HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Info Hamil : Perubahan Fizikal Ketika Hamil

Anda hamil kali pertama?
Atau dah berkali-kali?

Walau berapa kali pun anda telah menghadapi pengalaman kehamilan, ia adalah suatu situasi yang sangat indah bagi mana-mana pasangan suami isteri. Penambahan ahli keluarga baru bermakna rezeki untuk keluarga juga semakin bertambah.

Tahukah anda?

Sepanjang kehamilan, akan ada perubahan fizikal yang akan dialami oleh bakal ibu. Jadi, janganlah ibu merasa rendah diri dengan perubahan tersebut. Anda mungkin mengalami pertambahan berat badan yang drastik, kulit menjadi kusam, rambut gugur dan sebagainya. Encik suami juga perlulah memahami perubahan tersebut ye..Jangan pula bila bentuk tubuh ister berubah, anda mula memandang yang lain. Sila hargai pengorbanan isteri yang sanggup bersabung nyawa membawa zuriat anda!!



Jom kita tengok apakah perubahan yang berlaku kepada ibu hamil disepanjang kehamilan.

1. Rambut akan tumbuh dengan lebih pantas dan tebal hingga menjadikannya kellihatan berminyak. Cucilah rambut sekurang-kuranganya 2 atau 3 kali seminggu untuk mengelakkan ketidakselesaan.

2. Jumlah darah akan meningkat seiring dengan peningkatan paras hormon kehamilan. Ia akan menjadikan suhu badan juga meningkat. Jadi anda mungkin akan merasa lebih cepat panas dan berpeluh. Mandilah dengan kerap atau pakai pakaian dari fabrik kapas untuk merasa lebih selesa.

3. Urat darah menjadi lebih tebal. Ia menyukarkan darah disalurkan dengan lebih lancar kebahagian otak. Ia akan menyebabkan anda mudah pening. Untuk mengurangkan rasa tersebut, bolehlah cuba berbaring atau tundukkan kepala perlahan-lahan kebahagian peha.

4. Warna aerola akan menjadi bertambah gelap kerana hormon kehamilan menyebabkan tubuh menghasilkan kebih banyak pigmen. Ia akan kembali normal selepas melahirkan nanti.

5. Sakit dibahagian ari-ari kerap berlaku diakhir kehamilan. Ia biasa dikaitkan dengan dengan masalah kencing kotor atau symphisis pubis diasthesis.

6. Keputihan mungkin biasa berlaku. Tetapi jika ia terlalu banyak, anda perlu mendapatkan rawatan lanjut. Jika tidak diatasi, dibimbangi jangkitan candida albicans yang mungkin akan memudaratkan bayi.

7. Mengalami simptom sama seperti ketika PMS ~ Mudah marah, perubahan mood yang ketara, sensitif.

8. Kulit anda akan kelihatan lebih berseri atau lebih kusam berikutan perubahan hormon.

9. Ada diantara anda yang akan megalami tompok hitam diwajah. Ia dikenali sebagai Chloasma atau topeng kehamilan. Dan ia tidak boleh dielakkan.

10. Jerawat mungkin boleh muncul kerana kelenjar sebaceous kulit meningkatkan penghasilan kelenjar minyak. IA bukan sahaja berlaku diwajah, malah mungkin juga boleh berlaku dibelakang tubuh atau di dada.

11. Anda akan mengalami perubahan saiz payudara.

12. Semakin meningkat usia kandungan, semakin membesar juga kebanyakan bahagian tubuh. Kaki juga akan turut membesar akibat pengumpulan air yang banyak dibahagian tersebut.

13. Sesetengah ibu hamil akan mengalami pertumbuhan rambut halus dibahagian tubuh yang tidak sepatutnya seperti diwajah, perut dan sekitar puting.

14. Urat yang timbul dibahagian kaki berlaku kerana salur darah dalam pembuluh darah membesar kesan daripada peningkatan paras hormon kehamilan.

15. Ada kalangan wanita hamil mengalami sembelit. Ini kerana hormon akan mengurangkan kadar penghantaran makanan ke saluran usus.

16. Ada wanita hamil yang berdengkur ketika tidur. Ia kerana lelangit, tekak, lidah dan otot saling bersentuhan terutamanya ketika tidur secara terlentang. Jadi, tidurlah mengiring untuk lebih selesa dan mengelakkan dengkuran.

17. Kegatalan dibahagian perut. Jangan sekali-kali menggaru kegatalan tersebut. Pakai losen atau minyak untuk mengurangkan rasa gatal.

18. Pedih ulu hati kerana perubahan hormo yang menyebabkan asid gastrik naik ke ulu hati. Hindarkan pengambilan makanan yang banyak dalam satu masa.

19. Alahan yang teruk yang disebabkan oleh penurunan daya tahan tubuh.


Mamadhia Vitashop mencadangkan anda untuk mengambil suplemen ketika hamil untuk membantu mengelakkan masalah seperti alahan yang teruk, sembelit, HB rendah dan sebagainya. Pengambilan suplemen turut membantu pertumbuhan janin didalam kandungan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.




----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...