HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Anak Obes? Bagaimana Untuk Mengawal Berat Anak.

Anda mempunyai anak yang obes?  Tentunya sebagai ibu bapa, mempunyai anak yang obes sangat membimbangkan. Seusia dibawah 2 tahun, mungkin mereka nampak comel. Tetapi apabila usia meningkat, susuk yang obes sudah tidak kelihatan cantik walau untuk kanak-kanak!

Walaubagaimanapun, faktor kecantikan bukanlah objektif utama yang perlu diperhatikan. Seperti yang diketahui ramai, berat badan yang berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit kelak. Walaupun mereka hanya kanak-kanak.




Tip untuk mengawal berat anak.

1. Kurangkan pengambilan makanan ringan

Menurut Jurnal Klinikal Nutrisi Amerika, kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan akan makan 34% lebih kalori daripada makanan ringan berbanding jumlah yang perlu mereka ambil walaupun tidak merasa lapar. Oleh itu, cuba halang mereka daripada mengambil makanan ringa yang tinggi kandungan lemak dan gula ketika berada diluar mahupun didalam rumah.

2. Benarkan mereka bermain.

Tukarkan permainan video yang hanya memerlukan mereka untuk duduk sahaja kepada permainan yang lebih aktif seperti bertinju atau menari. Kajian di United kingdom mendapati aktiviti sebegitu dapat menurunkan 0.1 - 0.3kg dalam tempoh seminggu sekiranya ia dilakukan antara 1 hingga 1.9 jam sehari.

Tip lain yang boleh diamalkan,

1. Jadikan telur sebagai teman diet anak anda. Tapi awas!! Telur putih sahaja. Ini kerana saintis daripada United Kingdom menyatakan asid amino yang terdapat didalam putih telur dapat meransang sel otak untuk memberitahu tubuh kita membakar lebih kalori. Asid amino juga merupakan nutrien didalam protin yang akan sentiasa memastikan tubuh berada didalam keadaan bersedia. Awas lagi...Tak perlu ambil secara berlebihan ye.

2. Diet rendah karbohidrat merupakan pilihan yang terbaik dalam melawan radang pada tubuh. Penyelidik daripada Amerika Syarikat mendapati berbeza dengan pengamal diet bebas lemak, pengamal diet rendah karbohidrat akan hilang secara purata 4.5kg lebih daripada pengamal rendah lemak.Walaubagaimanapun, tubuh masih memerlukan sumber karbohidrat. Pastikan pengambilan tidak berlebihan sahaja.

3. Jangan meninggalkan makan malam!! Ia bukanlah kaedah yang baik malahan akan membantutkan usaha untuk mengurangkan berat badan. Bagaimanapun, anda perlu pastikan apa yang akan diambil. Elakkan pengambilan karbohidrat dan utamakan sumber protin sebagai menu makan malan anda.



Ambillah suplemen tambahan untuk anak anda bagi memastikan tubuh mereka mendapat nutrien yang mencukupi. Pengambila suplemen bukan bermakna anak anda tidak perlu makanan seimbang untuk proses tumbesaran mereka. Ia sekadar nutrien tambahan yang mana ada sesetengah kanak-kanak sangat memilih apa yang mereka akan makan. Sebagai contoh, ada kanak-kanak yang langsung tidak mahu menyentuh sayur dalam diet harian mereka. Disini, suplemen akan membantu mengisi lompong kosong didalam tubuh mereka. Sebagai ibu bapa, seharusnya kita mendidik mereka untuk mendapatkan makanan seimbang.

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin untuk anak anda dan anda akan diberi konsultasi percuma!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...