HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Penyusuan Semasa Hamil

Salam ceria!!

Ramai ibu hamil semasa masih berada dalam proses penyusuan anak kecil. Dan ramai juga yang dibelenggu kebimbanga, adakah selamat proses penyusuan semasa hamil ini? Tidak kurang juga  oleh orang disekeliling terutamanya keluarga terdekat untuk segera memberhentikan proses penyusuan sedia ada. Tanda tanya seperti ini pasti akan bermain difikiran ibu.


" Selamatkah proses penyusuan semasa hamil?  Bolehkah ibu yang hamil menjalani proses penyusuan anak?
Adakah is boleh membahayakan ibu dan anak yang sedang dikandung? Adakah cukupsemua zat yang diperlukan? "


Proses penyusuan semasa hamil boleh dilakukan mengikut kemampuan tubuh ibu. Sekiranya ibu yakin beliau adalah sihat dan boleh mengambil semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh ibu, anak yang menyusu dan janin didalam kandungan, ibu boleh meneruskan proses penyusuan semasa hamil.

Sumber : Breastfeeding Answer Book, 3rd Edition
" Walaupun terdapat kontraksi semasamengandung, ia adalah perkara normal didalam tempoh mengandung. Kontraksi ini juga boleh berlaku semasaaktiviti seksual / intim bersama pasangan, yang mana kebanyakan pasangan melakukannya semasa mengandung. Buat masa ini, tiada garis panduan spesifik yang menyatakan bahawa pernyusuan semasa mengandung dapat memberi risiko kepada bayi."







Alhamdulillah, minggu ini adalah minggu ke-13 kehamilan keempat saya. Kondisi saya yang semakin sihat dan sudah mula boleh buat kerja rumah, ambil anak dari sekolah. Yang pasti, fasa memasak masih tidak termasuk didalam senaraiaktiviti saya buat masa ini..( Heaven!! )

Pengalaman alahan untuk kali ke-4 ini, secara jujurnya sama saja dengan pengalaman sebelum ini. Dari segi muntah, pening, mual, berulang-alik ke klinik untuk tambah air, cuti tanpa gaji dan penurunan 10kg berat badan!! Sungguh perit. Tapi inilah nikmatnya menjadi ibu yang diberi pengalaman ajaib, menyimpan janin hasil kasih-sayang dalam berkeluarga. Nikmat juga kerana tidak semua bakal ibu merasai pengalaman alahan yang sedemikian.

Istimewanya kali ini, walau dalam keadaan yang lemah dan tidak bermaya, saya masih mampu untuk menyusukan anak ke-3, Dhia Nur Amani yang berusia 11 bulan dan masih menyusu badan. Bagaimanapun,saya tidak berani untuk meneruskan proses mengepam untuk sebulan lalu kerana kondisi yang sungguh lemah dan tidak langsung boleh menelan makanan mahupun minuman. Alhamdulillah stok EBM yang saya kumpul sebelum ini masih mampu menampung keperluan Dhia untuk 3 bulan.

Apa yang membantu saya untuk terus mampu menyusukan si Comel walaupun sedang berbadan dua? Sudah pastinya saya sentiasa mengamalkan suplemen-suplemen penting dari Shaklee. Alhamdulillah.

Saya amalkan vitamin untuk ibu hamil :

Vitalea,
Bcomplex, 
Vitamin C,
Ostematrix,
ESP,

Saya juga amalkan Performance Drink disebabkan kekurangan air dalam tubuh. ~~tu sebab kena masuk drip air..huhu...~~

Semoga Allah terus memberi saya kesihatan untuk menjaga insan-insan yang saya sayang.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...