HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Sudahkan Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu dan Bapa?

Anda disahkan hamil?
Alhamdulillah...Rezeki dari Allah...Sesungguhnya, tak semua pasangan berpeluang untuk merasai nikmat tersebut..:)

Apakah perasaan anda untuk bergelar ibu dan bapa? Sudahkah anda bersedia? Mari saya kongsikan beberapa tip persediaan yang boleh diamalkan.



Sumber : PA&MA Mac 13

1. Baca dan tonton video yang berkualiti tentang keibubapaan. Salah satu buku yang amat berguna bagi bakal bapa adalah First Time Dad : The Stuff You Really Need to Know oleh John Fuller. Buat persediaan awal untuk mula membaca atau menonton video seawal usia kehamilan ibu.

2. Habiskan masa dengan saudara mara dan sahabat yang lebih berpengalaman. Perhatikan mereka bersama-sama anak mereka. Perhatikan apa yang boleh dicontohi dan mungkin boleh dimasukkan kedalam buku nota yang boleh dirujuk kemudian nanti. Tanyakan pengalaman mereka dan mungkin boleh jedikan mereka sebagai mentor anda nanti.

3. Bincang dengan pasangan tentang harapan, kebimbangan dan jangkaan tentang menjadi ibu bapa untuk anak yang bakal dilahirkan. Ia akan buat anda merasakan saling melengkapi kekurangan masing-masing.

4. Sentiasa berdoa kepada Allah agar membantu anda untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak anda. Semoga Allah memberikan kekuatan, semangat dan membekalkan apa yang kurang kepada keluarga anda.

5. Buat jurnal untuk setiap yang berlaku pada masa sekarang dan juga masa hadapan. Ia boleh membantu meluahkan pendapat dan perasaan anda dalam masa sebenar, kerana anda bakal menghadapi pelbagai situasi yang melibatkan emosi.



* Jom dapatkan vitamin kehamilan anda dari Mamadhia Vitashop. Hubungi kami segera!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang.

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...