HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Mengapa saya WAHM bersama Shaklee

Entry ala-ala luahan perasan..Boleh gitu?  hehehe...

12 tahun berkhidmat di Pos Malaysia, sesuatu yang amat tragis dan menyayat hati apabila saya merelakan dan meredhakan untuk mengarang dan menghantar surat resign kepada Encik Bos. Sememangnya saya sangat seronok dengan kerja saya. Setiap 25hb pasti dapat gaji. Tak perlu nak risaukan masalah kewangan sangat. Gaji saya tak lah banyak, tapi masih cukup untuk menampung kehidupan berkeluarga di samping pendapatan suami juga.



Apa yang membuatkan saya ambil keputusan untuk letak jawatan?
Rasanya jawapan biasa seorang ibu, nak menguruskan anak dengan tangan sendiri. Saya mempunyai 3 orang anak dan InsyaAllah akan bertambah jadi 4 Ramadhan nanti...Anak yang sulung usianya 9 tahun, kedua 6 tahun dan ketiga setahun. Saya tak risaukan anak yang kecil kerana Alhamdulillah kami mendapat pengasuh yang sangat sayangkan anak-anak asuhannya. Jadi, saya memang percayakannya untuk menjaga anak-anak saya. Masa berjalan, rupanya anak saya telah membesar dan sangat pandai berkawan. Tinggal di taman perumahan lama, yang mana kanak-kanak disini berasa selamat untuk bebas bermain disekitar taman perumahan. Oleh kerana kami tinggal di taman perumaha yang sama dengan rumah pengasuh, sekolah agama dan sekolah tadika, maka anak-anak saya memang mempunyai ramai kawan disini. Kanak-kanak seusia mereka akan berkawan dengan semua orang, tanpa dapat menapis terlebih dahulu apa yang baik dan apa yang tidak sesuai untuk mereka. Maka, itulah yang menjadi titik kerisauan saya. Semua sedia maklum cabaran pembesaran kanak-kanak pada zaman sekarang. Dengan kesibukan ibu dan bapa yang mencari nafkah, kawalan dan pemantauan keatas anak tak dapat dilakukan dengan sempurna. Saya ingin mencuba yang terbaik, dengan cara saya..




Apa yang terlintas difikiran apabila keputusan untuk letak jawatan dibuat? 
Tentunya dan tak boleh lari, pastilah masalah kewangan. Saya percaya, jika kita berusaha, pasti ada jalan untuk jana pendapatan. Saya beruasaha untuk melakukan bisnes secara online. Dengan cara itu, saya tidak perlu keluar daripada rumah dan saya dapat menguruskan rumahtangga disamping menjaga bisnes saya. Yang penting, perlu pandai membahagikan masa. Namun, saya rasakan kepuasan kerana anak saya boleh pulang kerumah sebaik tamat persekolahan. Tak perlukan transit lagi. Mereka juga dapat merasa air tangan saya setiap hari berbanding dulu. Tiap hari, tapau makanan. Yang masak? Pekerja Indo la agaknya..
Perbezaan yang dapat saya rasakan, anak-anak saya semakin mendengar kata berbanding dulu. Mungkin berkat amalan zikir semasa memasak? Alhamdulillah...
Dan pada masa yang sama, saya dapat melakukan urusan bisnes online saya. Saya masih boleh membuat iklan, promosi, menjual vitamin, memberi konsultasi dan sebagainya. Saya juga hanya perlu keluar sekejap untuk membuat pengeposan. ALhamdulillah, suami banyak membantu urusan pengeposan. Paling best, saya dapat melakukan amalan rohani yang diajar didalam grup bisnes online kami dengan lebih sempurna. Pokok pangkalnya, pengurusan masa amatlah penting. Ye...saya boleh menjana pendapatan hanya dirumah!!



Kenapa saya memilih Shaklee?
Saya mengenali vitamin Shaklee semasa berpantang anak ke-3. Saya sangat menyukainya. Luka episotomi cepat sembuh, tubuh saya sentiasa bertenaga kerana berpantang sendirian sambil menguruskan anak-anak yang lain dan yang paling penting, saya dapat mengumpulkan stok EBM yang banyak sebelum masuk kerja semula. Alhamdulillah..
Melihatkan keberkesanan semua vitamin yang saya ambil, saya terfikir untuk menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tambahan. Saya menjadi ahli melalui adik yang dah lama amalkan vitamin Shaklee. Apa yang menariknya, dengan grup yang saya sertai, kami tidak ditekankan untuk mencari downline.~~Saya banyak sertai MLM sebelum nie, dan saya tak suka untuk membuat headhunting~~
Kami ditekankan untuk berkongsi kebaikan produk, berkongsi testimoni sebenar melalui pengalaman sendiri. Dan yang menariknya, kami berkongsi tip dan teknik perniagaan, kelas, motivasi, semuanya dengan hanya menggunakan medium internet.
Grup ini juga menekankan amalan rohani. Ye lah...mencari rezeki dan mendapatkan keberkatan sambil merapatkan diri dengan Yang Maha Pencipta. Tak pernah saya setenang ini semasa melakukan bisnes MLM. Ye...Shaklee memang bisnes MLM. Tapi saya sukakannya. Alhamdulillah...

Anda nak mencuba jana pendapatan dengan Shaklee?
Mari sertai kami...

Jom baca entry Menjana Pendapatan Dengan Bisnes Online - Shaklee untuk mengetahui apa yang best mengenai bisnes Shaklee..

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...