HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Kepentingan Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung

Sebaik saja doktor sahkan kehamilan, mommy mesti excited fikirkan vitamin apa la yang sesuai diambil untuk tumbesaran baby kan?

Penting ke vitamin nie?

Ye. Penting untuk proses pembesaran baby didalam kandungan.
Penting juga untuk memastikan mommy terus sihat dan bertenaga disepanjang kehamilan. Proses mengandung adalah boleh yang sangat menguji kekuatan fizikal dan emosi mommy.
Siapa setuju?


Vitamin apakah yang ibu mengandung perlukan disepanjang tempoh mengandung?


1. Zat Besi

Zat besi sangat penting kepada ibu mengandung untuk mengelakkan masalah anemia atau kekurangan zat besi. Keperluan zat besi untuk ibu mengandung adalah 27mg sehari.

Zat besi adalah komponen utama didalam sel darah merah yang menghantar oksigen keseluruh bahagian tubuh untuk memastikan kelangsungan hidup.




Ramai wanita yang tak menyedari masalah kekurangan zat besi ini sehinggalah mereka disahkan mengandung. Kekurangan zat besi ini mungkin disebabkan oleh diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh tubuh, kesan sampingan ubatan tertentu,  genetik, kehilangan darah yang banyak dan kehamilan.

Anemia atau kekurangan zat besi semasa hamil boleh mengakibatkan :
  • Keguguran
  • Kelahiran Pra-matang
  • Berat lahir bayi yang rendah
  • Kematian ibu 





Vitalea Iron Formula, membekalkan zat besi untuk ibu mengandung.

  • Vitalea Iron Formula adalah suplemen zat besi tambahan yang dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting dan mineral yang perlu untuk kesihatan dan tenaga optimum.
  • Vitalea Iron Formula telah menjalani lebih daripada 340 ujian kualiti untuk memastikan ketulenan dan potensinya.
  • Vitalea Iron Formula mempunyai sistem penyerapan Bioaktif - Untuk meningkatkan penyerapan Folic Acid
  • Vialea Iron Formula mencegah kekurangan vitamin.


2. Kalsium

Kalsium adalah nutrien penting yang diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat.
Kalsium juga membantu kesihatan sistem saraf, membina otot dan menjadikan peredaran darah didalam tubuh kekal sempurna.

Jika seorang ibu mengandung tidak mempunyai kalsium yang cukup, tubuhnya akan menganbil sumber kalsium daripada tulang dan gigi untuk disalurkan kepada bayi didalam kandungan. Ini akan menyebabkan kalsium didalam tulang dan gigi ibu mengandung semakin berkurangan dan akan menyebabkan kerapuhan pada tulang dan gigi. Masalah Osteperosis juga akan mudah terjadi sekiranya perkara ini berlaku.





Ostematrix membantu membekalkan kalsium kepada ibu mengandung
  • Ostematrix adalah suplemen Shaklee yang membantu membekalkan kalsium kepada ibu mengandung.
  • Ostematrix dilengkapi dengan magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang lebih optimum.
  • Ostematrix dilengkapi dengan mineral lain seperti boron, manganese, copper dan zinc untuk mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembnaan tulang yang sihat.
  • Ostematrix dikapsulkan dengan berat 250mg. Jadi, ibu-ibu mengandung boleh mengawal pengambilan kalsium mengikut keperluan yang betul.
  • Ostematrix mengandungi 1000mg kalsium, 400mg magnesium, boron, manganese, cooper dan zinc.





3. Protin

Protin adalah nutrien yang penting untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh yang sihat. Protin merupakan elemen asas pembinaan sel tubuh manusia.

Protin penting untuk ibu mengandung kerana ia merupakan salah satu nutrien yang diperlukan oleh bayi didalam kandungan untuk membantu pertumbuhan otak yang lebih optimum.





Kepentingan lain protin adalah :
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran janin
  • Merupakan blok-blok pembinaan asas tubuh ibu dan bayi
  • Membantu penghasilan susu dan membantu aliran darah ibu yang semakin bertambah
  • Membantu membekalkan asid amino yang bertindak untuk membentuk otot dan organ bayi
  • Keperluan kalsium semakin meningkat pada trimester ke-3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus

Kesan akibat kekurangan Protin;
  • Risiko lahirkan bayi pra-matang
  • Pembentukan sistem saraf mungkin terganggu dan boleh juga menyebabkan keguguran
  • Pertumbuhan bayi menjadi terbantut dan tidak mengikut usia kehamilan
  • Ibu mungkin berisiko untuk mendapat anemia
  • Penghasilan susu ibu terjejas




Energizing Soy Protien ( ESP ) merupakan sumber protin yang baik untuk ibu mengandung.

ESP merupakan sumber protin yang mudah untuk diambil dan mengandungi banyak khasiat :
  • Kaya dengan protin dan kalsium
  • Mengadungi 5 vitamin B, 2 jenis mineral dan 8grm karbohidrat untuk tenaga
  • Dihasilkan daripada soya non-GMO yang ditanamn dan diproses secara organik
  • Kaya dengan 9 asid amino penting
  • Rendah lemak, bebas laktosa dan kolestrol

Antara kesan pengambilan ESP yang dah banyak diakui oleh ibu mengandung;
  1. Meningkatkan tahap imun ibu mengandung
  2. Membantu untuk mengawal berat ibu mengandung
  3. Membantu mengelakkan diabetes
  4. Membantu pembentukan otot dan otak bayi didalam kandungan
  5. Membantu mendapatkan kulit ibu dan bayi yang gebu dan cantik
  6. Membantu ibu mengandung yang mengalami alahan untuk terus kekal sihat dan bertenaga.

4. Asid Folik

Asid folik adalah salah satu vitamin yang terdapat didalam kumpulan B. Asid folik adalah vitamin B9. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat didalam kekacang, sayuran hijau, beberapa jenis buah, yis dan ekstrak daging lembu. Sesetengan makanan seperti roti dan bijirin sarapan juga diperkuat dengan asid folik.

Asid folik penting untuk ibu mengandung untuk membantu melindungi baby daripada kecacatan didalam sistem saraf seperti spina bifida.

Spina bifina - Berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang baby tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Pada 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf baby terbentuk dan berkembang dengan pesat. Dan sebab itulah ibu mengandung perlu ambil asid folik sejak 3 bulan sebelum merancang kehamilan. Ibu mengandung perlu ambil 400mg asid folik setiap hari.




B-Complex Shaklee mengandungi Asid Folik yang diperlukan oleh ibu mengandung.

B-Complex Shaklee adalah gabungan daripada beberapa jenis vitamin B yang sangat penting untuk kesihatan kepada ibu mengandung. Ia mengandungi :

  • B1 - Thiamin
  • B2 - Robiflovin
  • B3 - Niacin
  • B5 - Asid Panthothenic
  • B6 - Pyridoxine
  • B7 - Biotin
  • B12 - Cobalamine
  • B9 - Asid Folik





Vitamin B-Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten. Asid Folik adalah vitamin yang sukar diserap oleh tubuh dengan mudah. Jadi, dengan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang Sahklee cipta untuk Vitamin B-Complex untuk memudahkan penyerapan Asid Folik.

Ia adalah sistem dimana Shaklee telah menghasilkan satu selaput asid folik yang unik untuk menjadikannya lebih mudah untuk diserap oleh tubuh dan lebih mudah digunakan didalam badan.


Kesimpulannya Vitalea,  Ostematrix, ESP dan B-Complex merupakan vitamin Shaklee yang sangat penting untuk membantu ibu mengandung mendapatkan nutrien yang cukup untuk hamil dengan sihat dan melahirkan bayi yang juga sihat.

Untuk meyakinkan korang yang Vitamin Shaklee dah pun bantu ramai ibu mengandung dan ibu berpantang untuk terus kekal cergas dan sihat disepanjang tempoh kehamilan dan tempoh berpantang, jom layan testimoni kat bawah.


Testimoni #1



Testimoni #2



Testimoni #3



Testimoni #4


Testimoni #5



Nak konsultasi?

Atau nak dapatkan Set Kehamilan?

Jangan segan Whatsapp saya ye.



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Chini & sekitarnya.

Hubungi saya :
Noriah Rusman
Telefon : 013-398 4050
Emel : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...