Selamat Pagi...
Hari nie, saya nak kongsi tentang kebaikan susu ibu. Alhamdulillah, zaman semua di Hujung Jari, dah ramai ibu-ibu muda yang sedar tentang kebaikan susu ibu. Ibu-ibu telah mula berkongsi tentang kebaikan dan kelebihan susu ibu dan saling bertukar pendapat mengenainya.
Apakah kebaikan susu ibu?
1. Susu
ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk
tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada
di dalam susu lembu.
2. Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari
susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga
lebih nutrisi dari susu formula.
3. Susu ibu mengandungi antibodi yang
menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga
menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang
menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru,
jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.
4. Tidak
ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak
pernah tercemar atau rosak.
5. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu
membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.
6. Menyusu
menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan
bayi merasa nyaman, selamat dan selesa.
7. Menyusu boleh memyebabkan badan
anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk
badan asal.
8. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan
mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan
kanser ovari.
9. Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.
10. Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula.
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia.
Pilihan COD - Bangi & Kajang.
Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com