HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Manfaat Urutan Pada Bayi

Anak, adalah anugerah terindah yang diamanahkan oleh Yang Maha Pencipta kepada kedua ibu dan bapa. Lazimnya, semua pasangan yang berkahwin mengimpikan untuk mempunyai anak sebagai penyeri rumahtangga.

Tahukah anda?
Urutan pada bayi akan memberi pelbagai manfaat kepada ibu, bapa dan terutamanya bayi itu sendiri. Urutan adalah sentuhan ajaib daripada ibu atau bapa yang mampu membantu bayi membesar dengan lebih cepat, membantu meningkatkan daya ketahanan badan dan menjadikan bayi seorang anak yang lebih berkeyakinan.

Beberapa kajian yang dibuat oleh beberapa institusi kesihatan sejak 1958 seperti Touch Research Institute ( TRI ) dan Hospital Bellevue. Juga ada lebih daripada 100 penyelidikan dan terbitan berkaitan urutan bayi telah diterbitkan. Kajian mendapati, bayi yang diurut menunjukkan prestasi kesihatan yang lebih baik daripada bayi yang tidak diurut.

Manfaat urutan bayi, urutan untuk bayi,


Secara ringkasnya, bayi akan mendapat banyak manfaat kesan dari urutan tersebut.

- Memperbaiki perjalanan darah
- Meransang deria
- Mengurangkan tekanan
- Memperbaiki sistem penghadaman
- Meningkatkan daya ketahanan badan
- Meransang perkembangan fizikal dan psikologi
- Membantu memudahkan tidur
- Meransang aliran oksigen didalam badan
- Memudahkan penyingkiran toksin
- Membantu perkembangan fungsi otot
- Membantu meredakan kesakitan apabila demam
- Meransang penghasilan hormon


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...