada tenaga
  • Meningkatkan fokus dan tumpuan berfikir
  • Mengelakkan penyakit beri-beri akibat kekurangan Vitamin B
  • Menggalakkan pertumbuhan
  • Penting untuk sistem saraf
  • Anti stress dan tekanan
  • Meningkatkan antibodi tubuh
  • Penting untuk sistesis dan aktiviti sel
  • Diperlukan unuk penghasilan hemoglobin ( sel darah merah )
  • Mencegah anemia
  • Memberi tenaga
  • Penting untuk metabolisme lemak, protin dan karbohidrat
  • Penting untuk penghidap kencing masni / diabetes untuk membantu penukaran gula kepada tenaga
  • Mengelakkan kecacatan bayi dan kandungan terutamanya spina bifida
  • Mengurangkan kolestrol
  • Meningkatkan selera makan

Sumber semulajadi Vitamin B-Complex adalah sayuran hijau dan kekacang.

Antara kandungan Vitamin B-Complex adalah asid folic, Vitamin B6 dan B12 yang membantu untuk menggalakkan kesihatan kariovaskular dengan membantu merendahkan paras hormosistein dalam darah. Jumlah asid folic yang mencukupi didalam pemakanan boleh merendahkan risiko seseorang wanita melahirkan anak yang mempunyai kecacatan otak atau korda spina.

Kandungan lain didalam Vitamin B-Complex yang sangat diperlukan oleh tubuh :

1. Tiamin ( Vitamin B1 )
  • Membantu memelihara kesihatan tubuh
  • Membantu tumbesaran normal
  • Membantu metabolisme karbohidrat
  • Diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada karohidrat

2. Riboflavin ( Vitamin B2 )
  • Membantu kesihatan tubuh
  • Membantu tubuh menggunakan tenaga daripada makanan / memetabolismekan protin, lemak, dan karbohidrat
  • Penting untuk kehamilan dan penyusuan apabila pengambilan makanan seharian tidak mencukupi

3. Niasin ( Vitamin B3 )
  • Memelihara tubuh yang sihat
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan yang normal
  • Membantu tubuh menggunakan tenaga daripada makanan
  • Diperlukan untuk membebaskan tenaga daipada protin, lemak dan karbohidrat

4. Piridoksin ( Vitamin B6 )
  • Membantu dalam pemeliharaan kesihatan tubuh
  • Membantu tubuh dalam metabolisme protin, lemak dan karbohidrat

5. Sianokobalamin ( Vitamin B12 )
  • Membantu memelihara kesihatan tubuh
  • Membantu pembentukan sel darah merah
  • Diperlukan untuk penghasilan sel darah merah

6. Asid Folic
  • Membantu pembentukan sel darah merah
  • Membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk mengandung sebelum konsepsi dan keperluan dos sebanyak 400mg setiap hari semasa 12 minggu kehamilan
  • Diperlukan untuk tumbesaran dan pembahagian sel-sel

7. Biotin 
  • Membantu memelihara tubuh yang sihat
  • Membantu tubuh dalam metabolisme lemak dan karbohidrat

KLIK untuk shopping B-Complex Online.

Nota :
Asid Folic adalah sejenis vitamin B yang sangat penting, tidak dapat diserap dengan mudah namun Shaklee telah menghasilkan satu selaput asid folic yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam tubuh. Teknologi berpaten ini adalah eksklusif bagi Shaklee. 


Harga Retail : RM53.75
Kuantiti : 120 Biji.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...