HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Tip Penyusuan Bayi Pra Matang

Penyusuan bayi pra-matang adalah amat digalakkan. Ketahuilah bahawa susu ibu sangat unik dan merupakan minuman yang penuh azimat yang dapat melindungi bayi daripada sebarang penyakit dan serangan jangkitan.

Antara tip yang boleh diikuti untuk menyusukan bayi pra-matang :

1. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, walaupun masih di dalam bilik bersalin, segera berikan susu ibu kepada bayi. Titisan susu ibu yang pertama ini sangat berkhasiat untuk bayi yang baru lahir. Sejam pertama adalah asa yang penting untuk meransang penghasilan susu ibu.

2. Bayi pra-matang yang mempunyai sistem imun yang lemah, berilah susu ibu yang baru diperah kerana kandungan antibodi sama dengan usia bayi yang pra-matang. Hanya susu ibu yang sama sejajar dengan usia bayi.

3. Hantar susu perahan dan lawatlah bayi anda setiap hari kerana selain susu ibu, bayi pra-matang juga memerlukan belaian dan sentuhan ibunya.

4. Jangan dibekukan susu perahan. Ini kerana susu yang dibekukan tidak sesuai untuk bayi pra-matang.

5. Cuba dapatkan bahagian yang lebih berlemak ada susu ibu. Biasanya pada susu yang diperah selepas 10 minit pertama.

6. Simpan susu dalam bekas mengikut keperluannya. Sebagai contoh, jika bayi minum 10ml, maka simpanlah sebannyak 10ml sahaja untuk setiap bekas.

7. Tukar susu lebihan didalam peti sejuk di wad dengan susu yang baru setiap kali datang melawat. Bayi pra-matang memerlukan susu segar untuk membina sistem imun didalam badannya.

8. Selain memberi susu ibu, lakukan belaian, sentuhan, urutan yang akan membuat bayi anda lebih bersemangat dan menghilangkan rasa takutnya semasa berada didalam inkubator.


Jom dapatkan vitamin untuk menyempurnakan perjalanan penyusuan anda bersama si manja...
Hubungi saya untuk konsutasi lanjut.





----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...