HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Rahsia Susu Ibu Melimpah Ruah

Salam Jumaat yang penuh barakah..

Alhamdulillah...semakin ramai ibu-ibu yang mula membuka mata dan hati tentang kebaikan susu ibu. Semakin ramai ibu yang mula menyusukan anak sepenuhnya.

Sebenarnya tak adalah rahsia sangat teknik-teknik untuk membanyakkan susu ibu. Apa yang ibu-ibu perlu buat adalah :

1. Ambil makanan seimbang.


Pengambilan makanan seimbang sangat perlu untuk memastikan ibu mendapat nutrien yang cukup untuk menghasilkan susu yang cukup untuk simanja. Ibu perlu melebihkan sayuran dan buahan sebagai diet sihat.

2. Minum air masak secukupnya.

Pakar perubatan menyarankan untuk minum air sekurang-kurangnya 8 - 10 gelas untuk memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga. Pengambilan air yang mencukupi, boleh mengurangkan risiko kanser usus, melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang, menjadi bahan pelincir kepada pergerakan sendi dan menjadi bahan asas untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan.

3. Kosongkan payudara setiap 3 - 4 jam

Proses mengosongkan payudara adalah proses terpenting untuk menghasilkan susu ibu yang banyak.

- Ibu perlu mengosongkan payudara setiap 3-4 jam dengan mengepam atau memberi direct feeding kepada bayi.

- Membuat jadual mengepam yang konsisten. Sebagai contoh, menetapkan waktu mengepan sebanyak 5 kali sehari. Setiap proses mengepam perlu diteruskan walaupun terdapat ibu yang menyatakan susunya telah tiada. ~~Pam je walau hanya pam angin. stimulation adalah penting~~

- Ibu perlu mengepam selama 15-20 minit untuk setiap payudara. Bermakna ibu perlu meletakkan 30-40 minit untuk setiap sesi mengepam. Ramai ibu yang berhenti mengepam dalam masa yang singkat dengan alasan susu tiada. ~~Walau susu hanya keluar selepas 5 minit proses mengepam, sila teruskan proses tersebut hingga ke 15-20 minit~~

- Membuat tandem pumping. Akan saya nyatakan caranya dientri seterusnya.

- Membuat power pumping. Juga akan dimuatkan didalam entri berikutnya.

- Banyakkan berdoa dan sentiasa berfikiran positif.

4. Ambil suplemen.

Pengambilan suplemen bukan semata-mata untuk memperbanyakkan susu ibu. Ia membantu ibu untuk sentiasa cergas dan sihat untuk menghasilkan susu ibu dan melaksanakan tanggungjawab harian lain. Sekiranya pengambilan suplemen di buat tanpa mengamalkan konsep sebenar penyusuan, ia tidak akan berjaya.






----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya,
Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050
Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...