HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

11 Teknik Rangsang Susu Ibu

Adakah anda tahu?
Banyak cara yang boleh kita aplikasikan dalam usaha untuk meransang tubuh menghasilkan lebih banyak susu ibu untuk keperluan bayi.



Antaranya :

1. Tawar kedua-dua belah payudara.

Penyusuan hanya sebelah payudara biasanya tidak akan membantu meransang penghasilan susu ibu. Proses mengosongkan kedua-dua belah payudara adalah lebih baik. Biarkan bayi menyusu disebelah payudara yang selama mana yang disukai, kemudian tawarkan sebelah payudara lagi. Kadang-kadang, bayi akan terus tertidur setelah meyusu lama disebelah payudara dara.  Tapi mengantuk dan tidur, tak bermakna bayi anda dah kenyang tau! Cuba untuk beralih pula ke payudara yang sebelah lagi. Sebelum beralih payudara, cuba buat breast compression untuk lancarkan aliran susu. 

2. Breast Compression

Langkah Breast Compression biasanya untuk meransang rekleks let-down semulajadi. Breast Compression berperanan untuk memastikan aliran susu kekal lancar. Apabila bayi tak mahu untuk terus menyusu, atau hanya mahu melekap tanpa menyusu, sokong payudara anda dengan ibu jari dibahagian atas dan jari-jari lain dibahagian bawah. Jauhkan daripada puting dan tekan payudara secara perlahan. Teruskan sehingga bayi tidak lagi menyusu. Berhenti sebentar, dan ulang semula tekanan yang sama. Setelah didapati bayi tidak lagi berminat untuk meneruskan penyusuan, tawarkan payudara yang sebelah lagi pula.

3. Ubah Payudara

Kerap tawarkan bayi untuk menyusu dikedua-dua belah payudara berganti-ganti setiap kali sesi penyusuan. Amalan ini dapat menggalakkan bayi yang mudah terlena untuk menghisap susu denga lebih efektif untuk tempoh masa yang lebih panjang. Apabila kerap melakukan amalan ini, anda akan mahir dan tahu bila masa yang sesuai untuk menawarkan payudara yang sebelah lagi kepada bayi. Disarankan mendapati hisapan bayi menjadi semakin lemah, cuba buat breast compression dulu. Kemudian ikuti dengan penukaran payudara untuk menggalakkan dia menyusu dengan lebih efektif.

4. Penyusuan tambahan

Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu dihasilkan. Tunggu sehingga 20-30 minit selepas penyusuan dan tawarkan bayi menyusu sekali lagi untuk penyusuan tambahan.

5. Pengepaman

Prinsip mengepam adalah untuk membantu ibu menghasilkan lebih banyak susu. Bayi yang melekap dengan betul sangat efektif dalam mengosongkan payudara. Dan ia akan meransang penghasilan lebih banyak susu. Walaubagaimanapun, anda digalakkan untuk mengepam 5 - 10 minit bagi setiap payudara setiap kali selepas menyusukan bayi pada waktu siang. Mengepam pada waktu malam juga baik, tetapi anda tetap perlukan rehat dan tidur yang mencukupi. Ia adalah salah satu faktor yang akan membantu menghasilkan lebih banyak susu. Jangan risau andainya tiada apa-apa yang keluar ketika anda mengepam merana hisapan pam meransang payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

6. Perah Menggunakan Tangan

Sekiranya dilakukan dengan betul, pemerahan menggunakan tangan lebih berkesan dalam mengeluarkan susu. Dalam masa yang sama, ia dapat meransang penghasilan susu.

7. Penyusuan Malam

Paras hormon penghasil susu iaitu prolaktin adalah tinggi pada waktu malam. Dengan kerap menyusukan bayi pada waktu malam, anda dapat "menggesa" tubuh untuk memanipulasi hormon prolaktin, seterusnya menghasilkan lebih banyak susu.

8. Cecair

Mengambil cecair yang mencukupi tidak membantu anda menghasilkan lebih banyak susu ya!
Apa yang lebih penting adalah untuk menggantikan cecair yang hilang. Cuba bayangkan, anda mengeluarkan 0.5ml hingga 1 liter susu, jadi anda perlu menggantikannya semula disamping meminum 8 gelas air seperti yang disarankan. Jangan jadikan dahaga sebagai penanda aras anda perlu minum air kerana ia sebenarnya menunjukkan anda sedang mengalami dehidrasi. Jadikan amalan meminum segelas air setiap kali selepas bayi menyusu.

9. Pemakanan Seimbang & Sihat

Sebagai ibu yang menyusu, anda perlu menjaga pemakan. Selain daripada makanan utama, dapatkan juga snek disela waktu makan utama. 
Ingat!
Pemakanan tidak memberi kesan kepada jumlah susu tetapi kesihatan anda itulah yang menjadi faktor penting dalam penghasilan susu. Anda perlukan makanan yang kaya dengan kalsium, zat besi & protin.

10. Rehat

Dapatkan rehat yang mencukupi. Ia sangat penting. Ketika dirumah bersama bayi, tidurlah ketika bayi anda tidur. Ketepikan sebentar urusan rumahtangga dan minta pertolongan daripada ahli keluarga untuk membantu anda.

11. Ubat-ubatan

Ubat yang dipercayai dapat menambah susu ibu tidak seharusnya menjadi usaha pertama untuk anda meransang tubuh menghasilkan lebih banyak susu. Namun ubatan atau makanan tambahan boleh diambil untuk membantu anda berada didalam keadaan yang sihat dan bertenaga sentiasa.

Sumber : PA&MA

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...