HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Work At Home Mom : Alasan dan Sebab

Work At Home Mom : WAHM

Apekah??

Dulu-dulu tak ada pun istilah WAHM tu. Work At Home Mom adalah istilah yang digunakan ibu-ibu zaman moden yang merujuk kepada ibu-ibu yang menjana pendapatan dirumah, sambil menguruskan keperluan rumahtangga dan anak-anak. Tujuan utama WOrk At Home Mom, tak lain dan tak bukan adalah untuk memastikan anak-anak dapat diuruskan sendiri oleh ibu. Work At Home Mom akan menyediakan semua keperluan anak-anak - makan, minum, pakaian, hantar ke sekolah dan 1001 kerja rumah yang lain. Dan semestinya dalam masa yang sama, ibu-ibu masih dapat menjana pendapatan untuk menampung keperluan keluarga di masa-masa kos kehidupan yang semakin meningkat setiap hari malahan ada Work At Home Mom yang dapat menjana pendapatan melebihi daripada pendapatan mereka semasa bekerja diluar samada dalam bidang professional atau tidak.

Sebenarnya kerjaya Work At Home Mom nie dah wujud sejak dulu lagi. Cuma istilah tu di upgrade jadi lebih professional...:)
Mak saya adalah seorang tukang jahit, menjana pendapatan dirumah sambil membesarkan anak-anak. Alhamdulillah, hasilnya sangat berbaloi sekarang. Sayang MAK!!

Untuk entry kali ini, saya tak mahu menyentuh kerjaya apa yang boleh dilakukan untuk jadi seorang Work At Home Mom. Saya nak tekankan tujuan dan alasan saya untuk menjadi Work At Home Mom. Sebelum ini, saya sentiasa fikirkan akan bekerja sampai PENCEN. Argghhh...konon nak bina kerjaya supaya kelihatan gagah dimata masyarakat. Jangan salah sangka. Tak ada masalah langsung dengan orang yang dah berjaya bina kerjaya hebat. Sungguh! Saya sungguh salute pada mereka. Dan pastinya, mereka mampu untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak dengan cara mereka sendiri. Untuk saya, rasanya ini adalah jalan terbaik.

Alhamdulillah, semasa kecil mereka dijaga dengan sempurna oleh baby sitter yang dah saya anggap seperti keluarga sendiri. Tak ada penderaan atau lebam-lebam. Demam, batuk dan selsema tu bagi saya normal untuk sistem pertahanan badan mereka juga. Anak saya semakin membesar. Yang sulung dah tahun 3, umur 9 tahun. Dah jadi otai!! Owh...sebab dia sekolah petang. Dia dan adiknya yang dah 6 tahun, dah pandai mengayuh basikal keliling taman rumah, dah pandai berkawan dengan anak-anak setaman, dah pandai membeli sayur yang saya pesan dikedai berhampiran, dah pandai menghilang sejam atau dua dihujung minggu. Detak hati saya, suatu perubahan perlu dibuat. Saya perlu merapatkan diri dengan mereka. Saya perlu menjadi kawan yang disenangi sebelum mereka lebih menyenangi rakan sebaya daripada kami ibu dan bapa. Saya perlu korbankan kerja diluar. Yang memerlukan saya untuk keluar dari rumah sesudah Subuh dan pulang bila waktu Maghrib hampir berakhir. Maka, langkah pertama saya adalah TENDER RESIGN.

Kenapa saya perlu risau dengan perkembangan sebegitu. Ok lah kan? Anak-anak dah pandai berdikari. Owh...memang, saya bangga dengan mereka yang pandai berdikari diusia masih kecil. Tapi, saya tak mahu mereka terlalu berdikari hingga membelakangkan kami yang terlalu sibuk dengan kerjaya dunia, terlalu sibuk mencari wang untuk memberikan 1001 kesenangan untuk mereka. Saya perlu mendidik dan memantau mereka dengan kudrat sendiri. Semoga saya dapat mendidik mereka menjadi orang yang berguna. Pada agama, keluarga, bangsa dan negara.

Melihatkan senario sekarang, yang mana banyak dipaparkan di akhbar harian, anak-anak yang baru berusia 11-12 tahun. Yang kita sangkakan hilang diculik dan sebagainya, tapi sebenarnya lari ikut kekasih hati!! Diusia 11-12 tahun? Allahuakbar....Nauzubillah...Saya tak mendoakan yang buruk-buruk untuk mereka. Saya tak mahu mereka diculik mahupun lari ikut kekasih. Semoga perjalanan saya dipermudahkan Allah. Amin..




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Ibu Pejabat POS Besar KL, Central Market, Dayabumi, Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...