HOME SHAKLEE GIVEAWAYS BY ME PENGHANTARAN HUBUNGI


back2topibn2ism

Keputihan dan Wanita : Masalah atau Normal?

Apa yang dimaksudkan dengan keputihan?


Masalah keputihan agak sinonim dengan wanita. Adakah ia suatu masalah besar atau sekadar perkara normal?

Keputihan adalah lelehan lendir berwarna jernih atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita. Ia juga dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus dikalangan ahli perubatan. Ia mempunyai pelbagai sifat dan berbeza bagi setiap wanita. Cecair keputihan adalah dipengaruhi oleh hormon estrogen dan progesteron didalam badan wanita.

Keputihan bukan sahaja dihadapi oleh wanita yang sudah berkahwin atau hamil. Ia juga turut dihadapi oleh remaja dan kanak-kanak. Namun, kebarangkalian remaja dan kanak-kanak mendapat keputihan adalah rendah. Dianggarkan sebanyak 75% wanita yang sudah berkahwin akan mengalami masalah keputihan. Ia berlaku kerana wanita yang telah berkahwin telah mendapat pendedahan seksual dan ini lebih memudahkan jangkitan berlaku. 80% wanita hamil pula berisiko untuk mengalami keputihan disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan dan menyebabkan wanita hamil mudah dijangkiti kulat. 

Terdapat dua jenis keputihan iaitu normal dan abnormal.

Keputihan normal

Ia terjadi 14 hari sebelum haid. Iaitu didalam waktu subur seseorang wanita. Ia tidak berwarna ( jernih ), tidak mendatangkan kegatalan dan juga tidak berbau. Keputihan normal ini juga dikenali sebagai cecair servik dan menjadi penanda kesuburan seorang wanita.

Keputihan abnormal

Ia adalah keputihan yang terjadi pada sepanjang masa, mendatangkan rasa gatal dan tidak selesa semasa hubungan seksual berlangsung, berwarna putih dan likat. Kadangkala bagi sesetegah wanita, ia akan bertukar berwarna kemerahan atau coklat kerana telah bercampur dengan darah. Ia adalah petanda bahawa jangkitan yang lebih serius telah berlaku dan perlu dirawat dengan segera.

Punca :


Keputihan abnormal berpunca dari keadaan vagina yang lembap. Ia akan menggalakkan pertumbuhan kulat, kuman dan virus. Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran tiub fallopian. Lebih memburukkan keadaan sekiranya ia merebak yang akan menyebabkan kemandulan, masalah haid, kesakitan dan sebagainya.

Jenis jangkitan :

Kuman : 
* Bakteria jenis E-coli sering menjangkiti kemaluan dan organ peranakan.
* Kuman Trichmonas menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan, disertai dengan kegatalan dan berbau busuk.
* Bakteria  Gonorrhea dan Sipilis 

Kulat :
* Kulat Monilia / Candida seringkali menjangkiti wanita yang sedang hamil atau penghidap kencing manis.

Virus :
* Virus Herpes dan Chlamydia sering menjangkiti kemaluan dan organ peranakan. 


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD - Bangi & Kajang. 

Hubungi saya, Telefon / SMS / Whatsapp : 013-398 4050 Email : nadhira.haqim@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...