HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

SHAKLEE EFFECT : TAK ADA SESI NEB UNTUK DHIA LAGI

Alhamdulillah.

Sejak kebelakangan nie, dah tak ada sesi Neb atau sedut gas untuk Dhia lagi. Mungkin berkat hasil pengambilan Omega Guard & Mealshake.

Memang Dhia dibekalkan dengan pam oren dan biru oleh pihak hospital. Tapi sebenarnya, dah lama saya tak beri dos pam oren yang sepatutnya diambil setiap 12 jam. *piece*




Rutin Dhia setiap hari, minta Omega Guard sebiji setiap malam. Dan Omega dikunyah je macam makan Chewing Gum. Haha!
Walaupun ada rasa ikan, kapsulnya yang kenyal disukai Dhia. Dan saya terpaksa sorokkan botol Omega dari penglihatannya.

Dan setiap pagi pula, saya akan bancuhkan susu formula yang dah dicampurkan dengan sesudu kecil Mealshake. Alhamdulillah, Dhia dah boleh habiskan 8oz susu untuk setiap bancuhan. Walaubagaimanapun, Dhia lebih gembira dengan susu ibu yang diperolehinya setiap hari. Dan berkongsi dengan adiknya secara tandem nursing, menjadikan mereka lebih akrab dan mesra.
Untuk makluman, Dhia memperolehi khasiat kedua-dua susu ibu dan susu formula kini. Apa yang diperlukan pada usia 2 tahun 6 bulan, bukan sekadar susu ibu. Alhamdulillah, kami masih gembira dengan proses tandem nursing yang sedang berlangsung walaupun telah bercampur dengan susu formula.

Sempena dengan promosi berganda yang Shaklee buat sepanjang September nie, saya sangat sarankan sahabat-sahabat untuk bekalkan anak-anak kita dengan nutrisi yang terdapat didalam Mealshake. Lebih-lebih lagi kalau anak-anak selalu tak sihat, kerap demam, batuk dan selsema. Atau kurang selera makan. Bantulah anak-anak kita dengan Mealshake. Insyaallah, dah ramai yang terkesan dengan kebaikan Mealshake.

Andainya harga yang menjadi alasan, silalah bertindak sempena harga promosi bulan September. Secara logiknya, kita mampu nak beli sehelai dua pakaian atau kehendak lain setiap bulan. Jadi, apa salahnya ketepikan beberapa ringgit untuk keperluan kesihatan anak-anak.


mamadhia-vitashop.blogspot.com


KLIK untuk buat pembelian MEALSHAKE secara online.


Jom buat kira-kira.

Harga retail sebotol Mealshake : 
RM 113.75.

Dengan promosi BELI 3 PERCUMA 1 :

RM113.75 X 3 = RM341.25

Tapi....uolss akan dapat 4 cannister.

Jadi, harga untuk setiap cannister akan bertukar kepada :

1 cannister = RM85.31

Nampak tak ada beza kat situ? Banyaaaakkk sangat.

Jimat RM28.44 tau!

Apalah sangat nilai RM85.31 tu untuk kesihatan anak-anak permata syurga amanah Allah untuk kita jaga kan?
Kalau batuk & selsema, kita masih perlu bawa ke klinik. dan duit pun akan tetap perlu dibelanjakan.

Paling tak best, kita terpaksa keluarkan duit yang banyak untuk kos perubatan yang mengandungi dadah. Kesian anak-anak kita. Kesian zuriat pewaris kita. Bantulah mereka untuk dapatkan taraf kehidupan yang lebih sihat tanpa sebarang unsur dadah walau sekadar daripada ubat-ubatan. 

Jom mommies. Fikir-fikirkan kepentingan anak-anak permata syurga yang jadi amanah kita.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
 Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...