HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Review Buku : 8 Strategi Power Copywriting

Assalamualaikum sahabat.

Selamat Tahun Baru 2016.

Untuk tahun nie, Insyaallah saya akan  mula aktif semula dengan Shaklee lepas setahun saya bertapa dekat laut. Hihi..

So untuk permulaan, saya menyahut saranan mentor kami untuk rajin-rajin membaca. Dan akan saya abadikan sinopsis atau review tentang buku-buku & ebook yang saya baca kedalam blog nie juga.

Buku pertama saya untuk tahun nie, tajuknya;

Tajuk : E-Book Power Copywriting [ 8 Strategy Technique Power ]

Penulis : Encik Khairul Anuar [ Mara ]


Teknik Copywriting



Review :

Ebook ini berkongsi tentang 5 tip untuk menulis copywriting berkesan & 8 strategi cara-cara untuk menulis copywriting.
Saya kongsikan sedikit tip-tip & teknik-teknik tu ye.

5 Tip Menulis Copywriting Berkesan

1. Ketenangan.
Pastikan persekitaran yang ada ketika menulis copywriting adalah tenang & selesa. Tulis rangka / draft untuk copywriting diatas kertas atau buku. Ketenangan & keselesaan akan membantu kita menulis copywriting yang hebat.

2.  Kesabaran.
Menulis adalah suatu proses dan ia tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa. Untuk memudahkan proses menulis, kita mestilah mengenali & mengetahui target pembaca / pelanggan yang akan membaca copywriting tersebut.

3. Keberanian.
Sebagai seorang seller atau peniaga, kita mesti berani untuk menulis tentang produk atau perkhidmatan yang kita lakukan. Tulislah seolah-olah kita adalah juara atau yang terbaik. Kita juga perlu menulis dari hati, dan sepenuh hati supaya ayat copywriting yang terbina dapat memukau hati orang lain.

4. Pemerhatian & penelitian.
Kenalpasti target audiens dengan tepat. Baca minda mereka melalui skrip-skrip copywriting sebelum ini dan boleh juga jadikan copywriting orang lain sebagai rujukan pemerhatian.

5. Pengulangan.
Pengulangan / latiha dalam penulisan akan membantu menajamkan skil copywriting itu sendiri. Ulang & perbaiki setiap kekurangan berdasarkan feedback dari target audiens.


8 Teknik Menulis Copywriting

8 Teknik menulis copywriting ini akan membantu kita untuk membina ayat yang lebih tepat & spesifik terhadap terget audiens yang dah dikenalpasti.
Ia sebenarnya lebih kepada panduan titik utama yang boleh kita sentuh semasa menulis.

1. Curiosity / Rasa Ingin Tahu
2. Occupation / Pekerjaan
3. Magic words / Ayat-ayat atau Perkataan Memukau seperti Tagline
4. Mystery / Misteri yang trending
5. Actionable / Ayat yang mempunyai Kuasa Tindakan seperti "Download Disini!"
6. Numbers  / Nombor seperti "10,000 Orang Dah Berjaya!"
7. Demo / Tutorial /  Tester
8. Offer seperti "Buy 1 Get 1"

Tips & teknik Copywriting diatas tu akan membantu kita untuk membuat ayat yang lebih spesifik & tepat. Saya percaya ramai yang selalu buat ayat syok sendiri. Kadang-kadang ke laut. Kadang-kadang terbang sampai ke awan. Ye dok?

Sama-sama lah kita praktis buat ayat supaya dapat bina ayat copywriting yang power & memukau pelanggan.

Selamat Mencuba!


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...