HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Tips Elak Letih Ketika Berpuasa

Untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga ketika berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen didalam tubuh. 

Caranya dengan ;

1.  Melewatkan sahur kerana glukos daripada sumber karboohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama. Ambillah makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama didalam perut. Ia akan melambatkan rasa lapar.

2. Lebihkan makanan yang cepat dihadam ketika berbuka seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. 

3. Kurangkan makanan bergoreng atau berlemak yang boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya akan mengalami pedih ulu hati.

4. Kurangkan makanan yang terlalu manis kerana ia tidak dapat disimpan lama. Makanan yang terlalu manis akan dihadam dengan cepat dan tubuh akan cepat merasa letih.

5. Kurangkan makanan berempah dan terlalu pedas kerana ia akan meransang pengeluaran asid gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik sewajarnya mengelakkan daripada mengambil makanan jenis ini. 

6. Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan minuman yang berkafien dan air bikarbonat kerana ia akan menyebabkan anda lebih kerap membuang air dan mempercepatkan kehilangan cecair didalam badan. Sebaiknya minumlah jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan anda minum banyak air selepas berbuka dan semasa bersahur agar bekalan cecair dalam tubuh mencukupi.


Bagi saya, selain daripada mengikuti tip-tip menarik diatas, saya turut mengamalkan minuman Triple Gems sebagai alat bantu Ramadhan saya.

Jom baca manfaat Set Triple Gems.



KLIK untuk dapatkan Set Triple Gems

KLIK untuk baca Tutorial Cara Membeli Vitamin Online 

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...