HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

TIPS MENYUSUKAN ANAK KEMBAR : BAGAIMANA CARANYA?

Anda mengandung?
Alhamdulillah.
Rezeki dan amanah tuhan telah tiba.

Kembar??
Rezeki berganda-ganda uolls. Alhamdulillah.

Bagi sahabat-sahabat yang berniat untuk tandem nursing, kat sini saya kongsikan sedikit tips untuk proses tersebut.




1. Banyakkan membaca, menyelidik dan menghadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu. Anda juga boleh menyertai mana-mana kumpulan sokongan penyusuan yang terdapat di laman media sosial seperti Facebook.

2. Bincangkan hajat anda bersama suami dan ahli keluarga. Ia amat penting untuk mendapatkan sokongan selepas kelahiran si kembar nanti. Jangan tak tahu pula ye. Ada segelintir ibu atau pun bu mertua yang suka buat konklusi mudah apabila bayi kerap menangis atau menangis tanpa henti. LAPAR katanya. Susu ibu TAK CUKUP! dan mereka semudahnya akan memberi samada susu formula mahupun nestum kepada bayi tu.

3. Anda ajuga boleh dapatkan panduan dan pandangan serta pengalaman daripada ibu-ibu lain mengenai proses penyusuan samada single nursing mahupun tandem nursing. Bandingkan nota-nota dan pengalaman-pengalaman yang anda perolehi.




4. Letakkan terus kedua kembar ke payudara sekiranya mampu sebaik sahaja mereka dilahirkan. Jika tidak, beritahu doktor dan jururawat terlibat tentang niat dan komitmen anda yang mahu menyusukan si kembar. Usahakan juga untuk mengepam susu jika tidak dapat menyusukan mereka secara terus.

5. Bekalan susu akan diperngaruhi oleh beberapa faktor seperti kekerapan penyusuan ( atau kekerapan mengepam ), kekerapan anda berehat dan tahap tekanan yang anda alami. Sentiasa yakin bahawa anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai dengan keperluan si kembar. Jadi, dapatan rehat yang mencukupi dan kawal tekanan yang sedang anda alami agar penghasilan susu tidak akan terjejas.

6. Hubungi perunding laktasi dengan segera sekiranya anda menghadapi masalah penyusuan sebaik sahaja tiba dirumah.

7. Pastikan posisi penyusuan adalah betul untuk mengelakkan puting payudara anda luka. Jika anda berhenti menyusukan, kesakitan mungkin akan menyerang semula. Cuba untuk menyusukan dalam tempoh yang singkat bagi satu-satu masa tetapi dengan lebih kerap.




Anda juga digalakkan untuk mengambil suplemen untuk membantu mendapat tubuh yang sihat dan cergas disepanjang proses penyusuan si kembar. 
Tubuh badan yang sihat dan cergas sangat penting untuk mendapatkan hasil penyusuan yang memberansangkan. Tugas wanita yang menjadi ibu, isteri dan pekerja memerlukan tenaga yang berpanjangan. 

Set Berpantang Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee bukan sahaja membantu anda mendapatkan tubuh yang sihat dan cergas, malahan ia bakal membantu anda untuk meningkatkan hasil penyusuan juga. Disamping itu, set-set suplemen Shaklee juga amat membantu ibu untuk kelihatan cantik dan berseri walau menggalas berbagai-bagai tugas harian yang menagih tenaga yang banyak.

Nak tahu kelebihan Set Menyusu Shaklee?
Boleh baca beberapa info dan testimoni berkaitan di SINI.

Dan di SINI pula kelebihan Set Bersalin / Berpantang Shaklee.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya : Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...