HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Hemoglobin ( HB ) Rendah / Anemia Ketika Hamil

Bahaya ke?

Hemoglobin atau lebih senang disebut sebagai HB rendah adalah keadaan dimana kekurangan darah merah yang kerapkali berlaku kepada wanita hamil. Dengan bahasa mudah, darah menjadi cair dan tidak pekat secara normal. Ia sangat bahaya untuk ibu dan bayi. Malahan, ada ibu yang meninggal sebaik sahaja selepas melahirkan. Ramai wanita hamil yang tidak tahu kepentingan untuk mengekalkan paras HB yang baik semasa mengandung. Paras HB boleh menurun seiring dengan pembesaran kandungan. 

Paras bacaan HB yang baik adalah > 11g/dl



Apakah punca penurunan paras Hemoglobin ini?

Ia adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi yang sangat penting dalam pembentukan Hemoglobin. Kaedah pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat yang diamalkan oleh wanita hamil sangat mempengaruhi kekurangan ini.

Apakah kepentingan Hemoglobin untuk bayi semasa hamil?

1. Kandungan kurang dari 5 bulan ( 1- 20 minggu )

Ketika ini, bayi sedang melalui proses pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota badan yang lain. Dengan kepekatan darah yang kurang daripada 11g/dl, kemungkinan jantung bayi tidak terbentuk dengan sempurna. Ada juga kemungkinan bayi akan gugur. 
Ada juga kes dimana jantung berjaya terbentuk dengan sempurna, namun disebabkan darah yang terlalu cair, bayi mungkin hidup tetapi dengan keadaan yang cacat dimana anggota badan lain tidak dapat terbentuk dengan sempurna.
Ada juga kejadian dimana jantung dan anggota lain berjaya terbentuk dengan sempurna, tetapi mengalami kelambatan pembetukan otak.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan ( 20 - 28 minggu )

Tempoh ini juga dikenali sebagai trimester ke-2. Ketika ini sifat dan anggota badan bayi  telah sempurna pembentukannya. Namun jika tahap HB ibu yang rendah, jantung bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan sempurna. Ia akan menyebabkan kematian bayi didalam kandungan.

3. Kandungan melebihi 7 bulan ( 28 - 40 minggu )

Pada trimester ke-3, sifat dan anggota badan bayi telah berjaya dibentuk dengan sempurna. Namun begitu, ia masih bergantung kepada tahap kepekatan darah ibu. Jika bacaan HB ibu terlalu cair ( >9d/dl ), jantung bayi berisiko untuk menjadi tidak kuat dan berisiko juga untuk bayi mati didalam kandungan. Sekiranya bayi kuat, kemungkinan saiznya lebih kecil semasa dilahirkan.


Hemoglobin rendah, HB Rendah, Vitalea untuk HB Rendah


Apakah kepentingan Hemoglobin untuk ibu semasa hamil ?

Paras bacaan Hemoglobin yang rendah akan menyebabkan ibu berasa cepat letih. Adakalanya ia akan menyebabkan ibu mengalami sesak nafas, pening, pitam, jantung berdenyut dengan laju atau rasa berdebar-debar. Sekiranya ibu ada kehilangan darah semasa tempoh kehamilan atau semasa bersalin, kadar kecairan darah akan semakin menurun. Ia boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru, buah pinggang dan juga boleh membawa maut. 
Jadi, bagi wanita hamil yang mempunyai paras bacaan Hemoglobin yang rendah, sila ambil tindakan susulan untuk meningkatkan paras Hemoglobin anda.

Bagaimanakah untuk meningkatkan paras bacaan Hemoglobin?

Ya...ia adalah melalui pemakanan. Wanita hamil perlu menitikberatkan pengambilan makanan yang boleh meningkat jumlah darah merah didalam tubuh. Antaranya :

1. Hati ayam
2. Makanan laut - Kerang, Ikan bilis
3. Vitamin tambah darah dari hospital / farmasi. Perlu diambil setiap hari kerana bacaan Hemoglobin  / HB akan bertambah 1g/dl dengan pengambilan vitamin yang berterusan selama 10-14 hari.
* Jangan makan pil tambah darah bersama susu. Susu akan menghalang tubuh dari menyerap zat besi.





Mamadhia Vitashop menyarankan wanita hamil untuk mengamalkan Vitalea sebagai medium untuk membantu meningkatkan paras Hemoglobin anda. 



•Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil 
•The best multivitamin dalam public interest thn 2000.  
•Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65% 
•Disokong oleh 7 kajian klinikal 
•Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru 
•Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk..


Jangan ambil mudah dengantahap kesihatan anda semasa hamil. Ia juga akan melibatkan bayi yan sedang anda nantikan itu.


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...