HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Apakah Itu Penyakit Talasemia / Thalasemia?

07.07.14.
Saya melakukan further chekup atau pemeriksaan berjadual untuk Dhia di hospital Kuantan. Dhia juga dicadangkan untuk melakukan screening talasemia dek kerana doktor mendapati sel darah merahnya agak kurang daripada normal. Mengejutkan kerana Dhia dikatakan sebagai pembawa gen talasemia dengan bacaan hemoglobin ( Hb ) 11. Dan saya dinasihatkan untuk membawa kesemua anak untuk melakukan screening talasemia juga. Saya tidak mempunyai pengetahuan tentang talasemia. Dan dengan itu, mari kita buat sedikit study tentang talasemia. 

( Nanti saya share kan result untuk anak-anak yang lain. )

Apa itu Talasemia?

Talasemia adalah sejenis enyakit yang berkaitan dengan kecacatan darah. Ia merupakan penyakit yang diwarisi daripada keluarga kepada generasi berikutnya. Kecacatan gen tersebut telah menyebabkan hemoglobin didalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi didalam darah mereka.

HemoglobinHemoglobin merupakan molekul protin didalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melaui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. Ion besi dalam bantuk Fe+2 didalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Didalam keadaan normal, 100ml darah mengandungi 15gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin yang rendah ( juga dikenali sebagai anemia )


Simptom-simptom Talasemia

* Biasanya, anak-anak pembawa talasemia kelihatan normal semasa dilahirkan. Walaubagaimanapun, mereka akan mula mengalami masalah anemis apabila mencapai usia antara 13 - 18 bulan.
* Tubuh pucat, sering keletihan, badan lesu dan sering geisah.
* Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas
* Jaundis
* Tumbesaran terbantut
* Perut buncit disebabkan oleh embengkakan hati dan limpa
* Perubahan pembentukan tulang muka. pipi dan rahang yang tidak normal.


Jenis-jenis pesakit Talasemia





1. Pembawa Talasemia

Pembawa gen talasemia biasanya tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan.  Pembawa hanya akan menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku.
Peratusan risiko untuk setiap kehamilan.

  1. 50% kemungkinan anak adalah pembawa talasemia
  2. 50% kemungkinan anak adalah normal
  3. Tiada anak yang menghidap talasemia ( major )

2. Pesakit Talasemia


Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku;

  1. 25% kemungkinan anak adalah pesakit talasemia
  2. 50% kemungkinan anak adalah pembawa gen talasemia
  3. 25% kemungkinan anak adalah normal
Biasanya pesakit talasemia mempunyai paras hemoglobin ( hb ) yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl

Rawatan untuk pesakit Talasemia

Pesakit talasemia perlu menjalankan proses transfusi atau pemindahan dara setiap bulan. Pemindahan dara ini hanya dilakukan oleh mereka yang menghidapi talasemia ( hb < 10g/dl ) setelah mendapat arahan pihak doktor. Pembawa gen talasemia tidak perlu melakukan proses ini.

Pemindahan darah yang berterusan, akan menyebabkan pengumpulan zat besi didalam organ penting badan seperti hati, jantung dan kelenjar endoktrin yang akhirnya akan merosak fungsi-fungsi organ tersebut. Mereka perlu pula melakukan rawatan penyingkiran zat besi yang berlebihan itu melalui suntikan ubat Desferrioxamine.

Bagi pesakit talasemia, pemindahan sum-sum tulang perlu dilakukan untuk untuk pulih.

Note :
Pesakit talasemia yang menjalami proses pemindahan darah tidak boleh mengambil sebarang suplemen yang mengandungi zat besi termasuk Vitalea Shaklee.

Sumber : Wikipedia
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...