HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Strok Di Malaysia

 
Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung & kanser. Strok dianggap penyebab utama kehilangan upaya yang teruk. Dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok pada setiap tahun. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.

Apakah Strok ?
Strok adalah serangan otak dan terjadiapabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh. Ia mengawal setiap perlakuan dan pergerakan kita disamping mengawal fungsi-fungsi automatic seperti pernafasan.
Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen & nutrient penting. Apabila saluran darah didalam otak pecah atau tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrient.
Bagaimana mengurangkan risiko strok?
  1. Jadilah lebih aktif secara fizikal.
Senaman membantu menurunkan tekanan darah (tekanan darah tinggi adalah satu-satunya faktor risiko terbesar untuk strok), mengawal berat badan, membantu membentuk imbangan lemak darah yang sihat dan meningkatkan kebolehan badan mengawal insulin. Tetapkan untuk melakukan apa-apa jenis aktiviti fizikal sederhana selama 30 minit sekurang-kurangnya lima hari seminggu.

  1. Amalkan diet yang sihat.
Buah-buahan segar dan sayur-sayuran adalah sumber penting antioksidan, vitamin dan mineral, yang dibuktikan oleh penyelidikan, dapat mengurangkan risiko strok. Pengambilan garam yang tinggi telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara terlalu banyak lemak tepu boleh membawa kepada arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri).
  1. Kekalkan berat badan yang sihat.
Berat badan berlebihan membawa risiko strok.
  1. Jangan merokok.
Merokok meninggikan risiko strok kerana ia menyebabkan arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri) dan menjadikan darah lebih mudah bergumpal.
  1. Periksa tekanan darah anda.
Semua orang dewasa perlu memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun (lebih kerap jika mereka menghidap tekanan darah tinggi), mengambil ubat atau mempunyai masalah perubatan yang lain.
  1. Minta nasihat dari doktor anda sebelum mengambil pil perancang keluarga atau menjalani terapi penggantian hormon (HRT).

Vitamin yang dicadangkan untuk mengelakkan strok
1.       Vivix
2.       Omega Guard
3.       Vitamin E
4.       Bcomplex
5.       Vitamin C


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp: 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...