HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

SALAM MAAL HIJRAH 1436

Salam Maal Hijrah sahabat.

Selamat Tahun Baru.




Nota untuk saya.

Membuka tahun baru dengan penuh keazaman untuk memperbaiki segala kekurangan. Jika Maal Hijrah tahun 1435 dibuka dengan penuh dugaan dan cerita duka, saya berdoa dan berharap agar 1436 bakal membawa lembaran baru yang lebih membahagiakan dan penuh dengan cerita kejayaan. Insyallah. Akan saya usahakan agar semuanya berjaya. Semoga Allah juga memudahkan perjalanan saya bersama anak-anak syurga amanah Illahi ini. Mohon kawan-kawan juga mendoakan perjalanan saya yang tak mudah dan penuh dengan cabaran ini.




Setelah hampir setahun sejak diduga dengan kejadian yang betul-betul mengguris hati, saya berjalan dengan penuh rasa goyah dan air mata tanpa henti. Hanya anak-anak syurga amanah Allah menjadi kekuatan saya untuk terus berdiri walau tanpa keyakinan diri. Dan hingga kehari ini, walau dengan penuh rasa payah, rasa goyah, adakalanya rasa putus asa menyelinap disegenap urat nadi, air mata juga masih gagal untuk berhenti, saya teruskan melangkah kerana masih ramai yang memerlukan kehadiran dan perhatian saya.  Saya masih punya kedua ibu bapa yang sangat banyak membantu dan menyokong. Saya masih punya adik-beradik untuk mengadu. Saya masih punya anak-anak syurga yang perlu diberi sepenuh perhatian dan kasih sayang. Moga saya tak mudah rebah. Moga saya tak mudah goyah.




Allah kurniakan ujian tanda sayang. Dan setiap satunya berbeza mengikut kemampuan hambaNya. Ujian saya begini. Maka, sememangnya saya mampu untuk menerima ujian yang sebegini. Hanya Dia yang tahu apakah hikmahnya saya diuji sebegini. Ujian tanda teguran. Mungkin banyak yang saya alpa dan leka dalam meladeni kehidupan seharian. Terlupa meletakkan Dia dihadapan. Terlalu bergantung pada hamba yang juga manusia. Alhamdulillah. Moga Allah sentiasa sayang. Semoga saya boleh mengharungi ujian-ujian yang hebat selepas ini. Semoga saya berjaya memperbaiki iman, menjaga hati dan menjaga diri.



Untuk saya. Juga untuk sahabat-sahabat yang sedang diuji. Tak kira apa bentuknya. 

"Keep Smiling". 
Kerana ia pengubat duka. 
"Sentiasa bersyukur". 
Kerana ia pengubat jiwa. 
"Istighfar". 
Kerana ia pengubat hati. 

Tak peru terlalu gundah gulana. Tak perlu terlalu bersedih hati. Tak perlu terlalu melayan lara. Kerana nanti hati kita akan mati. Kerana nanti, semudahnya kita menyalahkan takdir Illahi. 

Banyakkan bermuhasabah diri. Cari kekurangan diri untuk diperbaiki. Pasti segala yang berlaku, hadirnya dari kesalahan diri sendiri juga. Dan serahkan segala-galanya pada Dia. Moga berjumpa jalan penyelesaiannya.




" Ya Allah. Permudahkanlah. "


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman Telefon : 013-398 4050 Emel : dhia.zara.ent@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...