HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Tip Sihat : Hadapi Monday Blues

Salam Jumaat.

Wah!!
Bestnya esok dah hari Sabtu ye. Masa untuk merehatkan badan dan minda. Juga masa untuk bersama famili membuat macam-macam aktiviti.

Tapi, for sure yang rasa cuti 2 hari tak memadai untuk berehat bersama keluarga. Mcam tiba-tiba je, Isnin dah muncul. Ramai juga yang mood untuk bekerja tak data-datang walau hari Isnin dah menjengah. Kalau tak, mana la nak timbulnya frasa MONDAY BLUES kan?

Tips menghadapi Monday Blues :
Sumber : Rapi Nov 2012.




1. Senaraikan apa yang perlu anda lakukan pada hari Isnin. Lakukannya pada hari Jumaat. Ini penting agar hari Ahad anda tidak terganggu dengan senarai kerja yang 'tiba-tiba ada'.

2. Janganlah bermalas-malasan di atas katil sepanjang hari cuti. Aktifkan diri dengan pelbagai kegiatan agar momentum tenaga anda sentiasa berada di tahap yang baik.

3. Usah keluar malam Isnin ( hari Ahad ). Buat apa memenatkan diri kalao anda tahu yang anda perlu berjuang di pejabat esok harinya? Simpanlah tenaga sikit.

4. Buang jauh-jauh rasa resah. Hendak resah sebab apa? Mahu tak mahu, kerja itu anda harus selesaikannya. Tenangkan fikiran dan rehatkan minda. Pasanglah lilin aromaterapi untuk meransang ketengangan.

5. Sebaiknya, amalkan senaman ringan sebelum tidur. Sebaiknya senaman itu haruslah berkaitan dengan pernafasan.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...